Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Wednesday, August 24, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432 dan Hari Merdeka!!


Gembira ada sedih pun ada.. gembira kerana 1 Syawal sudah hampir menjelma, sedih kerana bulan Ramadhan yang mulia pula sudah hampir dipenghujung. Andainya umur dilanjutkan, Insyallah kita akan bertemu kembali.

Demi bulan yang mulia ini,dan menjelangnya Hari Raya Aidlifitri, masing-masing membuat persiapan. Yang berkeluarga, sudah tentu sibuk dengan anak2 dan isteri.

Minggu ni adalah minggu kebanyakkan umat Islam di Malaysia akan pulang
beraya ke kampung halaman masing2. Bila balik kampung, rakan family yang mempunyai anak2 dah terbayang dengan meriahnya bunga api warna warni.
Mercun kalau boleh tak perlu la main ye..

Pelita2 pun dipasang..


Kalau dah terbayang2 macam tu bila
bawak kereta tu hati2 lah ye..

jangan sampai jadi macam ni plak
Karang, sedih keluarga korang..
tunggu2 tak sampai2.

Banyakkan bersabar, tenang, yang penting kalau mengantuk jangan korang mengada2 nak teruskan memandu walaupun konon2 dah dekat nak sampai.
Ingat tu bro!!..



Bila dah sampai dengan selamat, Alhamdulillah.. banyak benda yang menanti contohnya..
dah tentu korang dah plan nak bakar lemang..


















Lepas tu korang mesti nak makan
lemang pulak kan..


Ada jugak yang plan nak kacau dodol.. nak try kederat la katakan..
setakat bukit Broga pun korang boleh kitai.. apa la sangat dodol sekuali... ye tak??


Dah siap kacau dodol, bakar lemang bagai semua.. korang sure nak merasa rendang dan ketupatkan?? sedap je gambo bawah tu ye..










Itu lah kita.. betapa bertuah nya kita sebagai rakyat Malaysia..
Semasa kita bergembira cuba2 la renungkan bagaimana dengan nasib kanak2 di Palestine??
Macam di bawah ni..



Dan kanak2 yang kebuluran di negara Afrika dan Somalia pula..



Cuba bandingkan dengan wajah ceria anak2 kita di Malaysia di bawah ni lak..
Beruntungnya mereka.. selalu2 lah korang sebagai mak bapak mentarbiahkan anak2 kita bersama2 (tarbiyah diri sendiri tu lagi penting sebenarnya)..
Cintailah keamanan..


Tapi yang lebih penting HARGAI NILAI KEMERDEKAAN NEGARA KITA!!!


SELAMAT HARI RAYA DAN HARI MERDEKA.
ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ARB MOHON AMPUN DAN MAAF KEPADA SEMUA RAKAN2 DAN PEMINAT MTB TANAHAIR..

Sunday, August 21, 2011

Heavy metal rain - Singgah Sahur Ride Finale 19/8/11


Semangat Kayuh terus membara.. biar apa jua rintangan.. atas alasan final ride di bulan Ramadhan, 11 orang dah siap2 turun tepat jam 11 malam. Walaupun pukul 10mlm hujan dah mula turun. Agak2nya doa rider-rider ni makbul, nak jadi cerita sebelum 11 malam hujan berenti. Bukan main ceria muka masing-masing.

Rider-rider tegar kali ni, Chif, Din KHS, Rani, Joe, Azmi, Semboyan, Cikgu Mus,Azlin, Iqmal and GBS riders. Semua puas dpt layan trail baru dengan downhill senyap 1.5km.


Macam mana pun kita hanya merancang, Tuhan yg tentukan, Bak kata org tua2, ku sangka panas dr malam sampai ke pagi, rupanya hujan turun punyala lobat bila melangkah ke tarikh 20/8.. tu diaaaa... berteduh masing-masing kat kedai haaa..

Chif hujan2 pun dahaga ke?... lenjun Din? hehehe
















Bro Azmi Orbea, Azlin dan Joe... lepak dulu la.. tunggu reda sikit.


Cikgu Mus dan Azmi..

Bila hujan reda, apa lagi checkpoint seterusnya ialah markas Yaafur bila Joe kata ada bihun goreng menanti.. wahhh sebab hujan heavy metal, perut pun dah main heavy metal.. apo laie kita terjah.. kayuh punya kayuh alamak.. air sungai yang cetek sudah naik.. air pun deras.. memang best betul malam ni.. ala-ala training nak ke burung hantu kott.. Korang layan je la gambo ni. meriah bebbb...


Seronok je korang main air pukul 1 pagi ek..

Walaupun kayuh dalam hujan, meredah sungai pagi2 buta.. semangat kayuh memang kuat.
Masing-masing happy, ada yang first time kayuh malam.. pengalaman tu sangat bermakna... org kata buat bekalan masa jamboree akan datang.. lebih2 lagi yang nak ke Burung Hantu..

So terima kasih sahabat2 semua yang melibatkan diri dalam kayuhan finale Singgah Sahur.
Insyallah umur panjang, di izinkan Tuhan kita kayuh bulan Syawal pula dalam acara meretak BABAT.

Happy watching videos..




Thursday, August 18, 2011

Siapakah rider ini?

Saja je... nak bg member2 semangat kayuh tak hilang dalam bulan pose ni...

Sunday, August 14, 2011

Singgah Sahur Ride 12/8/11

Salam Ramadhan 1432 Hijrah.. Alhamdulillah.. akhirnya berjaya juga untuk mengayuh di bulan puasa ini setelah bermacam-macam cubaan. Kayuh kali ini dimeriahkan lagi dengan 2 riders dari Country Homes iaitu Wak dan Faizol. 2 orang yang yang berbeza watak tetapi minat yang satu.. chewaaahhh.. yee.. minat kayuh.. bagus..bagus..

Wak sedang bersiap sedia..

Din dan Akmal GBS

Yang dah ready nak kayuh ni,.

Cikgu Mus.. mcm biasa la..

Eh.. dah sampai KFC Ijok lak.. nasib baik tutup..
kalau tak mau bucket aku bedal.. hahaha

Order2.. lepas ni nak panjat bukit menara plak..

Mak oii.. sebab meja kecik.. order ntah bape keping letak dlm 2 pinggan je...
bagus-bagus.. lama tak makan ramai2 macam ni.

Sampai kat petronas Ijok on the way balik, jumpa geng2 fast and furious.
Keta Iswara Aeroback je.. tapi memang ganas mamat2 ni makeover..
bling2 beb.. KITTknight rider pun nangis.




On the way balik... singgah markas Yakfur Riders.. hulamak.. best la lepak sini sebab dapat makan lagi..
Punya la rajin depa ni.. kuih bengkang, tembikai, ubi rebus campur kelapa.. eh macam2 lagi la..
Tapi sayang, diaorg dapat salah info pasal ride singgah sahur.. terlepas diaorg nak follow ARB.. 
Takpe.. next week, Kita Singgah Sahur ke Kuang pulak, kasi gegar kedai sana ramai-ramai..

Salam Kayuh di Bulan Ramadhan dari ARB untuk anda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails