IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Friday, May 5, 2017

5th Edition Driven MTB Parit Jawa Jamboree - 11 February 2017

Salam semua..
Ni kira throwback la, sbb lambat bebenor nak dapat slot dlm blog ni. Sayang gak tak update sebab event ni antara event MTB yang terbaik pernah dianjurkan.
Tak ingat dah berapa ramai ARB yang register tapi yang diberi rezeki dan kemudahan utk ke Parit Jawa pada hari kejadian hanya 3 orang iaitu Rani, Asba dan Zaly. Bertolak dari BTP lebih kurang 12tgh pada 10/2. Guna Kereta Asba beb. 


Takde apa yg nak dikejarkan.. drive slow and steady, berhenti kat RNR Seremban lepak lunch, pastu sambung drive. Singgah lagi rumah family Rani, pastu baru ke homestay..

Walauwehhh gila cantik dan besar homestay ARB kali ni.. 


Corner lot, tanah luas boleh main bola 7 sebelah.. hahaha.. 
Tunjuk gambo ni dah la.. yg lain korang imagine sendiri lerr.. promote homestay ni bukan dapat duit pun.. kekeke
Petang tu kitaorg cari mee bandung lak.. pastu siap gi Giant cari spek kayuh.. sbb tertinggal kat umah.. beli RM15 je tak yah mahal2, janji boleh cover panas terik, takde la mental sangat.
 Ni dia.. mee bandung ori Muor punya... datang sini wajib makan bendalah ni.
Malam nya kitaorg melantak lagi.. gila betul. Gambo lupa nak amik.

Lepas pekena mee bandung kami gi amik goodies lak, meriah kat tapak event.


HARI KEJADIAN

Kononnya macam dah awal, kul 5 pagi dah terbangun sebab geng Azmi dr puchong pun lepak dengan kami. Diaorg kul 4pg dah mandi.. sebab ada geng diaorg target podium. Plan subuh kat tapak event.
Kul 6 pagi punya banyak basikal dah siap parking.. gila la dioarg ni, Marshal cakap kul 2 pagi dah ada start parking beskal.. betul punya nak podium.. perghhh
Tapi kalau korang ni newbie, korang tak yah la lawan pro2 ni.. 
Jangan la marah.. dia tersasul la tu

dah letak beskal, sembahyang subuh, kita breakfast lak.. sedap beb.

STARTING POINT.


Tu dia, punya ramai..Sesak beb.

AKSI2 KAMI DALAM TRAIL



Teres/drop section mmg cun, tapi susah nak layan memula sebab ramai sgt turun tolak..
Line Clear baru sedap layan sampai ke bawah..

Asba


Rani

Zaly

Menarik trail course yang disajikan.. tapi tak boleh blah la bukit man-man tu. Setup tayar yg agak keras mmg susah nak climbing disebabkan batu2 loose, tayar jadi spin berulang kali, so banyak membazir energy. Bukit2 lain ok boleh layan. Single trail, downhill dan drop section cantik memukau. Aku suka..hehehe

Overall ARB bagi 5 HA, hahahahaha... Thumbs up utk penganjur. Makanan, Tapak Event, Marshall, Crew2, semua very well organized. Bab Medal dan Tshirt, biasa je la.

Lucky draw.. yilekk.. ARB sorg pun tak dapek..
Cuma dapek gambo dengan women champ, June aje.. jadi la kan..Tahniah June

Abis lucky draw kami balik ke homestay siap2 mandi sebab nak gerak balik Rawang semula.
Sebelum tu, singgah dulu kat sini buat bekal utk awek masing2 dirumah. hehehe


T. Kasih kepada semua yang terlibat dlm event ni..
Tahun depan InsyAllah ada rezeki ARB join lagi.

Kayuh ON bro..

Monday, April 17, 2017

Mimaland Mini Jamboree II 2017 - 26 MAR 2017


Antara foto yang terbaek.. nape? sbb ada 3 Kelab atau Team basikal dr BTP di sini. ARB, LCT dan Lemao.

Asba 2 zaman

Fuhh Rani, Abg Farif, Epul kata bangga dapat gambo dengan Champ Oren

Bain dan Anke

OFFROAD BERMULA...

Mcm kenal je.. 

Akmal
Wyne LCT.. anke tinggalkan ye

Asba

Ct relax je.. tak larat org belakang standby utk tolak
Laju si Kim ni
Anke

Mr Hans.. Atan.. aku pun tak berapa nak paham bab Han ni..
Rani the Boss
Fuh Tenangggg
Cik Abg dengan tenang je tinggal kan Kakak kita ni ye.. Steady Mus

Wow, Tahniah Kim and Han, atas podium kali ni.. Han lagikk.. hahaha

Aku tukang karut je.. tak dapat nak join.. sebab bertugas di Selatan Tanahair.. so ni komen2/Feedback ikhlas yg diberikan oleh rider2.. no edit, no copy paste.. . Terima kasih diatas feedback di bawah ni.. harap Organizer dapat terima dengan hati terbuka.. membina ni bang..
=====================================================
Distance: 25km ++ as the event name, Mini Jamboree, anything below 30km would do.

Difficulty: Topografi kawasan ini memang berbukit bukau. Jadi memang telah diduga, akan banyak climbing & downhill.

Mostly, climbing rideable, cuma berlaku gangguan apabila ramai riders yang tersangkut dipertengahan.

Downhill pun lazat, terdapat beberapa trail DH yang agak bahaya serta memerlukan kemahiran. Marshall ada di semua tempat bahaya dan beri advised kepada riders.

Organiser… average la… kita paham … banyak cabaran yang perlu dihadapi… antaranya medal masih sangkut kat kastam on the event day….                      

cuma … penggunaan pelajar sebagai crew agak mengecewakan….
ada yang chiken pun dapat ranking

Parking ok makan ok

Fee pun ok rm40 je

ada yang kene balik sebab cut off time, pun dapat ranking

worst, women no 8 (podium) tu DNF actually

tapi crew fail to identify geng ni

overall trail …. memang best… hampir jatuh hokum “WAJIB Repeat"

Overall: well organised, tapi hick up yang berlaku tu agak critical                      
makan tak sedap            
parking ample, dewan pun selesa
==================================================
So,.. bab trail kira best la kan.. well done Penganjur...

Tahun depan buat lagi, aku nak bergambor dengan dinosaur ni wehhh...

Thank U...Ride fast and safe geng...

Monday, April 3, 2017

Gunung Reng Jeli MTB Jamboree 18Mac2017




Anke Selfie sorang2.. mana Asba?

Fuhh. lama betul tak mengarang.. 

OK, ni event yang keberapa ntah utk ARB 2017. Banyak sebenornya, cuma malas melampau nak update blog ni.. nanti kalau aku senang lagi, aku update yg jenis2 throwback2 ni la..

Kita cerita bab JELI dulu.. antara event yang mmg dinantikan.. plan lama ni.. tup tup ada hal.. mmg betul la kita merancang, Tuhan yg menentukan. ARB hantar 3 orang wakil ke Jeli, Asba, Rani dan Zaly, Tapi yg perginya 2 orang saja, iaitu Asba dan Anke,

So, aku nak cerita lebih2 pun tak syok, sebab tak feel Gunung Reng punya trail. Tapi aku dah interview rider2 ARB ni, So kat bawah ni feedback dr rider2 kita.

"Trail memang Best…. Climbing pun dasyat… sesuai dengan nama GUNUNG Reng…. single trail antara yang terbaik saya penah lalui...

lintas sungai pun antara tarikan dalam trail…. 3kali pertama memang best… air jernih dan sejuk…. tapi bila dah lebih 10 kali lintas sungai…. dah rasa menyampah la pulak"

Tak silap Asba dan Anke gerak ke Jeli pada Jumaat malam Sabtu.. sampai sana terus parking depan masjid lebih kurang jam 2-3pagi.. tdo kat masjid, subuh bangun terus siap2. Event starting pun depan masjid.

Sedikit gambo utk tatapan peminat.. hehehehe, enjoy!!,





                                              
Tamat Sudah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails