Kenapa kali ini tajuk ride ARB macam novel pulak ye?.. senang cite, roti adalah roti canai, tujuan ride kali ini untuk makan roti canai, belantara sawit adalah trail yang selalu ditujah oleh rider-rider ARB. Cuma kali ini ada cerita disebalik tujahan.
Sebenarnya ARB mendapat kabar ada rakan2 MTB dari Ampang dan Kuala Kubu yang nak join ride kali ini, namun mungkin ada aral yg melintang disaat terakhir, maka mereka2 ini tak dapat join jugak. Walaubagaimanapun ARB dengan seramai 16 riders lagi meneruskan ride seperti yang dirancang iaitu ride utk sekeping roti. BBB juga muncul tapi disebabkan mereka nak meng"test" mesin2 baru.. mereka membuat haluan kearah teres-teres ARB. Lalu, berpecah lah haluan ARB dan BBB.
Sharul juga x dpt join kerana 2 org rakan2nya tidak dpt sampai dlm masa yang dijanjikan.
Tepat jam 9pagi.. dah x larat nak menunggu lagi.. 16 riders mulakan kayuhan kearah bukit perfume dan seterusnya melayan downhill dan menembusi terowong KLSE untuk terjahan bukit pertama kearah LTM.
Sampai sini Zali Giant(rider lama ni), disebabkan sudah lama x kayuh terpaksa "angkat kaki" tidak dapat meneruskan kayuhan. 3 riders, Heckler, Kona dan Amoeba mengiringi beliau kejalan keluar semula. Yang lain meneruskan tujahan dan akan menunggu 3 rider pengiring ni di persimpangan teres pertama.
Sunday, July 18, 2010
Tujahan Belantara Sawit dan Sekeping Roti. 17/07/10
Azlan dan Yus, sabar menanti yg lain.
Cho pulak dah tak sabo nak kayuh.
Zali Giant begitu semangat, sayangnya tenaga beliau terbatas..
terpaksa diiring keluar diawal kayuhan. Next time kita kayuh
lagi bro..
Lokasi pertemuan selepas 3 riders iring Zali pulang..
Laluan selepas merentas single trail..berlengkar2 rider mengayuh..
Yang mana sampai dulu, dpt rest tunggu rider yg lain.
Nazri sebagai sweeper mengiringi Zamri semasa downhill..
Zamri kat sini dah mula pancit pulak.. Macam mana pun dia
kuat semangat. Rider2 yg lain pun dengan semangat satu team,
tetap kayuh bersama2.
ARB tetap meriah tiap kali ride dengan ahli2nya..
Sambil kayuh, rehat dapat lak tgk air yg mengalir.. sejuk je mata memandang.
Kali ni dah nak sampai ke lokasi roti.. Cho dan Azlan di belakang.
Control pulak muka si Cho.. hahaha
Pelapis2 ARB, Nazreen, Aliff dan Faiz.
Yg ni sapa tak kenal.. Rahim, Umar(aisey kena blok bdn rahim)
dan Nazri..
Ye.. selepas tujahan belantara.. lokasi roti telah ditemui..
Cantik plak tgk bike masing2 tersusun kat belakang tu..
Azlan (amboi seksi bro!), zamri (relax bro, control jgn pancit) dan Umar (gambo kecik)
Lepas ni kita nak masuk offroad semula..
Selepas bertemu roti.. dan ketika tujahan pulang..
Group Lembu sudah blok jalan daa... terpaksa menujah trail sebelah lain pulak.
Yang ni lak satu cite.. lepas jumpa lembu td, Cho bawak ikut trail ni. Cho kata takde bukit.
Masa ni Zamri dah start pancit semula. Korang tgk tu.. sayup jauh je ke bawah.
Masa ni kitaorg lepak tunggu, rider yg lain tak sampai sebab tunggu Zamri yg dah mula menujah
dengan cara menolak. Almaklumlah.. Zamri sebenarnya dah lama tak kayuh..
Yang 3 org ni. rider2 tegar.. dah lama sgt tak jumpa teres mcm ni la jadinya
Azman lak nampak mcm geram.. x mo join ke bro?
Ni lah cerita tujahan demi sekeping roti.. Kita cuma merancang.. kadang2 bersemangat tetapi kudrat terbatas.. maka pulanglah awal. ada gak kudrat terbatas tp semangat kuat akhirnya selamat pergi dan pulang.
Macam mana pun semangat satu kumpulan sgt penting, rider2 membantu antara satu sama lain itu yang perlu. Biar ride kita penuh dengan enjoy..happy dalam satu team..
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RIDER... JUMPA LAGI DI NEXT RIDE.
0 comments:
Post a Comment