Monday, May 3, 2010

Kesedihan ARB disebalik Kayuhan Terang Malam Kulim 2010 - Doa dipohon dari Rakan MTB.

Assalamulaikum wbt dan Salam Sejahtera untuk semua rakan-rakan yang mengenali ARB team dan Khususnya Zulkarnain Sohar atau lebih dikenali dikalangan ARB Zul Norco.

Pagi Ahad 2hb May 2010, selepas selesai Kayuhan Terang Malam di Kulim, Zul telah dimasukkan ke ICU Hospital Kulim pada jam 10pagi setelah jatuh pengsan pada jam 9.30pagi.

Umar dan Rahim telah menemani Zul di hospital setelah yang lain bertolak ke Rawang.

ARB merayu kepada rakan-rakan MTB semua, doakan lah kesejahteraan beliau agar beliau pulih dan kembali kepangkuan keluarga seperti sebelumnya secepat mungkin. Amin YaRobal'alamin..





Ucapan Terima Kasih juga di atas kesudian Marshall2/penganjur Kayuhan Terang Malam yang bersama-sama melawat beliau di hospital Kulim dan juga telah menyediakan tempat tinggal untuk Keluarga Beliau semasa rawatan berjalan. Terima Kasih yang tak terhingga dari ARB. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa anda semua.

3 comments:

Aku doakan semoga sahabat cepat sembuh.. rajin2 laa buat solat hajat.. untuk sahabat..

Kami ahli ahli kelab ARB Cycling Team,sentiasa mendoakan semoga ALLAH menyembuhkan Saudara Zul dari segala penyakit yang melanda beliau dan semoga keluarga beliau ALLAH berikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini,marilah kita dirikan solat hajat dan membaca Surah Yassin bagi mengiringi doa doa kita,ameen ameen YA ALLAH.

semoga cepat sembuh dan tingkatkan ibadah kepada ALlah s.w.t. amin

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails