Tuesday, February 7, 2012

Kayuhan MaulidurRasul Ya'afur 5/2/12

 5 Feb 12, Ahad yg lepas ARB Cycling Team telah menyertai Kayuhan MaulidurRasul anjuran rakan MTB iaitu Yaafur Bikerz. Sejajar dengan slogan "kayuh untuk sihat" dan juga usaha menyokong rakan-rakan MTB yang berusaha menganjurkan satu2nya kayuhan sempena Maulidurrasul maka ARB Cycling Team tampil untuk memeriahkan lagi kayuhan pada hari itu.

Trail yang dihidangkan sejauh 20km sahaja dimana tidak terhad kepada semua peringkat umur. Dengan bayaran sebanyak RM15, penganjur menyediakan sarapan pagi dan tengahari untuk semua peserta. Kayuhan bermula pada pukul 8:30pagi, dimana semua peserta berkayuh sambil berselawat sejauh 5km mengelilingi Green Valley Park Bandar Tasik Puteri sebelum dilepaskan ke laluan offroad. Kayuhan Tamat pada jam 11:30pagi.

Bersarapan kuih muih sambil mendengar briefing dari MC dan Captain.

Tu dia.. Capt dgn topi koboinya..

Kayuh sambil berselawat bermula.

Menuju ke Bt. Arang.

CP1 siap pisang dan air lagi.

Kalau ARB layan downhill, Yaafur kasi uphill.. seronok jugak. 

Tolak je bang..

Salah satu favorite uphill trail.. bkt rumput yg semakin famous.

Di CP2. Tuan Fahmi org kuat Sg. Selangor Phase 2 turut datang berkayuh bersama
memberi sokongan. Terima Kasih ARB ucapkan bagi pihak Yaafur Bikerz.

Sudah sampai.. jamuan tengahari pun sudah terhidang. 
Lengkap dengan ulam dan pencuci mulut.

Terima Kasih kepada Yaafur Bikerz yang berusaha untuk menjayakan kayuhan ini.
Usaha anda sangat berbaloi. Walaupun jumlah peserta hanya lingkungan 50 orang, namun sambutan tetap meriah. Terserlah kemesraan bagaikan sebuah keluarga MTB yang besar berkayuh dihari mulia.
Semuga usaha ini menjadi contoh untuk semua penggiat MTB dan dapat diteruskan dimasa2 akan datang.
Insyallah, panjang umur, ARB Cycling Team akan terus memberikan sokongan kepada semua rakan2 MTB.

Kayuh tetap Kayuh!!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails