Weekend kali ni ARB tak follow trail LTM. Cadangan dr chief, nak main XC lagi dengan membuat lawatan ke bukit satelit melalui jalan bercampur-campur. Offroad dan road la tu.. macam mana pun uphill, downhill, single trail semua ada kecuali teres.. best jugak tu.
Kali ni 12 riders turun., yang lain bike dalam frame gambar lagi, lupa nak bukak kot. hehehe..
Permulaan kayuh, kami menuju ke rumah Zul Norco dulu membuat ziarah sambil memberi semangat ride kepada beliau. Untuk pengetahuan, Zul baru discharge dari Damansara Specialist Hospital pada hari sabtu setelah 3 hari membuat rawatan susulan semenjak pulang dari Kulim Hospital. Alhamdulillah, Zul semakin pulih berkat doa rakan-rakan semua.


Selepas lawat Zul, masuk offroad ke single trail
Terpaksa la kami mengubah haluan.. ride perlu diteruskan bro biar sejuta halangan hahaha.. ride punya ride, lalu pulak kawasan menternak.. ayam ada, kambing ada, lembu jgn cerita la.. anjing pun ada.. kecoh la anjingtu.. menyalak tak habis2 nasib baik tak lepas pagar. Then jumpa lak paip besor gajah.. jadila amik gambor ramai2 kat sini.. posing time..
Lepas tu sambung ride, sebelum jumpa kolam mancing ke batu arang, masuk kiri jumpa signboard Agroteknologi Batu Arang.. sayup je jalan tu.. uphill la apo lagi.. Masa uphill, rantai khairul pulak putus. terpaksa menolak sampai ke atas bukit. So, atas bukit ni la si dayat mekanik ARB buat keje. Yang lain amik kesempatan dengan power stick masing-masing.
Tak pe Khairul.. sambil dayat repair, boleh kitaorg lepak sekejap..



Cun view dr Agroteknologi Garden Batu Arang

Atas tu la bukit Satelit dan sebelah kiri ni lak keta kabel batu arang. Pelik ke? Tanya la org batu arang sendiri betul ke tak..
0 comments:
Post a Comment