Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Photobucket

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Tuesday, November 22, 2011

FRASER HILL - ARB WAS HERE (20 NOV 2011)

Salam dan selamat sejahtera kawan-kawan.

Plan yang dibuat dalam masa 3 hari mendapat sambutan 10 riders, iaitu
Barisan depan dari kiri: Chif Rahim, Din, Zulman, Izam, Abg Wazir, Zaly dan Taib
Duduk di belakang dari kiri lak: Azlin, Azman dan Syafiq.

ON THE WAY

Seawal jam 7 pagi, dah bergerak ke Empangan KKB dari BTP, singgah breakfast di Sg Choh. Sedang makan baru perasan ada sorang rider tak cukup. Perghh rupanya, kawan tu patah balik BTP sebab tertinggal helmet, glove dan beg.. Terbabit semua menunggu. So makan slow2 la yee.

Macam biasa yang kuat kayuh memang kuat makan.. hahaha

STARTING POINT - KKB DAM 

Dan seperti biasa, Chif adalah orang yang paling sibuk memeriksa bike2 anak buah nya...Semua pakat tengok je.. tak patut la korang..

Persiapkan kuda dan kekuda masing2..

 Cantik tak view? Cantik lagi bukit nun jauh didepan yg akan dipanjat..
Kayuhan bermula dari sini tepat pukul 10:10 pagi.

PENDAKIAN BERMULA

Abg Wazir yang hampir tidak percaya beliau berkayuh ke Fraser..
Betul Bang.. percayalah bang... abg tak mimpi bang.. ini betul2 ni.. bukan cobaan..

Din.. khusyuk kayuh, sampai kena kejar dengan beruk... 

Chif yang sentiasa mengambil berat dengan anak buah..

Lebih kurang 17km kayuh .. lepak menunggu platun2 yg lain. Tapi masa ni si Izam dan Talib dah tinggal kan kitaorg.. sebab tu muka diaorg tak nampak kat sini. Diaorg ni nak berlumba kot.. hehehe

Sebenarnya masa lepak kat sini, banyak rider2 moto layan.. dari superbike, 150cc sampai la ke kapchai. Siap dgn racing suit lagi. Cuma satu gambo ni je sempat amik..jadi la..

Takleh rest lama2.. start kayuh cepat2 sebab ada 10km lagi untuk mendaki.

SUDAH DI GAP


Chif bergaya dengan ada lagi 8km to Fraser yang lebih steep
dari Dam ke GAP.

Hilang penat lelah bila dah sampai ke GAP.. Punya la gembira muka masing2. Sampai lupa yang 8KM ke atas masih ada untuk di daki.
Oleh sebab Bro Azman dan Zulman belum muncul, sambil menunggu, kami ke gerai utk rest dan minum.
Lunch kitaorg pakat makan di puncak Fraser.

Sampai di GAP pada 12:40 tgh. Berkayuh semula ke Puncak Fraser pada 1:30 tgh.

FRASER HILL

Yezza... Akhirnya.. impian tayar rider2 ARB untuk mencecah puncak Fraser tercapai pada jam 2:15pm.
Sambil2 tunggu rakan2 yang lain, yang mana sampai dulu dah start posing kat clock tower.
Best bro.. puas hati.. hilang penat lelah, letih mendaki terus tak rasa hahaha.. 


Gila arghh.. posing sakan diaorg ni.. yelah kan.. ada yang seumur hidup tak penah jejakkan kaki ke sini.. 

Ini lah kali pertama beberapa riders sampai ke Fraser.. bak kata abang Tebuan la.. moto ada, keta pun ada, tak penah nak pegi sini.. boleh pulak sampai dengan basikal.. iskk..
Relax la bang.. percaya la.. percaya la.. korang ni wat malu la.. hahahaha
Dah penat posing, lepak2, si Izam tak sabo2 lak nak g makan.. dah kebulur dah ni.. dia tanya semboyan..
"Li, jom la makan.. mana nak makan ni? mana kedai?", 
bila dengar semboyan kata kena panjat lagi 1km.. haaa??? apa nak buekk.. kayuh je la.. karang kebulur..
Mana yang dah tak larat sangat tu, menolak ajela..


Ini la tempat kitaorg melantak.. ada pulak tempoyak tu.. belasah la..
Lapo nye pasal.. takdan nak amik gambo masa makan..

Apahal lak pegang2 idung tu? ada bau gas tempoyak terlepas ke?
tak senonoh betul la..
Bergerak turun dari sini pukul 4:40PM

ON THE WAY BACK..

Sempat lagi bergambo.. masa menurun.. pergh lawa view kat sini.. sayup nun dibawah tu gaung.. hehehe
Masa ni memang sojuk... sebab dah petang..langit dah mula gelap..
Rasanya kat bawah dah hujan..

Jangan disangka perjalanan balik xde uphill.. adoo.. sekali dia bagi, mencanak jugak.. 

Berenti sekejap kat gerai di GAP sebab menunggu bro Man&Man kita...

Hah... tu dia, dah sampai pun.. 

Hari dah semakin gelap.. adusss.. hujan dah mula turun.. 
terpaksa melayan downhill tarmac dalam hujan lebat, jalan pun semakin licin.
Agak sadis nak layan downhill panjang dalam hujan... tak leh nak kitai sangat la.. 
ada pulak pakai tayar slick.. amik ubat ko..
Kadang2 kena mengelak keta yang tak reti nak hormat orang naik beskal.. 
tang lap pun nak pancung.. hampeh..
punya sejuk.. menggigil tangan, kaki semua.. 

Apa2pun Bkt Fraser ride memang memberikan satu pengalaman yang manis 
untuk 10 orang riders ARB ni.
Tahniah untuk anda semua. Bak Kata Abg Wazir, kalau ada orang bertanya, kita dah boleh bercerita. Maksudnya, ada la pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.

(Sampai semula di Dam KKB dengan total dist 76KM pada 6:20ptg)

Sekali lagi, tahniah atas ketabahan anda semua.. Alhamdulillah, 
10 org pergi, semuanya dapat bertahan hingga ke puncak dan kembali dengan selamat.

Insyallah, kepada mana2 rakan rider yang tak dapat nak join tempohari, ARB akan membuat kunjungan kembali untuk merealisasikan impian anda pula.

untuk photo2 lain sila klik SINI

KAYUH SAMPAI PUAS...
p/s: ada pulak yg bersuara nak panjat Goh Tong dari Btg Kali.. amboi.. bila tu bang?? saya nak ikut.. tak larat saya naik black maria jee.. hehehehe jangan marah haaa...

Saturday, November 19, 2011

LATAR Highway 2011


Wow, walaupun tak seramai seperti biasa, 6 riders sudah secukup rasa untuk melaksanakan kayuhan
menyusur LATAR Highway yang masih tak dibuat2 lagi exit ke Bandar Tasik Puteri ni.

Menyampah nya aku.. Developer Penipu.. korang masa nak jual rumah beria2 promote kunun ada exit ke Highway ni.. sampai la ni.. buat 2 hari berenti setahun.. kurang asam.. jaga la korang.. kena sumpah beribu orang.. tak selamat hidup oooo...

Baik gua kayuh lagi bagus kat hway ni.. naik beskal tak kena toll huahuahua..

Letih la gua nak cerita.. lu org layan gambo udah la.. 

Kenal ke? tak kenal? ni la abg tebuan...
Jangan marah haaa..

Atan dan Syafiq @ Kundang.

Suda sampai toll Ijok.

3 jenis tayar yg berlainan size... hehehe

Santai lagi.. borak, power stick.. posing.. suka ekkk..


Sambung Kayuh ke pekan Ijok.. minum dan makan.. wat lawak lagi..
hehehe..

Makan puas2.. pasni panjat bukit menara amik lesen ARB..

Puas?? Seronok?? Anda mau lagi??

Friday, November 18, 2011

Trail lain, pendek tapi puas, rugi la korang tak follow..


Ride Ahad 13/11/11 lalu boleh tahan jugak. Chif kata nak buat ala-ala kayuh lasak tapi setengah masak je dulu.. Yang cukup2 masak minggu ni.. jageeee. So yg berani setengah masak ni 8 org riders follow belakang buntut Chif.. best jugak layan turun.. naik.. turun.. naik.. pastu tak turun2.. naik naik naik dan naik lagi.. hehehe pastu baru turun turun turun masuk terowongggg... 

Kalau aku masuk semula sahih confuse aku dengan route yang Chif bawak.. bila masa dia kayuh dalam ni? sampai semua trail dia tau?? Dah namanya Chif... malas la aku nak pikir...

Layan kayuh sudahhh..

Terangkat Kuda tu..


Best betul main air yee..

Suka betul dapat tgk matahari keluar celah2 pokok...

Ntah apa2 si Nizam ni gelak.. 

Azlin Shah kata macam ni la downhill kat ECC, Man pulak, kurang sikit mcm ni yang kat Kayuhan Kuale plak...


Posing sakan setelah berjaya berada dipuncak tertinggi..

Bandar Tasik Puteri..bwh tu LATAR Highway

Sudah tiba di terowong LATAR.. bukan Terowong mcm di TV3 so tak perlu takut kalau korang sesat kat sini sorang2.. tapi kalau jumpa pelik2 nasib korang la.. hahahaha...

Kat tempat ni best.. 
korang kalau sampai sini henjut high speed kaw2 baru korang tau camne bestnya..sbb agak teknikal trail ni.

Hari masih muda.. ngeteh dulu sebelum balik umah la bro..

Amacam?... cun?.. takmo join ke minggu ni??


Tuesday, November 15, 2011

Triple 11 Nite Ride

Wak, Rahim, Bro Azhari, Taufik, Din, Jamal (tak kayuh), Haizat, Marshall, Syafiq, Taib, Wazir, Zulman, Azlin, Pian, Captain(patah balik sbb sakit pinggang).

Salam.. perghhh agak lama tidak diupdate blog ni.. almaklumlahh "banyak hal".. kayuh tak pernah lekang pun.. sentiasa ada. Kali ini seperti yang dirancangkan kayuh 99.98% on road dengan tayar selebar 2.2 (semboyan dah tentu) merempit dari dari gerai sawit ke persimpangan guard lama melalui kolam Bai-World. Terus ke selekoh monyet, Selangor Fruit Valley, Rantau Panjang, Bestari Jaya (Batang Berjuntai), Ijok dan cabaran terakhir mendaki bukit menara. Kayuhan  hampir 50KM bersama 14 Riders memang meriah..
Nampaknya ada permintaan lagi.. Boleh la kita repeat this week.

Bro Azhari, lama dah tak kayuh bersama, malam Triple 11 muncul kembali
Glad to see you bro!
CP1 di junction masuk BTP
CP2 di junction Bt Arang
Pernah dengar? Tau ke function KOPEDIK??
Tak Tau? gi google.. hehehe
Sudah sampai Bestari Jaya aka Btg Berjuntai..
Posing lagi, ada lagi platun yang tak sampai..
Hebat Abg Din kita ni.. selalu outstation pun power..
Rasanya dia training senyap2 dengan Bandi kat Bali ni...
Stop lepak minum, wat lawak semua ada la..
Abg tebuan org mula2 order air sedap... hehehe
Tgk tu abg tebuan.. wat lawak je kejenye..
Racer tegar track sepang menceburkan diri ke MTB..
Kayuh pun mcm bwk superbike.. padahal lutut longgar tu.. tak paham aku...
tgh gulung rokok blh pulak nak berenti isap rokok.. buang tebiat kawan aku sorang ni..
Dah puas minum?.. balik la apa lgi.. panjat menara pastu lyn sikit la offroad..
Dah masuk off road baru teringat si Taufik bawak roadbike..
Naya budak sorang ni.. sorry la.. dah tu cross sungai lagi.. amik ubat..

Malangnya 3 riders yg dah krem.. tak cukup angin skip panjat bukit menara...
So diaorg lalu la kota puteri.. 
Anyway, kayuh malam triple 11 memang best.. boleh dibuat kenang-kenangan..
Alhamdulillah semua selamat pegi dan balik..

TQ Geng!! Jumpa next round..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails