Hari ini aku fikir tak ramai yang berkayuh tapi rupa-rupanya hampir 15 riders termasuk rakan-rakan MTB dari Country Homes, Ampang, Selayang, Gombak dan Kota Damansara bertandang ke trail ARB. Bangga rasanya dapat berkayuh dengan rider-rider hebat terutamanya Mr. Kelolo. Best dapat tengok Mr. Kelolo melayan trail teres ARB dengan Bansheenya. Lagi satu, MTB juga menemukan aku dengan member lama BOB ex-celcom setelah 5 Tahun tak berjumpa. Harap kita dapat ride bersama lagi akan datang. ARB berterima kasih kepada rider-rider semua.
Masa ni semua masih tersengih sebab trail cun dan cuaca agak redup.
Mula masuk trail berair dan berbatu, Zul Norco dan Fuad Polygon di belakang.
Rahim Heckler dan Fuad Polygon sempat posing, Dayat mula layan downhill.
Aksi Azmi dari Selayang dan Faizal dari Country Home. Mr. Kelolo senyum memerhati. Opss Azeman Jamis pun ada.
Sedang sedap turun trail, terpandang kerja-kerja KLSE di depan. Pergh, trail menuju ke bukit perfume sudah di block!!
Semua riders tengah fikir macam mana nak cross construction. Bikes pun pening sebab tayar dah tentu jadi donat.
Masing-masing ambil laluan tepi, seboleh-boleh mengelak becak. Caterpillar dengan selamba menyodok tanah untuk membuat exit dr KLSE ke BTP.
BOB dengan selamba mendaki ke bukit perfume.
Rest sekejap selepas melintas bukit perfume. Gambar atas downhill dangdut namanya sebab tanah becak dan licin. Power bro..sebab kena bergelek atas bike.
Tayar BOB bocor, macam biasa Rahim memang ringan tangan membantu. Sebelah kanan tempat rasmi ARB rest selepas ride.
Fuad Polygon membuat lambaian manja didepan kedai mamak.
Kelolo and ARB friends in action
0 comments:
Post a Comment