Sunday, May 23, 2010

LTM 22 May 2010


Sabtu 22/5/10, Azman Da Bomb (tp kali ni turun dgn ekor keras nya Jamis), Din KHS (Fork Spinner sudah cantik), Choh, Mawi dan Org Baru ARB, Yus.

Lepas memberi duit kat mamak Salim, (b/fast da..) hampir kul 9am.. tayar bergolek masuk ke LTM. Dah lama tak layan teres sejak bash#188. Nak tgk bagaimana rupa setelah dilanyak hampir 300 riders bulan lepas.

Azman mcm x puas hati je dgn saddle Velo.. x best ke? meh bg aku.. hahaha

Lepas panjat bukit penempatan chalet indon, layan downhill, tetiba ada palang la, nasib baik sempat mengelak sebelum ke single trail pendek ke bukit genting. So sesapa nak layan trail ni kena slow down sket kat sini. Layan downhill becak, dengar-dengar ada 2 rider tergelincir. Sapa ek?

Gambar atas, Din, Mawi dan Azman mendaki bukit genting.

Gambar bawah: Mendaki lagi sebelum layan teres ARB.

Ni la teres ARB.. semakin terang selepas di lanyak
 hampir 300 rider semasa Bash #188

Lepas layan teres ARB, Roller Coaster dan teres Baru, lepak jap pekena power stick sebelum naik ke bukit senyap. Apala yang si Choh pandang tu.. ada awek lalu ke Choh?
Hai Din, Spinner baru service pun tak puas hati ke?
Macam nak upgrade lagi je?

Yus, org baru membuat kayuhan manja.. Kaki krem ke? 
Kena pakai krim power lumur kat kaki lepas ni.

Choh T-Bolt dan Din KHS..Serious je..


Man Jamis/Da Bomb.. pergh senyum je.. 
baru kena power stick la tu..

Lepas layan teres 29.. ni bergerak balik.. 
hujan pun dah turun. Rasa tak puas la pulak.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails