Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Friday, September 25, 2015

TGU Mini Jamboree - 13 Sept 2015


Salam geng MTB..

Orang lain semua dah cerita event baru, ARB baru nak cite kisah TGU tempohari.
Kali ni agak ramai juga lah yang join ke TGU iaitu 24 riders. Almaklumlah, event tak jauh dari rumah, kena lah join. Tahun lepas dah pernah pergi, trail TGU ni mmg enjoy.. seronok kayuh.

Dari pengalaman tahun lepas, kami ARB memberi galakan pada team BTP LCT untuk mengambil pengalaman dan rasakan sendiri seronoknya berkayuh di Jamboree.

Alhamdulillah.. kami tabik dengan LCT ni, belum cecah umur setahun, muda trang tang tang, 1st time join jamboree, seramai 18 orang LCT (kalau tak silap), semuanya habis berkayuh tanpa mengambil jalan "ayam" atau chicken.. caya lah LCT. Berkat kayuhan konsisten setiap minggu road dan offroad, memang dapat habiskan kayuhan tanpa ada masalah.

Antara rider2 LCT, Den takdo gambo semua rider LCT lorr.. pinjam yg ini je la


Sebelum Golek.. Abg Mail dan Izam.

ACARA BERMULA



Bukit selepas kebun sayur

CP1 selepas perumahan org asli

CP2 di puncak bukit dongibab.. ada ke nama ni? hahaha ni semua Rani Kulop punya pasal

SELINGAN


Kayuh punya kayuh, terjumpa Bro Azlin.. tayar pancit rupanya.. relax jap tunggu


Pastu kayuh punya kayuh jumpa lak Wak Ghost tgh sorong beskal anak dia..
Anak dia sudah terlanggar buah tandan sawit.. buah tu dah tergolek tengah jalan.. gagal elak,
Tayar pecah, RD patah.. Bapak mithali, wak bg beskal dia utk anak kayuh.. dia tolak beskal anak.. sementara tunggu rescue datang.

AKSI-AKSI DALAM TRAIL

Izam

Saad

Tuan Daud

Malik dan Kamarul

Pergh Izam lagi..

ni je la.. yg lelain tgk FB ekk.... hehehe

SELEPAS GOLEK.

Woii.. seksi nya.. 

Tunggu no tak naik2 ni..

Azlin, 2 kali pancit.. tayar dia la.. orgnya mcm tu jugak..

Anak Abg Farif dan Kak Long LCT

Santai... terbaek la korang

Lucky Draw ni.. no den tak luck pulak kali ni...

OK geng.. T.Kasih semua atas kerjasama dan komitmen masing2 dlm xtvt kayuh ni.
Terima Kasih pada penganjur.. penganjuran yg lancar, marshall OK, Trail OK..
Best.. teruskan pengajuran..

Semuga Terus Aktif..

Monday, September 21, 2015

KLMBH HASH #251 KOTA PUTERI/BT. ARANG - 6 SEPT 2015

Assalamualaikum semua MTBians...
Kali ni 3 Org ARB saja yang layan Hash. Dah lama tak layan event KLMBH ni,
Boleh dikatakan tak jauh dari BTP, so kami bertiga decided kayuh saja ke starting point di Kota Puteri.
9:15am, Briefing, pastu ON! ON!

KLMBH sediakan 2 laluan, Short dan Long.
Short 15km sahaja.. Long 31km.
Jangan dinilai dengan jaraknya. Mari cuba..

Trail2 Hash ini ditandakan dengan ceraian2 kertas yang ditabur sepanjang laluan. Jangan sampai leka kerana anda boleh tersesat.. sebab tu jangan percaya sangat dengan rider didepan.. kalau dia lost dengan kita2 pun terjebak..


2 gambar atas ni, hasil dari percaya org depan la.. habis kusut masai.. sesat jadinya.
diaorg ni pun hampeh jugak..

Nasib baik trail ni mainan ARB.. homeground la katakan.. so kami bertiga pusing semula, diaorg nak follow ke takmo diaorg punya pasal la..

Jalan kebenaran... hahaha.. kompom layan dragon back.. tapi kali ni terus ke hujung tanduk.. biasa sampai kepala je.. naya betul..

Ini ke arah scorpion trail atau jalan ke CP2 ARB Green Ride 2014 

Ini laluan baru Hash.. skip kebun nangka tapi still menuju Zig Zag

Tu dia .. rindu sungguh dgn Zig Zag ni.. apa lagi layann.. (Hj Umar dan Rizal)


B4 sampai ZigZag, Tayar Hj pulak bocor.. tubeless tu, sealant pun dah kering.. nasib baik ada sealant spare dan CO2.. tak perlu penat2 pam.. tambah sealant, cucuk CO2, zassss.. settle.. mudah.
Sapa2 yg guna tubeless, pasti kan ada 2 benda ni semasa Jamboree. Tak sure mcm mana pakai, boleh tanya tuan kedai yang menjual.. kalau dia tak tau.. kasi sound, lain kali jgn jual.. 

Alhamdulillah.. done.. punya panas, lama tak layan trail hardcore..
barai betul rasanya.. 

On d way balik BTP singgah minum.. 1 gelas tak cukup ooo

31km + pegi balik BTP + pusing2 sesat.. 

Hajat nak KLMBH Hash tercapai,. Alhamdulillah

Keep Rolling Bro...

Tuesday, September 15, 2015

Semenyih MTB Challenge - 23 Aug 2015



Salam MTB frenz..
Satu lagi kisah lama baru nak up.. jangan marah, at least ada yg boleh mengimbau kenangan mcm mana korang pulun bukit kat semenyih tu atau camne gigil kaki dan tangan masa layan downhill batu2 loose tu kan.. haaa.. ingat kan???

Macam biasa la.. ARB konpom hantar wakil.. kali ni yg turun berkayuh Abg Azlin kita, Hj Umar, Abg Saad, Izam, Is, Saiful dan wakil wanita yg meningkat naik atas didikan Pengurus+Coach aka asben nya Atan iaitu Kim LCT.

Sebelum semboyan membebel panjang, baik layan gambar..

Abang Saad

Tn Hj Umar

Izam

Epul

Kim LCT 

Is di Celah-celah.. halus je budak ni..

Abg Azlin kita.. aduhhh apsal aku nak tergelak .. pukulan sesat punya pasal la ni..

AKSI2 MENOLAK
Ni tak tau la yg kali ke berapa bro Azlin ni nak panjat bukit.. suka betul dia kat bukit ni.
tak puas katanya.. adooiiii, jap lagi tgk muka dia kat bawah tu camne rupanya agaknya..
Epul dan Saad

Dah la tu.. air tak cukup ni.. kasi sikit kat org belakang tu Saad,, 

Ha.. nampak tak camne rupanya.. muka konpius + tak puas hati tu.. 
apa tak nya.. 3 kali pusing asyik2 jumpa bukit ni,.. adoiiii sakit perut aku...

Mamat belakang tu lagi konpius, apasal asyik jumpa org tua ni.. masuk ni 3 kali dia potong aku katanya..
kahkahkahkah.. berguling2 gelak ni oiii..


kat atas dah kutuk, kita kasi up banyak sikit gambo dia..
Yg ni cun ban azlin.. perghh memang layan like a pro bro.. eh mmg pro pun.
Ni Junior ARB.. Iskandar son of Hisham.

Pergh Saad.. pm seluar bang.. cepat sikit ye

Tu la ni nak kabor sikit utk kemajuan MTB masa depan..
Kesian la kat rider2 yang bersemangat nak kayuh.. 
kasi la papan tanda banyak sikit.. marking trail pun elok2 sikit..
ramai yg sesat.. cuba tgk muka Abg Azlin tu, tak kesian ke?
Penat tau kalau bukit mcm tu punya tinggi kena pusing 3 kali..
Nasib baik boleh dapat ranking lagi.. sejuk sikit hati..

Pastu dengor nya air pun tak cukup.. mcm2 lagi la..
Harap penganjur jgn kecik hati, buat lagi tahun depan tapi improve mana yg kurang.
Rider2 lain pun kena jaga safety sendiri jugak.. malang mmg tak berbau.. kesian brader yang kopak mata sebab jatuh hari tu. harap dah sembuh sepenuhnya,. tak sanggup nak upload gambo kat sini.

Anyway, Tahniah Kim dan Atan, Kim sudah dapat top ten under woman category..

Atas ni Stats dari Hj Umar.. 

Yang ni lak Stats dari Abg Azlin kita..
Adoiii aku nak start gelak lagi ni..
cuba compare distance tu? lebih 10km tu..
Tu la, suka sgt pusing bukit tu kannn..
Aduhh guling lagi ni... guling2.. tak boleh tahan derrr tgk muka konpius dia.

jangan marah bang ye...

Keep Rolling Geng!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails