Kisah 4 ARB yang sesat..
Pada hari Ahad 23/5/2010, Seramai 7 riders ARB bergerak ke Bkt Beruntung seawal 7:30 pagi dari Bdr. Tasik Puteri. Bukan lah jauh sangat pun, ikut highway dari exit rawang ke toll Bkt Beruntung RM 2.60. Seperti dirancang, ARB mengambil sarapan pagi di RnR Rawang. Selepas masing-masing kenyang dan agak2 boleh menampung sepanjang hash, kami bergerak meneruskan perjalanan ke tempat bermulanya kayuhan pagi itu.
Sampai je berhampiran tempat register, kereta dah banyak parked di kiri kanan jalan. Keluar dari kereta terus menuju ke meja pendaftaran. Ada pulak sorang rider ni tertinggal helmet.. punggah sungguh. Nasib baik KLMBH committee baik hati. Dapat la pinjam helmet kat dia.. helmet Bell lagi hahahaha… Kalau tak dia nak balun pakai topi je.. THANK YOU KLMBH!!!
Lepas register, macam biasa setup bike.. dah siap pelagi.. posing sakan la.. korang tengok aje la photo2 ni.
Sampai kat sini pulak, kami lihat front runners tengah solve check point. Samada nak ke left or right direction. Sambil tunggu tu, sempat la amik video dan gambar-gambar member yg tgh layan downhill sebelum sampai ke junction ni.
Din KHS dan Bro Azhari layan mendaki
selepas downhill
Up lagi, aik tolak ke Ralf (terselit celah semak)?
Bila dah jumpa direction, kayuh semula.. uphill and downhill.. pergh memang layan trail bash kali ni. Tengah-tengah layan, tetiba jammed.. ada titi kayu, ada yang menolak ada yang belasah kayuh.. pastu jammed lagi sekali, jumpa plak titi concrete sebelum masuk ke canopy area.
Oleh sebab bash kali ni, ARB nak cuba kayuh dalam group, maka kami menunggu la yang lain di belakang. Sambil2 tunggu tu terserempak dengan rider femaler from Europe, tak pasti dr mana sebab asyik tanya bike dia yg lain dr yang lain. Tapi dia kata bike yg dia pakai ni husband dia yang beli, UK made. So kami assume dia dari UK la kot, Sempat pulak chief kami bergambar dengan bike dia.
Kanan:
Rahim dgn bike "awek" UK.
Bawah:
Abg Azahari tgh mendaki
Bila semua dah sampai, kami mula kayuh semula sehingga dipersimpangan antara long dan scenic berpecah dgn Abg Azahari. Dia terpaksa membawa diri sendiri ke finish line mengikut scenic trail, So kami berlima meneruskan kayuhan dengan long trail. Umar dah lama menjarakkan diri sejak awal-awal lagi.
Bukit lagi lepas layan downhill. Trail mmg cun.
Tapi dek kerana lupa daratan dengan downhill, kami berempat dah sesat daa.. masa mula2 kayuh siap remind rider-rider lain.." follow the paper don’t follow people." Ceh.. kena lak batang hidung sendiri..
Korang tengok je trail yang kitaorg terjah.. panas giler bro.. dah mcm kat SIT jamboree.. x dapat nak merasa redah sungai.. single trail. Dah la terlebih 15Km. Org lain kayuh 27, kitaorg dah kayuh 40++km. Padan muko..
Jauh lg tu.. trail open giler.. huaaa rentong
Apa2 pun, mmg fun ride dengan kerenah masing2. Next Time, kayuh tetap kayuh..
Video2 semasa hash untuk tatapan.
2 comments:
Tahniah buat Zaly Kona member kite ni yang sangat-sangat berbakat menghidupkan blog ARB. Anda sememangnya semula jadi sejak azali. Semuga tidak dipersia-siakan bakat ini sehingga penghujung hayat. 1 cadangan apa kata adakan satu column jual beli antara kita, tak kisahla barang apapun. Periuk belanga pun boleh asal berbaloi.
Amboi.. lain mcm je?.. boleh no problem.. idea yg sgt menarik.. akan di usahakan secepat yg mungkin.
Post a Comment