Sunday, May 9, 2010

Kayuhan Terang Malam Kulim Jamboree 2010- D' Day

Salam rakan-rakan MTB semua.. hari yang dinanti-nantikan oleh semua MTB rider termasuklah ARB sudah sampai. Jentera masing-masing telah diperkemaskan dan bersedia untuk bertolak ke Kulim Hi-Tech.




6 buah kenderaan ARB telah bertolak ke Kulim menuju ke Homestay di Taman Putra Kulim sebelum ke starting line di Kulim Hi-Tech.

On the way to Kulim

Singgah makan di pelita Juru pukul 2 ptg.

Dah nak sampai ni..

Poster Kayuhan Terang Malam pun dah jumpa..

Homestay ARB riders.

Tiba di lokasi permulaan Jamboree Terang Malam pada jam 6.30 ptg, ARB mula mendaftarkan diri untuk mengambil goodies dan juga sticker pertama untuk CP1.

ARB sedang alas perut sebelum ke lokasi kayuh jam 6 ptg. Bergaya dgn Jersey versi Kayuhan Malam.

Tempat pengambilan cabutan bertuah.

Tempat daftar dan CP1 sticker.

Stage ucapan dan bacaan doa, juga flag off.

Salah seorang ARB, Jamal Haro pula mengambil peluang membuka gerai Harimau Malaya yang mana menjadi port rider-rider ARB melepak sebelum dan selepas membuat kayuhan.


Gerai Jamal merangkap Port ARB. Posing bro..

Tepat jam 8:30 malam, selepas ucapan dan doa dibacakan, flag off bermula. Bermula dgn road ride dan seterusnya off road yang sudah diduga dengan becak dan selut akibat hujan lebat pada waktu petang. Dengan rider yang seramai hampir 800 orang, mendaki bukit dengan becak dan selut yang melekat di tayar memang perit. Lebih-lebih lagi di waktu malam.

Zul Norco dan Umar tgh setting bike masing-masing. Sahabat MTB semua tolong doakan Zul semuga beliau cepat sembuh. Cerita selanjutnya akan di postkan secepat mungkin.

Bro Mawi tengah minum air power untuk kayuhan malam.


Bergambar bersama sebelum event bermula

Photo ehsan dari PRCC

Photo ni juga diambil dari blog PRCC

Dah start kumpul, kaki dah gigil

Pergh.. memang meriah

Sesekali dapat kayuh, memang pulun habis lepas geram. Tak kira lah tanah licin, downhill tetap dilayan. Meniti jambatan kayu.. meredah sungai .. merentas pokok tumbang semua ada.. Terbayang kalau ARB dapat layan waktu siang dgn trail yang tak berselut... perghhh


Berbaris tunggu turn meniti jambatan batang pokok..

Rahim meniti dijambatan.. gambar dr Adiharriman, tq bro ada gak terselit gambar chief ARB.
Gambar aku Adi amik nampak punggung je..hehehe

Yang kurang best bila hampir ke CP3, downhill yang tak dapat dikayuh akibat sesak dengan manusia, licin yang teramat sangat. Ramai jugak yang jatuh sliding bersama bike.


Terserempak dgn geng kayuh, selepas CP3. RD patah.. habis 1/2 jam masa aku kat sini. Hhmm

Maaf tak banyak gambar yang dapat diambil semasa kayuh akibat keaadan basah dan gelap. Walaubagaimanapun, ARB bersyukur kerana semua rider ARB selamat manghabiskan kayuhan tanpa cedera dan kerosakan bike. 

Cabutan bertuah juga memberi tuah kepada 2 rider ARB, Hisham mendapat hamper dan Anggoron pula lebih bertuah mendapat frame Raleigh Alpha.. Tahniah...wife korang dah tentu approve visa untuk next jamboree ni.. hehehe..

Bike-bike yang keletihan.. sian bike aku..

Anggoron diapit dgn chief ARB.. Congrats...

Hisham juga terima tahniah dr Chief ARB.

Terima Kasih kepada penganjur Kayuhan Terang Malam Kulim Jamboree 2010. Insyallah, jika ada lagi tahun depan ARB akan muncul lagi di Kulim.

Aksi kurang melampau dr Umar Fuji

Lastly.. bongkang time la bro.. dah kul 4 pagi ni.. hahaha...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails