Tuesday, November 22, 2011

FRASER HILL - ARB WAS HERE (20 NOV 2011)

Salam dan selamat sejahtera kawan-kawan.

Plan yang dibuat dalam masa 3 hari mendapat sambutan 10 riders, iaitu
Barisan depan dari kiri: Chif Rahim, Din, Zulman, Izam, Abg Wazir, Zaly dan Taib
Duduk di belakang dari kiri lak: Azlin, Azman dan Syafiq.

ON THE WAY

Seawal jam 7 pagi, dah bergerak ke Empangan KKB dari BTP, singgah breakfast di Sg Choh. Sedang makan baru perasan ada sorang rider tak cukup. Perghh rupanya, kawan tu patah balik BTP sebab tertinggal helmet, glove dan beg.. Terbabit semua menunggu. So makan slow2 la yee.

Macam biasa yang kuat kayuh memang kuat makan.. hahaha

STARTING POINT - KKB DAM 

Dan seperti biasa, Chif adalah orang yang paling sibuk memeriksa bike2 anak buah nya...Semua pakat tengok je.. tak patut la korang..

Persiapkan kuda dan kekuda masing2..

 Cantik tak view? Cantik lagi bukit nun jauh didepan yg akan dipanjat..
Kayuhan bermula dari sini tepat pukul 10:10 pagi.

PENDAKIAN BERMULA

Abg Wazir yang hampir tidak percaya beliau berkayuh ke Fraser..
Betul Bang.. percayalah bang... abg tak mimpi bang.. ini betul2 ni.. bukan cobaan..

Din.. khusyuk kayuh, sampai kena kejar dengan beruk... 

Chif yang sentiasa mengambil berat dengan anak buah..

Lebih kurang 17km kayuh .. lepak menunggu platun2 yg lain. Tapi masa ni si Izam dan Talib dah tinggal kan kitaorg.. sebab tu muka diaorg tak nampak kat sini. Diaorg ni nak berlumba kot.. hehehe

Sebenarnya masa lepak kat sini, banyak rider2 moto layan.. dari superbike, 150cc sampai la ke kapchai. Siap dgn racing suit lagi. Cuma satu gambo ni je sempat amik..jadi la..

Takleh rest lama2.. start kayuh cepat2 sebab ada 10km lagi untuk mendaki.

SUDAH DI GAP


Chif bergaya dengan ada lagi 8km to Fraser yang lebih steep
dari Dam ke GAP.

Hilang penat lelah bila dah sampai ke GAP.. Punya la gembira muka masing2. Sampai lupa yang 8KM ke atas masih ada untuk di daki.
Oleh sebab Bro Azman dan Zulman belum muncul, sambil menunggu, kami ke gerai utk rest dan minum.
Lunch kitaorg pakat makan di puncak Fraser.

Sampai di GAP pada 12:40 tgh. Berkayuh semula ke Puncak Fraser pada 1:30 tgh.

FRASER HILL

Yezza... Akhirnya.. impian tayar rider2 ARB untuk mencecah puncak Fraser tercapai pada jam 2:15pm.
Sambil2 tunggu rakan2 yang lain, yang mana sampai dulu dah start posing kat clock tower.
Best bro.. puas hati.. hilang penat lelah, letih mendaki terus tak rasa hahaha.. 


Gila arghh.. posing sakan diaorg ni.. yelah kan.. ada yang seumur hidup tak penah jejakkan kaki ke sini.. 

Ini lah kali pertama beberapa riders sampai ke Fraser.. bak kata abang Tebuan la.. moto ada, keta pun ada, tak penah nak pegi sini.. boleh pulak sampai dengan basikal.. iskk..
Relax la bang.. percaya la.. percaya la.. korang ni wat malu la.. hahahaha
Dah penat posing, lepak2, si Izam tak sabo2 lak nak g makan.. dah kebulur dah ni.. dia tanya semboyan..
"Li, jom la makan.. mana nak makan ni? mana kedai?", 
bila dengar semboyan kata kena panjat lagi 1km.. haaa??? apa nak buekk.. kayuh je la.. karang kebulur..
Mana yang dah tak larat sangat tu, menolak ajela..


Ini la tempat kitaorg melantak.. ada pulak tempoyak tu.. belasah la..
Lapo nye pasal.. takdan nak amik gambo masa makan..

Apahal lak pegang2 idung tu? ada bau gas tempoyak terlepas ke?
tak senonoh betul la..
Bergerak turun dari sini pukul 4:40PM

ON THE WAY BACK..

Sempat lagi bergambo.. masa menurun.. pergh lawa view kat sini.. sayup nun dibawah tu gaung.. hehehe
Masa ni memang sojuk... sebab dah petang..langit dah mula gelap..
Rasanya kat bawah dah hujan..

Jangan disangka perjalanan balik xde uphill.. adoo.. sekali dia bagi, mencanak jugak.. 

Berenti sekejap kat gerai di GAP sebab menunggu bro Man&Man kita...

Hah... tu dia, dah sampai pun.. 

Hari dah semakin gelap.. adusss.. hujan dah mula turun.. 
terpaksa melayan downhill tarmac dalam hujan lebat, jalan pun semakin licin.
Agak sadis nak layan downhill panjang dalam hujan... tak leh nak kitai sangat la.. 
ada pulak pakai tayar slick.. amik ubat ko..
Kadang2 kena mengelak keta yang tak reti nak hormat orang naik beskal.. 
tang lap pun nak pancung.. hampeh..
punya sejuk.. menggigil tangan, kaki semua.. 

Apa2pun Bkt Fraser ride memang memberikan satu pengalaman yang manis 
untuk 10 orang riders ARB ni.
Tahniah untuk anda semua. Bak Kata Abg Wazir, kalau ada orang bertanya, kita dah boleh bercerita. Maksudnya, ada la pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.

(Sampai semula di Dam KKB dengan total dist 76KM pada 6:20ptg)

Sekali lagi, tahniah atas ketabahan anda semua.. Alhamdulillah, 
10 org pergi, semuanya dapat bertahan hingga ke puncak dan kembali dengan selamat.

Insyallah, kepada mana2 rakan rider yang tak dapat nak join tempohari, ARB akan membuat kunjungan kembali untuk merealisasikan impian anda pula.

untuk photo2 lain sila klik SINI

KAYUH SAMPAI PUAS...
p/s: ada pulak yg bersuara nak panjat Goh Tong dari Btg Kali.. amboi.. bila tu bang?? saya nak ikut.. tak larat saya naik black maria jee.. hehehehe jangan marah haaa...

1 comments:

Tahniah dapat berkayuh sejauh itu...jom kayuh ke Taman Negara pula.
http://mtbkt.blogspot.com

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails