Sunday, November 7, 2010

Pelita Ride 6/11/2010


Dari kiri berdiri: Emir (sweeper terbaik), Choh, Azmi Orbea, Rahim Dabomb(suda tukar), Din KHS, Junior1, Junior2, Hakim Dabomb, Polygon, Faiz.
Duduk dr Kiri: Bro Azhari, Member Atan, Aidil, Bain, Atan, Junior3.
Dpn sekali: Khairul aka zain amri.

Kali ni ada 4 ahli baru ARB, 2 dari Rawang Town (Bain dan Aidil), 2 lagi dari Batu Arang (Atan dan member dia, aku lupa lak namanya). So seramai 18 riders melepaskan geram berkayuh merentas bukit, melayan teres dan menyerang downhill. Walau macammana pun, ghairah punya pasal, 4 kali kena stop sebab 3 riders tayar pancit. Sorang tu sampai dua kali pancit, majal betul hahaha... Kali ini Emir rider ARB yang mendapat rangking no1 di kayuh lasak UPSI kena pegang jawatan sweeper. Memang terbaik sweeper kali ni sebab merangkap mekanik tukar tiub 4 kali. Jangan serik la Emir.. kalau ko duduk depan, macam lipas kudung pulak, naya kawan-kawan nak follow.

Riders tgh prepare, ada yg dah gigil pala lutut..


Platon ARB menuju ke destinasi...

Bain, Atan dan Faiz melayan teres ARB

Azmi, yang lain tengah follow...

Din, Bro Rahim, Emir dan Azhari

Bro Azhari layan sorang2.
Khairul, Atan dan member dia.. sorry la lupa nama bro.

Pancit pulak.. chief jugak yg ringan tangan.

Yang lain tunjuk sibuk tengok.. hahaha

Ni bike Khairul lak pancit..

Pancit punya hal.. ada yg amik kesempatan g minum..

Melintas gurun dan panjat bukit berbatu.. memag agak azab sbb teknik
dah la panas..


Yang ni melepaskan lelah selepas uphill..
sambil tunggu yang lain. Adajugak yang amik chance utk power stick.. Ala Bro Azman takde plak.. klu tak boleh jadi sparring partner power stick tu..

Korang agak.. pasangan adik beradik ke ni? hehehe

Bergambar lagi sebelum downhill pulak..

On road.. nak sampai dah... giler panas.. fuhh baru kul 11:30pagi ni..

Thank you MTB frenz.. kita kayuh lagi minggu depan. Insyallah..

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails