Saturday, February 3, 2018

FRASER HILL 2018


Salam..
Hari Rabu 31 Jan 2018 sempena cuti umum Thaipusam, kami telah merancang utk melawat lagi bukit Fraser. Ada yg belum pernah berkayuh ke sini, ada yang dah berkali2 kayuh jugak. 
Kayuh ke Fraser ni sebenarnya mmg ada tarikan istimewanya. Nak tahu kena la cuba dan rasa sendiri.

Kali ni kami decide utk mula berkayuh dr Masjid KKB. Sebelum2 ini kami bermula dr Dam je. Selepas solat subuh dan breakfast di Fazlina Maju, seawal 8:15pagi seramai 22 org kami pun mulakan kayuhan.

Rider2 Fraser 2018, Zaly, Rani, Abg Farif, Abg Is, Khai, Asba, Akmal, Ankel, Hj Umar, Iskandar, Malik, Shidee Lemao, Tok Moh Nazri, Amin, Wyne, Nurin, Kak Ira, Ajak dan Ajoi, Shahrul. Kali ini Sham dan Abg Azmi jadi support car. Mmg terbaek service diaorg.. 

Sudah sampai di laluan sebelah Dam KKB.

Kali ini 2 org dr geng X-MUO , Ajoi dan Ajak sudi berkayuh dengan kami. Terima Kasih geng!!
Laju kemain diaorg ni...

Tgh syok memanjat tetiba eggbeater Hj Umar buat hal plak.. nasib baik abg yellow azmi as mechanic ada. Dia buat magic, boleh function semula paddle tu.. mmg power..

Lebih kurang kul 10:30 pg dah sampai kat Gap.. rest jap sambil tunggu yg lelain baru kita panjat lagi..

4km lagi nak ke puncak... Pungkok dah start sengal.. kita rest kejap.

Yess.. sampai dah di Tower Clock Fraser Hill. Apa lagi posing sakan la..
Tq Khai utk gambar ni.. berfungsi jugak la Go Pro si Khai ni kalau nak dibandingkan dgn Go Pro Budak Taman Pelangi tu.. hahahaha

Org kata, peluang jgn dilepaskan.. dapat gak bergambo dengan Bendera ARB ni... lama mengidam siott..


Disamping ride to Fraser ni, kami mmg telah merancang utk memberikan penghargaan kepada Atan diatas pencapaiannya dalam event Offroad Dualthon dan Jamboree di Taiping fest pada December 2017. Semuga dengan sedikit saguhati dan penghargaan ini, Atan akan terus kekal aktif dan maju utk menjadi contoh kepada geng2 yang lain.
T.kasih Atan kerana memenuhi permintaan utk datang ke Fraser walaupun dia tak dapat berkayuh.

Lepas acara penyampaian cenderamata oleh Asba, apalagi kita posing la ramai2 sebelum merempit ke bawah.. pasni mmg tah hingat kawan la jawabnya kan..

Sekali sampai Gap masa downhill tu, kuyup beb, punya la lebat hujan..
memula tu mcm slow, lama2 lupa dunia gak.. sekali sekala pandang speedo cecah gak 40-50kmj..
Alhamdulillah kali ni semuanya turun dengan selamat, tiada gegaran otak berulang seperti episod2 Fraser yang lepas. 

Ha tu dia... dah start tekan..

OK sekali lagi ucapan terima kasih kepada sahabat2 yang sudi join Ride to Fraser 2018 kali ni terutama, Shahrul (adik Hisham), Shidee dr Lemao, B29 Tok Moh dan Amin serta Ajak dan Ajoi dr geng kayuh X-MUO.
Last but not least Thanks to LCT (Ladies Cycling Team), Kak Ira, Wyne dan Nurin.. Tidak disangkal lagi korang memang mantap. Bukan biasa2.. teruskan kayuhan. 

Kita Jumpa Lagi di siri kayuhan yang lain pulak..
Kipidap gengg.. keep rolling!!!

2 comments:

Tq geng ARB sudi izinkan kami join sekali kayuhan fraser - ajak (x-muo)

T.kasih kembali kerana sanggup turun dr bangi Ajak.. ada rezeki kita kayuh lagi

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails