Wednesday, September 21, 2016

Kayuh Santai MSA - 4 Sept 2016


Salam geng,
Selepas kayuh amal merdeka, kita penuhi pulak jemputan dari sahabat kayuh di Bukit Sentosa. Diaorg ni otai2 dalam MTB, so membayangkan trail yang disediakan mesti sesedap rasa kehendak MTB sebenar walaupun santai. Dan jangkaan memang tepat.. Tak rugi datang ke sini.
4 orang saja dari ARB, Zaly, Hj Umar, Rani dan Abg Ismail

MSA - Masjid Saidina Ali

Ramai jugak yang datang - meriah

Pagi ada breakfast, banyak dan macam2 lak tu.. nasi lemak, bihun goreng, kuih muih, teh tarik, kopi.. pergh lazat.. rezeki alhamdulillah.. register pun free je.. gambar takdak, sibuk makan malas nak tangkap..

Penganjur menyediakan trail sepanjang 20km dan dibahagikan kepada 2 loop. 1 loop 10km, lebih kurang la.. tapi meter aku tunjuk lebih sikit. Ok la tu..

Gambar Trail Loop 1
CP1.

Kat sini penganjur kata tunggu semua rider keluar dari loop1 baru gerak ke loop 2.





Loop 2





Wow, baik punya tonggek abam mail.
Sampai sini panas la plak.. Nun dissna Rani dan Abam Is,

Nampak sayup gak MSA dr bukit ni,

Last offroad.

Syok layan trail ni.. kami settle kayuh santai dalam kul 11, pastu lepak2, makan tengahari provided, then chow..
T,kasih penganjur dan semua geng yang berkayuh.

Kayuh ON! ON!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails