Nite Ride Ep 5 ARB selamat berkayuh seperti yang dirancangkan. Cuma sayang seribu kali sayang.. seperti yang difahamkan, rakan MTB KSCC team tidak dpt bersama-sama kayuh kerana masalah teknikal. Tak mengapa, insyallah dihari dan waktu yang lain masih ada peluang lagi untuk kita kayuh bersama.
So, tepat jam 9 malam.. ARB terpaksa mulakan kayuhan kerana hanya ada kurang 1 jam untuk mengejar kedai Nasi Kukus sebelum pintu kedai itu ditutup. Maka seramai 11 riders iaitu, Rahim, Umar, Azmi, Azman, Zaly, Fuad, Din, Amirul, Yus, Azlan dan Hussin (Bapak Amirul daaa) bergerak pantas ke arah bukit perfume untuk menembusi tunnel KLSE dan terus masuk ke hutan belantara sawit.
Menunggu yg dibelakang sebelum downhill panjang ke tunnel
Zaly, Umar, Azlan dan Rahim
Memang indah pengalaman nite ride kali ini. Kami ditemani oleh satu kumpulan binatang yang agak besar. Ada yang melihat asap dr busut. Kayuh melintasi Kuil. Menyeberang titian usang. Memasuki kawasan single trail dan tak kira lagi dengan rider yg tergolek akibat termasuk becak.. macam2 ada.. satu pengalaman yang amat menarik dan susah untuk diceritakan tanpa mengalami nya sendiri.
Meniti Titian Usang di Malam Hari
Sudah keluar dr belantara menuju utk "dinner"
Sudah didepan Kedai.. kedai pun dah nk tutup.
Terima kasih pd tuan punya kedai kerana sanggup menunggu kami.
Sebab dah reserve awal2.
Macam mana pun yang paling best dah tentulah bila sampai di kedai makan.. setelah penat mengayuh tiba la masa menjamu selera.
Hussin, Azlan, Yus dan Azman.. pergh lega dah sampai.. lapo ni
Gambar sebelah.. tak sabo menunggu hidangan...
Hussin, Azmi dan Umar ..caya la bro!!
Ni kes lawak melampau ni.. pelakon terbaik ARB.. Mr Fuad
Huahuahuahua
Aisey.. nasi kukus dah bertukat jd nasi ayam plak..
tak pelah.. tapi nasi ayam kedai ni pun power..
Memang sangat2 di rekomenkan pd sapa2 yg nak try..
Pergh.. promote ni.. xde diskaun ke?hehehe
Bro semua .. dh baca doa makan ke?
Masing2 berselera..
Azlan tgh story pasal busut kuar asap.. Din lak control gabra, dlm hati "hampeh ko Lan, nak balik jauh lg ni"
Dah kenyang.. gerak la.. pelagi..
Tangkap leleh je kayuh dgn perut bulat.. huarghhh
Azmi..
Umar
Din (perut suda OK)
Azlan.
Menunggu yg dibelakang sebelum uphill ke bkt perfume..
Apa kena lak di Fuad ni..
Yeaaa.. dh sampai Bdr Tasik Puteri..
Eh.. biasa leh kayuh.. ni pesal menolak ni?.. hahaha dah sampai dah..
Minta maaf bebnyak, guna camera phone saja so mmg blur la bro.. sorry ek,.
Anyway terima kasih semua yang menjayakan Nite Ride Ep 5..
Kita tunggu Nite Ride Ep 6 akan datang... insyallah..
Enjoy..
0 comments:
Post a Comment