Di Malam Jumaat 23/4/2010 tepat jam 10:30 malam, hujan turun rintik-rintik, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa bak kata orang lama.. Namun begitu SMS pada hari sebelumnya dari Zul Semboyan memang menggigil kepala lutut rider-rider tegar ARB. Lebih-lebih lagi next week ARB akan bertandang ke Kulim untuk Kayuhan Terang Malam. Ini lah masanya untuk mengembalikan stamina dan mendapat rentak kayuhan malam. Tapi nampak gayanya malam ini di LTM mungkin menjadi Kayuhan Gelap Malam.
Umar, Zul dan Din dah gigil kepala lutut, Jamal apsal tak kayuh bro?
Azeman dan Along tunggu gua bersiap.. sorry bro gua baru sampai dari opis
Chief Rahim dah join diaorang, apa la si zaly ni lambat sangat.. hahaha
Ok.. ok.. dah ready dah ni.. jom
Dalam hutan, gelap pekat, sorry bro lupa on flash.. hahaha
Haa.. flash dah on.. Faizal tengah ambil nafas
Macam ni punya gaya, jembalang pun takut, Umar, Azeman dan Faizal. Eh Zul ada..
Kayuhan malam jumaat tamat pada pukul 12 tengah malam selama 1 jam setengah sejauh 12km saja. Sebab rintikan hujan dah mula kasar. Apa-apa pun ride yang layan dengan uphill dan downhill yang menguji stamina, kecekapan kawalan bike, dan yang paling penting penglihatan/mata yang sentiasa fokus. Penggunaan lampu yang sesuai adalah gadget yang perlu diambil perhatian dalam nite ride.
0 comments:
Post a Comment