Monday, August 9, 2010

Outing Ride ARB & Super Friend Episode 1 - As-Sakinah Cyling Club; KKB

Salam Ride semua!.. Sebagai penutup sebelum masuk bulan Mulia, bulan Ramadhan, ARB telah memulakan Outing Ride with Super Friend pada Ahad 08/08/2010 semalam.

Episode pertama - Outing ride bersama As-Sakinah Cycling Club di Kuala Kubu Baru. Oleh kerana ramai dari mereka ke Langkawi, so 2 orang riders As-Sakinah saja yang telah menyambut dan melayan ARB untuk kayuhan ini iaitu abang Man panggilan manja (Kamaruzzaman) dan Boy panggilan manja juge.. nama betul aku lupa la..sori bro. lagipun nampk gaya si Boy ni pendiam sikit.. tp naik bukit macam pelesit perghh dengan bike continental plak tu.. sampai jd jakun siot aku tgk bike peugeot dia ni.

Apa yang boleh diperkatakan dengan trail KKB ni?.. Superb.. mmg best.. bukan saja layanan terbaik dr 2 riders As Sakinah.. trail XC yang puas utk dilahap oleh kaki-kaki MTB..

Golekkan tayar tepat jam 9:00 pagi selepas melantak nasi lemak, roti dan telur separuh masak.
Jarak Kayuhan -+30km.
Tamat kayuh: 12:15 tgh.

Bergambar sebelum kayuh,
Dari Kiri: Azlan, Bro Man, Boy, Yus, Umar, Cho, Rahim, Din, Dayat dan Hisham.
Tukang amik gambo: Zaly.
Boy dan Abg Man. TQ bro!


Trail mmg best.. kayuh sebelah sungai.. menderu2 dgr bunyi air. Dan-dan tu rasa nak mandi plak.
Pastu Abg Man, Boy bawak ARB cross jambatan bosi plak.. pergh layan sungguh
Sampai ada la rider sorang tu meroyan tetiba.. excited brooo..
Apa kes plak si Yus tu.. buat trail sendiri ke?

Selamba je Hisham layan bukit.. Din tgh nak kejo dr blakang.

Lalu plak sebelah kebun sayur.. sebelum masuk ladang getah..

                       
Abg Man yg sentiasa menjaga platon2 ARB..
1st loop completed.. cross road then masuk balik offroad..


Sebelum jumpa sungai kat atas tu.. cross satu lg jambatan besi.. pastu jumpa dusun durian..
trail ni bagi satu downhill, pastu kasi layan uphill semula.. perghh mmg leleh la.. hahaha

Ni dah kira sampai puncak ni loop ke2.. Kat bawah boleh nampak mcm2 hutan dan dusun.. so take 5 la..



Skrang dah kuar dr 2nd loop.. ni kat tepi jln nak cross utk masuk offroad 3rd loop..
Ada iklan makanan dr chif atas tu.. utk ganti power bar.

Diatas puncak bukit dalam loop ke 3.. sedap btl layan perut time naik bukit ni..
Berketak rasanya muscle yg nk timbul kat perut aku. ketak satu je la..

Aisey.. Cho krem la.. lutut nak tanggal katanya.. nasib baik Din dah mintak wak jepun anto murid dia follow kitaorg ride sekali...

Cho sakit kaki.. kitaorg dpt rest lg .. hahahaa.. masing2 kaki
nak kejang jugak ni..

Indah sungguh bumi ciptaan Allah swt ni. (klik photo utk lebih besar dan jelas)

Perghh.. macam kayuh tgh bendang bro.. angin sepoi2.. walaupun terik.. tapi berangin.. sayup je..best2.










Macam biasa.. acara makan adalah acara penutup yg paling best..
Kalori dah bnyk ilang.. kena ganti le..
Nampaknya minuman paling feberet ialah Sirap Bandung.. pergh

So ARB nak ucapkan.. Terima Kasih Banyak2 kepada Abg Man dan Boy yang sudi
membawa kami melayan trail As-Sakinah di KKB.
Semuga bertemu di edisi kayuhan di masa2 akan datang.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails