Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Tuesday, February 28, 2012

3 Beradik - 19/2/12

Salam..
Kayuhan 3 Beradik - ARB, Yaafur dan Country Homes Bikerz pada hari Ahad 19/2/12 sememangnya meriah. Kali ni Bro Joe menjadi front runner sebagai wakil Yaafur kerana kayuhan kali ini atas jemputan beliau. Seramai 18 org berkayuh melayan bukit batu, bukit rumput, single trail dan twin tower memang best.
Nak jadikan cerita, hari ini Pak Maun menjadi official photographer kami. 
Terbaik lah Pak Maun. (Ada cerita selanjutnya. ARB akan buat liputan khas, tunggu..)

Pak Maun dengan gaya tersendiri.

Menyusur tepi tasik..

Captain dan Azlin..

Aksi kejar-mengejar yang berjaya dirakamkan oleh lensa Pak Maun.

Bike jurufoto mengalami "kejutan"...

Mendaki bukit batu..

Bro Joe.. the front runner.. 

Iqmal GBS dgn aksi tersendiri.. terror ko ye..

Menghayati pemandangan hijau dari puncak bukit rumput.

Melayan downhill twin tower...

Menghilangkan penat lelah sambil beramah mesra selepas kayuh..

Terima Kasih Bro Joe Yaafur atas jemputan.. dan terima kasih kepada rider2 dari Country Homes yang datang berkunjung ke Tasik Puteri. Ada masa datang lah lagi.. boleh kita berkayuh dan beramah mesra lagi utk mengeratkan persaudaraan.. Insyallah.

Pak Maun.. terima kasih daun keladi.. next ride bawak SLR lagi...

Kepada rakan MTB yang lain.. calling2 la kalau nak kesini... kecil tapak tangan trail kami hidangkan...

Kayuh ON! ON!

Friday, February 24, 2012

SBCC OTAI D'DAY 12/2/12

Salam.. SBCC OTAI Jamboree sudah lebih seminggu berakhir.. Alhamdulillah rider2 Otai/V selamat semuanya berkayuh. Kali ni CHif Rahim bawa camera sekali. Yang mana tak pegi boleh layan. Tapi sorry la klu editing tak memuaskan sebab yang tukang edit video ni tahap amatur.
Tapi kesian kat Chif, rantai putus lak masa tgh layan. Dan file2 video yang awal takde kat editor utk dimuatkan disini. Mana yg ada ini ajela.. hope enjoy...
(Photo2 diambil dari rakan2 FB dan juga CM)



Azlin

Azmi

Chif

Haizat

Rizal dan Jai

Mus

Shukri

Taib

Tahniah Kepada Penganjur.. Kali ini baru best.. dengar cerita bulan 5 ini SBCC nak buat open Jamboree lak.. Lucky draw bagi baikkk punya lagi ok.. 

Terima Kasih Daun Keladi.. ARB nak Lagi... hehehe

Saturday, February 18, 2012

Batang Kali - Awana 6/2/2012 - Layan Video


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Lama tak update rasa bergegor lak tangan nak menaip.. lepas layan kayuh Maulud Nabi hari tu, esoknya 13 riders panjat Awana.. pergh.. mmg layan sungguh tgk diaorg turun.. bab naik malas la nak tgk.. hehehe. Semboyan tak dapat pegi.. anak demam pulak.. so nak cite lebih2 pun susah.. org kata feel tak ada. Takut jd fitnah pulak.. ewwahhhhh... jd korang layan je la gambo dari lensa Abg Azlin kita ni ye,.. Tq bro..





Video bawah ni 1st time hasil suntingan semboyan.. susah jugak bab2 gunting ni rupanya.. video ada 4, 5 files, total hampir 45min.. nak sunting bawah 5 min..taktau mana satu nak amik...layan je la.. jgn banyak cakap..(klu slow, korang pause la dulu,, bg download abis baru layan..)
Lap cecah lutut tu... hehehe
Cayalah korang... 

Tuesday, February 7, 2012

Kayuhan MaulidurRasul Ya'afur 5/2/12

 5 Feb 12, Ahad yg lepas ARB Cycling Team telah menyertai Kayuhan MaulidurRasul anjuran rakan MTB iaitu Yaafur Bikerz. Sejajar dengan slogan "kayuh untuk sihat" dan juga usaha menyokong rakan-rakan MTB yang berusaha menganjurkan satu2nya kayuhan sempena Maulidurrasul maka ARB Cycling Team tampil untuk memeriahkan lagi kayuhan pada hari itu.

Trail yang dihidangkan sejauh 20km sahaja dimana tidak terhad kepada semua peringkat umur. Dengan bayaran sebanyak RM15, penganjur menyediakan sarapan pagi dan tengahari untuk semua peserta. Kayuhan bermula pada pukul 8:30pagi, dimana semua peserta berkayuh sambil berselawat sejauh 5km mengelilingi Green Valley Park Bandar Tasik Puteri sebelum dilepaskan ke laluan offroad. Kayuhan Tamat pada jam 11:30pagi.

Bersarapan kuih muih sambil mendengar briefing dari MC dan Captain.

Tu dia.. Capt dgn topi koboinya..

Kayuh sambil berselawat bermula.

Menuju ke Bt. Arang.

CP1 siap pisang dan air lagi.

Kalau ARB layan downhill, Yaafur kasi uphill.. seronok jugak. 

Tolak je bang..

Salah satu favorite uphill trail.. bkt rumput yg semakin famous.

Di CP2. Tuan Fahmi org kuat Sg. Selangor Phase 2 turut datang berkayuh bersama
memberi sokongan. Terima Kasih ARB ucapkan bagi pihak Yaafur Bikerz.

Sudah sampai.. jamuan tengahari pun sudah terhidang. 
Lengkap dengan ulam dan pencuci mulut.

Terima Kasih kepada Yaafur Bikerz yang berusaha untuk menjayakan kayuhan ini.
Usaha anda sangat berbaloi. Walaupun jumlah peserta hanya lingkungan 50 orang, namun sambutan tetap meriah. Terserlah kemesraan bagaikan sebuah keluarga MTB yang besar berkayuh dihari mulia.
Semuga usaha ini menjadi contoh untuk semua penggiat MTB dan dapat diteruskan dimasa2 akan datang.
Insyallah, panjang umur, ARB Cycling Team akan terus memberikan sokongan kepada semua rakan2 MTB.

Kayuh tetap Kayuh!!

Sunday, February 5, 2012

Kayuh Sabtu 4 Feb 2012


Salam.. dan Selamat Sejahtera rakan2 MTB..
Hari Sabtu ini tak ramai yg join.. hanya 6 riders saja termasuk Wak dari Country Homes.
Wak baru saja pulih dari cedera di bahu. Semuga terus sihat dan berhati2 ketika kayuh.

Banyak jugak cabarannya hari ini walaupun tak ramai.. yang terkucil menggelabah cari tandas ada, putus rantai pun ada..tergolek layan roller coaster pun ada gak dan yang paling hebat tayar meletup. Terkejut badak rider lain.. dalam kepala otak fikir ada org tembak babi.. takut pulak kena peluru sesat.. 

Perangai rider2 masa panjat bukit rumput pun layan jugak.. korang tengok je la gambo dengan video2 ni..


Nape pulak Org italy hijau putih tu?

Wak C.Homes.
Botol air tertinggal ye bang?
Idea yg bagus.. botol air utk simpan tools.
Sambung rantai..
Pakcik berjayooo
Agaknya aku kena pakai tayar mati la.. senang sikit..
Tu diaa...
Faiz jugak kena rescue.. Tq..
Aku pasrah dgn tayar aku..

VIDEO utk di Layan..


Semuga kita akan terus berkayuh samada sebagai hobi atau kesihatan..

Wednesday, February 1, 2012

Kayuh Hari Wilayah 1 Feb 2012


Salam Hari Wilayah..

Bagi warga kerja Kuala Lumpur dan juga otai2 yg dah pencen memang takde hal nak berkayuh. Bagi bukan orang Kay ELLL.. hehe kena la amik cuti kalau nak kayuh jugak. So yang dapat berkayuh pada hari ni ialah Chif, Zaly, Umar, Azlin, Jai, Abang Wazir, Shukri, Atan, Iqmal GBS dan Abg Azman Samudera.

Macam biasa bermula di Meeting Point rasmi ARB..

Baru henjut satu bukit RD bengkok.. dah tau apa sebab?? lain kali jgn buat lagi.
Tak pasal2 kena balik menolak.. start dari sini.. tinggal lah 9.,..

1st loop dah lepas.. ada 2 loop lagi.. ye haaa..

Masuk 2nd loop atau fasa 2...

Banyak rintangannya... sebelum bertarung dengan twin tower.

Tower Pertama..
Tower kedua tak amik gambo.. kasi gigil kaki nak kayuh utk yang tak pernah rasa...

Ni dah separuh 3rd loop.. lazat lepas dapat layan downhill yg takde la panjang pun...

Masing2 layan perasaan lepas kitai mengitai...

Menuju puncak lagi... lagi 2km pun kena jugak.. layan je la..

Best kayuh hari ni.. tak jauh 27km je.. tapi berbaloi2..
Trail ni boleh la kalau nak dihidangkan utk HASH 2012..
Kalau ada laa...
Anyway "Kayuh ON" bro...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails