Antara kata-kata keramat yg sedap didengar utk kaki-kaki kayuh:
" Jgn jadikan Bulan Pose ni alasan tak boleh kayu yobbb..."
" Buang duit je aku beli basikal, kalau tak kayuh janggg"
" Apa barang gantung basikal bulan pose ni brooo.."
Eh.. banyak jugak la kalau nak di list down kan dalam blog ni..
Yang lagi best..
" Bulan pose ni lah boleh buang lemak banyak deerrrrr..." ni style adnan sempit punya slang derrr...
Atas kata-kata keramat di atas itulah ARB meneruskan episode 7 untuk capati nite ride..
Kali ni Chief balik Perak.. so Cho jadi front runner dari GVP (Green Valley Park) ke BCH (Bdr Country Home). Dengan jarak kayuhan 20km sahaja. Tayar bergolek tepat jam 11:15mlm.
Rider-rider tegar yg menyahut cabaran dibulan pose kali ini ialah Azman, Cho, Fuad and junior, Din dan Zaly. 6 org je layan... Alhamdulillah.. selamat pergi dan balik, balik dengan ditemani hujan rintik2.. pergh syahdu gak.. sebab makin lama makin berat je mengayuh..
Layan je la gambar yg tak seberapa ni..
Jumpa lagi di episode seterusnya akan datang.. Selamat Berpuasa dari ARB.
0 comments:
Post a Comment