Agak lama tak layan FRIM bersama2 geng ARB. So berkat jersey baru, ramai jugak la yang berminat untuk layan trail FRIM ni.
Macam biasa seawal 8:30am sampai di Hospital Sg Buloh, park kereta, kasi turun bike. Walau macam mana pun tak boleh lawan Azlin la.. Dia sorang2 kayuh dari BTP. Dengar cite kul 6:50am golek, sampai di Hospital 7:40pg. Katanya untuk training kayuh lasak pd 2 Dec 12 nanti. Rajin member aku sorang ni.
Kali ni rider2 yang turun ada 11 org.. Tapi sayang, masa layan Steroid, ngam2 sampai atas, skrew saddle member sorang ni boleh pulak patah. Naya betul, tak boleh buat apa2. Terpaksa la member menolak basikal balik ke parking keta tunggu kami semua abis layan. Takkan nak duduk atas seat post kot..
Dari kiri: Din, Wak, Along, Azmi, Rani, Izam, Azlin, Farid, Shukri, Azman.
Photographer: Semboyan.
Azlin
Selepas layan bukit Jerat Cina
Sudah masuk ke Bukit Palang.
Steroid
Woit.. sapa yg melepak tu??
Apa pun tak boleh.. tak dapek den nak tolong.Macam mana screw ni boleh patah?
Lepas layan, kitaorg lepak makan minum di dataran FRIM.
Terjumpa lak Joe Yakfur. So posing lagi.. hehehe
Ada org kantol, kayuh siap bawak sikat dalam poket seluar.. hahaha
Dah layan seronok2.. dah puas hati, jom balik la kan..
Jumpa lagi ye FRIM...
Kayuh Selalu Bro.
0 comments:
Post a Comment