Tuesday, October 4, 2016

LASAK@PASAK International MTB Jamboree - 17 Sept 2016

(Photo di ambil dr album Dinie Ju untuk perkongsian, minta izin guna ye)

Salam Geng..
Untuk event Pasak ni, sebenarnya yang register dr ARB seramai 24 orang,. punya la semangat. Tapi bila tiba hari kejadian, tinggal 7 org je.. ni baru betul org kata semangat yg hilang, Hahaha, 
Macam manapun utk 7 org ni semangat sangat membara... bukan senang bro nak join event yg jauh2 ni.. travel pun 6 jam beb. tu ikut highway, kalau ikut jalan lama.. boleh 10 jam jadinya.

Ni dia.. 7 org ARB, dr kiri, kang Azlin, Abg Farif, Tn Saad, Tn Rashid, Tn Hisham (gilo tinggi ekau jang) Tn Asba, Mas Zaly.

SEHARI SEBELUM HARI KEJADIAN

Sebelum rombongan dr Rawang sampai, Zaly selaku abg kawasan runner goodies dulu.
Wow meriah, Penuh padang dgn khemah yg sudah sedia terpasang..
Rupanya PIMJ kali ni dibuat sekali dengan sambutan Jubli Emas.

Starting point utk rider2 keesokkan harinya.

Yearghhh, jam 5 ptg, rombongan seramai 6 org dengan 2 buah kereta sudah sampai..
Kasi diaorg relax dulu, sbb mlm diaorg nak melantak plak..katanya nak kena sup kambing.


Ada sorang tu, tertinggal botol air, jadi lepas solat maghrib di masjid Kota Tinggi, g la bawak ke kedai Lim,
Hampeh... punya banyak botol air, tak jadi gak beli, last2 orang lain yang beli..
Lepas shopping g makan sup kambing lak kat simpang pasak, esok kayuh mcm kambing la jawabnya..

HARI KEJADIAN.


Seawal 6:30 pagi dah kuar dr homestay.. sbb nak breakfast dulu.. jangan buat hal, pernah mamat sorang tu tak amik breakfast b4 kayuh, tgh2 kayuh masuk angin, muntah hijau beb. Tapi bila melampau sangat mencekik, mau cirit pulak, dah gelabah cari tandas..mmg naya.

Suasana sebelum flag off.. sebenarnya amik gambo ni masa cari tandas

Cam biasa la,, duk belakang sekali... janji ranking bukan corot. hehehe

DALAM TRAIL.
Ni view di CP1, sebenarnya niat dihati takmo berenti, tapi sebab dah tertonggeng sebelum sampai CP1, koyak lak kepala lutut kena batu-bata masa downhill, berenti gak la mintak ubat.. tp tak nampak lak medic kat sini.. so balun basuh pakai air mineral je pastu kayuh semula,



Gambar atas ni di puncak KOM.. view cantik.. sambil2 rest jap amik le gambo.

1st time join PIMJ ni. last year tak sempat, salute kat organizer. Kesungguhan penganjur menyediakan trail utk peserta memang terbaik dari segi jenis2 trail yang disajikan. Apa yang MTB mahukan memang dapat, single trail, downhill, uphill, sungai, trail burger (menyampah betul, bergegar satu badan beb) dan trail sedut pun ada (tayar macam disedut2, konpius aku, pikir tayar pancit atau ada tanah melekat.. punya la berat), hutan, kepala sawit, getah, macam gurun pun ada.
Tak sia-sia ARB sampai di PASAK,

AKSI-AKSI ARB
Abg Farif 
Asba 
Asba lagi.. 
Kang Azlin.. apa barang angkat beskal.. org lompat je..hahaha 
Kang Azlin lagi.. tonggek bontot wow.. 
Dia lagi.. 
Saad.. perghh 
Hisham 
Zaly 
Zaly jugak..
Nasib baik jumpa gambo Abg Rashid ni.. satu2nya gambo dia yg ada..
Ceh, jeles aku, sempat lak Otai ni main angkat tayar..

SELEPAS EVENT
Ni diaa.. meniarap, terlentang semua ada.. kayuh memang penat, tapi yang lagi penat menunggu lucky draw yang tak dapat2.. hampeh betul la.. bila nak hilang majal ni.. 
sebab frust la kitaorg jadi mcm ni.. 

Geng2 decide nak balik hari ni jugak, so lepas hilang mengantuk, kitaorg g makan lagi la.. walaupun tadi ada yang dah belasah tulang kambing 3 round.. puihhh senyap2 dia makan sorang2. kalau aku tau, aku pun nak bedal jugak, tak diajaknya,.



Sebelum mereka2 yg terlibat meninggalkan bandar laksamana Bentan dan Sultan Mahmud mangkat dijulang ni.. kasi diaorg pekena mee bandung di Restoran Haji Daud.. tengok gambo pun dah tau sodap beb. belum korang rasa lagi..
Abg farif lak pekena rendang itik kauuuu.. Saad tak puas hati dah order tomyam, dia order mee bandung jugak.. badan comel tp kuat makan.. gilooo

So, PASAK event memang berada di kelas nya tersendiri.. Trail menarik, makan menarik, Jersey dan Tshirt pun lawa, hadiah2 pun menarik, MC best, (mamat ni kat Plentong pun di MC gak,. semua dia balun, sampai terjatuh atas stage.. hehehe lawak), Almost perfect la org London cakap.
Yang tak bestnya, no ARB tak naik..hahaha..

OK geng.. next year boleh join lagi kalau ada rezeki..

Keep Rolling bro.. (Bro, beskal dah jual ke? Hahahaha, terasa??)

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails