Monday, April 18, 2011

MTB1 - Batang Kali D'Day. (Apa Dah jadi??)


MTB1 Batang Kali.. adalah harapan untuk berkayuh pada minggu ini.
Bukan untuk ARB sahaja bahkan untuk semua penggiat MTB seluruh tanahair.
Sesetengah rider harapan mereka adalah setinggi gunung.
Kerana ada yang datang dari selatan dan utara semenanjung. Ada juga rider dari seberang, Sumatera Indonesia.

Bagi rider-rider yang mencari habuan inilah masanya kerana habuan tempat pertama, kedua disediakan sebnyk RM1500 dan RM1000.

Tapi apa dah jadi? Sendiri jawab bro.. sebagai sahabat kayuh, ARB cuma boleh ucapkan simpati terhadap penganjur dan dalam masa yang sama simpati untuk diri kami dan rider2 yang lain juga.

Permulaan yang baik, fokus dan penuh pengharapan..

Junior ARB.. first time join Jamboree, begitu excited namun
luntur semangatnya apabila marshall tahan dan suruh patah balik.

ARB riders yang bermula dgn semangat, akhirnya mental..


Perhatikan semangat riders ketika ini.. teruja untuk memulakan kayuhan.


Pandangan biasa semasa Jamboree..

Apabila sudah berpatah balik inilah jadinya.
Masing2 pening kepala..

Tiba di junction, dah tak tau mana jalan betul sedangkan tanda arrow
memang dah betul..tp marshall motor cross suh patah balik jugak!!

At last.. kena patah ke starting line semula.. terus park bike.
Rupanya dah ramai yang berkumpul.


Awek2 marshall pun gelabah tak tau nak buat apa..

Bain meluahkan perasaan.. saboje la..




Tengok apa dah jadi akibat urusan pengajur yang gagal.

Kesian pintu gerbang GIANT.. 
GIANT tak bersalah.. harap GIANT akan tetap sponsor Jamboree event selepas insiden ini.
Mungkin GIANT dan sponsor2 yang lain akan lebih berhati2 dan memilih event Jamboree yang dipercayai.



Kesian juga kat MC, sampai nak kuar duit sendiri untuk bayar balik fee kpd semua rider.
Bang.. pikir dulu sebelum bercakap. Jangan ikut perasaan.
Apa pun, ARB tetap puji atas ketabahan MC untuk menenangkan rider2 yang tengah mengamuk 
memaki hamun.



Sambil meredakan ketegangan, baik kita basuh basikal dulu..
Basikal kena air, harap2 hati pun macam kena air.. sojuk la sikit,

Untuk sejuk lagi, kita tunggu lucky draw.. mana tau no naik..

Itu lah dia MTB1 Btg Kali. Nak buat macam mana, penganjur kena terima hakikat sememangnya sudah dilabelkan ini lah penganjuran MTB Jamboree yang terburuk setakat ini.

Kepada sahabat rider yang lain, sekiranya terjadi lagi perkara2 sebegini dimasa2 akan datang,
sama2lah kita mengawal diri sendiri. Marah boleh, tapi janganlah sampai boleh mencetuskan pergaduhan.

Iktibar untuk kita semua. Aminn...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails