Monday, March 14, 2011

Teluk Batik Jamboree D'Day..Part 2

Sambungan dari PART1


Malam sebelum hari kejadian, tatkala hujan turun renyai terserempak dengan rakan2 kayuh dari Kuala Kubu, AsSakinah. Apalagi, walaupun dah makan, kami ngeteh lagi sekali.

PAGI KEJADIAN
Macam biasa, masing-masing setting bike.
Chif dengan DaBomb fullsus, Yus dan Meridanya, Hisham dengan Santa Cruz superlite..
Nizam lak belek Polygon.
Masing2 tengah menjampi.. cehh. Apa barang jampi2 ni. Nak kayuh pun jumpa bomoh ke?
jangan marah haa..

Captain dan Ahli keluarganya.
Sungguh bersemangat Family ni. Boleh menjadi contoh, usia bukan penghalang.
Apa yang penting.. kerjasamaaaa... 

Zaly wakil ARB bersama PRCC..
Ni pun satu contoh gak.. Team yg terkenal dengan kerajinan menyertai Jamboree..
lebih2 lagi si Rosdan tu.
Lepas ni Jamboree mana lak Bro???

Macam biasa.. kontrol macho untuk pose terbaik sebelum kayuh..
Amboi.. masing2 tarik nafas ke?

Tu dia.. nak mula dah ni..

Ha.. yang ni baru pendakian pertama, dia kasi road..
apa barang xde problem punyoo..

Pastu dia kasik kitaorg kayuh atas jambatan.. 
sekali pandang macam jambatan Pulau Pinang plak.

Pastu lalu lak sebelah laut.. alamak teringat kat joran aku yang tergantung
kat umah..

(Perhatian!! 4 keping gambo di atas diambil dari album Bro Noor Hisham)
 Many Thanks from ARB.

Ha.. dah start dah mendaki bukit yang tak abis2..
Kalau dia bagi lama lagi boleh buasir dibuatnya..
Bro tu sampai terkangkang la...

Hisham ke tu? ye la.. pantang nampak kamera.. bagus2..
Ni kira baru tahap awal2 lagi ni.
Yus dan Chif.. 
bape lama lagi nak menolak ni.. dah macam
ketapi eksiden den tengok ni..
Ce cite..ce cite..
tengkurak kamu kata Yus.. hampeh
Aku ce cite korang tak percaya..
korg tengok buntut chif masa menolak tu. Kan tonggek tuuu
Dibaginya lagi 1/2 jam menolak, memang buasir jawabnya.
Dah... jgn tgk buntut chif lama2. Makan penampor dia karang. aku tak mo tanggung..

Woiii.. sila panggung korang ye..
Nasik takde ke?

Bapak dan anak.. steady la

Sempat lagi chif merepair.. bagiuh betul la..
Anak Sapa la ni.. hahaha

Dah.. kita lupakan bab mendaki tahap buasir.
Bila dah mendaki mesti ada turun.. tapi sekali dia bagi turun perghh memang lemak.
Cuma krim je kurang, tu pasal ada yang turun menolak, tu pun ada yang tergolek2 kebawah.
Kesian satu brader tu..nak amik gambo dia tergolek pun tak tergamak.

Korang kenal sapa tgh amik gambo tu..
Tu lah Bro Pudin TTG. Dasat dia punya posing nak ambik angle.
Kat sini la aku berkenalan dengan beliau.. rupanya2 dia ada rumah di BTP depan sekolah.
Sekarang rumah tu disewakan. Beliau menetap di Kedah sekarang kalau tak silap.
Kalau mai sini Jom la kayuh di trail ARB.

 Ada lagi acara mendaki.. bukit batu la plak..
Acara terakhir mendaki bukit.. yang tinggi la. yang kecik2 ada lagi sebelum downhill
terus ke main road.
 
 Bila dah layan downhill ala-ala frim dan kiara mana sempat nak berenti ye tak.
Kawan2 pun semua dah laju ke depan.
So tamat la perjalanan Jamboree Teluk Batik.

Tahniah la buat penganjur yang susah payah recce trail mendaki tu.
Macam2 sumpah seranah yang kami dengar dalam hutan.
Kekadang ada betul jugak kata2 rider tu..

Mendaki Bukit tu lumrah MTB.. tapi ber agak2 la.
Kesian kat rider2 yang baru nak berjinak2 dengan MTB.
Mau terencat diaorg nak join jamboree lagi.

SELIT SIKIT

Pentas Ucapan dan penyampaian hadiah.
Raja Bukit, Uncle ni umur 60+thn.
Apa??.. tak percaya??
Cashier dan Guard di Apartment Bukit Permata..
Cashier Pening.. Kesian dia..


Gambar ehsan dari Abg Saifudin; klik SINI utk cerita lanjut Jamboree Teluk Batik.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails