IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Friday, May 5, 2017

5th Edition Driven MTB Parit Jawa Jamboree - 11 February 2017

Salam semua..
Ni kira throwback la, sbb lambat bebenor nak dapat slot dlm blog ni. Sayang gak tak update sebab event ni antara event MTB yang terbaik pernah dianjurkan.
Tak ingat dah berapa ramai ARB yang register tapi yang diberi rezeki dan kemudahan utk ke Parit Jawa pada hari kejadian hanya 3 orang iaitu Rani, Asba dan Zaly. Bertolak dari BTP lebih kurang 12tgh pada 10/2. Guna Kereta Asba beb. 


Takde apa yg nak dikejarkan.. drive slow and steady, berhenti kat RNR Seremban lepak lunch, pastu sambung drive. Singgah lagi rumah family Rani, pastu baru ke homestay..

Walauwehhh gila cantik dan besar homestay ARB kali ni.. 


Corner lot, tanah luas boleh main bola 7 sebelah.. hahaha.. 
Tunjuk gambo ni dah la.. yg lain korang imagine sendiri lerr.. promote homestay ni bukan dapat duit pun.. kekeke
Petang tu kitaorg cari mee bandung lak.. pastu siap gi Giant cari spek kayuh.. sbb tertinggal kat umah.. beli RM15 je tak yah mahal2, janji boleh cover panas terik, takde la mental sangat.
 Ni dia.. mee bandung ori Muor punya... datang sini wajib makan bendalah ni.
Malam nya kitaorg melantak lagi.. gila betul. Gambo lupa nak amik.

Lepas pekena mee bandung kami gi amik goodies lak, meriah kat tapak event.


HARI KEJADIAN

Kononnya macam dah awal, kul 5 pagi dah terbangun sebab geng Azmi dr puchong pun lepak dengan kami. Diaorg kul 4pg dah mandi.. sebab ada geng diaorg target podium. Plan subuh kat tapak event.
Kul 6 pagi punya banyak basikal dah siap parking.. gila la dioarg ni, Marshal cakap kul 2 pagi dah ada start parking beskal.. betul punya nak podium.. perghhh
Tapi kalau korang ni newbie, korang tak yah la lawan pro2 ni.. 
Jangan la marah.. dia tersasul la tu

dah letak beskal, sembahyang subuh, kita breakfast lak.. sedap beb.

STARTING POINT.


Tu dia, punya ramai..Sesak beb.

AKSI2 KAMI DALAM TRAIL



Teres/drop section mmg cun, tapi susah nak layan memula sebab ramai sgt turun tolak..
Line Clear baru sedap layan sampai ke bawah..

Asba


Rani

Zaly

Menarik trail course yang disajikan.. tapi tak boleh blah la bukit man-man tu. Setup tayar yg agak keras mmg susah nak climbing disebabkan batu2 loose, tayar jadi spin berulang kali, so banyak membazir energy. Bukit2 lain ok boleh layan. Single trail, downhill dan drop section cantik memukau. Aku suka..hehehe

Overall ARB bagi 5 HA, hahahahaha... Thumbs up utk penganjur. Makanan, Tapak Event, Marshall, Crew2, semua very well organized. Bab Medal dan Tshirt, biasa je la.

Lucky draw.. yilekk.. ARB sorg pun tak dapek..
Cuma dapek gambo dengan women champ, June aje.. jadi la kan..Tahniah June

Abis lucky draw kami balik ke homestay siap2 mandi sebab nak gerak balik Rawang semula.
Sebelum tu, singgah dulu kat sini buat bekal utk awek masing2 dirumah. hehehe


T. Kasih kepada semua yang terlibat dlm event ni..
Tahun depan InsyAllah ada rezeki ARB join lagi.

Kayuh ON bro..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails