Salam kepada semua Kaki Kayuh..
Ahad 8 Nov 15, Kebanyakkan ARB + LCT semua menyertai Kayuhan Hijrah yang dianjurkan bersama oleh Geng Kayuh Gerek Cikai. Bermula di perkarangan Masjid Nurul Yaqin Kg Melayu Sri Kundang. Tayar Golek pada jam 8:30 pagi. Kayuhan Hijrah ada 2 jenis kayuh iaitu Sentap dan Santai. Santai Onroad 25km, Sentap Offroad 17km sahaja. Hampir semua ARB dan LCT ke laluan Sentap.. perghhh apa barang layan santai2 ni ye tak? Sumbung tak hingat korang ye..
Memang A++ la geng LCT ni, sangat sporting dan aktif. Aku musykil ni, menari pun wajib pakai helmet ke? Maaf sekadar bertanya je ye..
Dari perkarangan Masjid, kayuh on road menuju ke Bukit Tadun. Masa climbing ni memang macam ragam.. tu yang leka duduk atas nak tengok rider2 lain memanjat.
Respect dengan pasangan LCT ni, Sidek dan DD, 7 speed je tu oii, tarak hal punya sampai puncak.
Hakak duaorg ni pun siap senyum lagi.. mantap sudah.
Kat atas bukit Tadun ni la dapat jumpa ramai geng2 kayuh, BTP16 ada, YCC, SBOT..
BTP16
LCT
SBOT dan Prima Riders
Turun dari Bkt Tadun ada drop teres.. sapa yang suka technical memang makanan dia..
Yang tak biasa, play safe la.. jangan membahayakan diri.
Lagi pun trail memang licin dan berselut sebab hujan pada malam sebelumnya.
Rizal kata dia 2 kali tergolek.. luka di pipi dan kening akibat downhill licin..
Kang Azlin kita layan santai je.. sebab bawak wife dan anak kayuh.
Ni lak geng2 GSJ..
Kak Indah yang gigih.. Belakang tu kalau tak silap wife Zazhar YCC.
Sebelum masuk terowong, kita layan pisang jap,.
By 11am, hampir semua ARB+LCT dah sampai finishing line.. nak tunggu makan kul 12:30tgh, lambat lagi. Ada yang balik terus ada yang ke kedai makan. Sedang makan, dapat panggilan collect hadiah sebab ARB hantar penyertaan paling ramai.
Terima Kasih Tuan Presiden Gerek Cikai..
Kebetulan masa ambil hamper, makanan pun dah tersedia untuk diambil, Tengok gulai kawah kambing.. pantang jumpa ni.. dah makan nasi ayam berempah tadi pun beratur lagi, apa taknya badan mcm kena pam.. diet apa ke benda ni beb..
Tu Diaaa... Gulai Kawah Kambing oii
Bersama Rizal dan Oren.
T. Kasih dan Tahniah kepada Team Gerek Cikai yang menganjurkan kayuhan Hijrah ini.
Ini kali ke2 ARB ke trail anda.. yang pertama semasa kayuhan merdeka.
Korang memang best. Marshall, trail marking cukup.. siap ada marshall yg berkayuh bersama2 rider.
T. Kasih kepada Oren yg menjadi org tengah utk mendaftar dan pemberi info2 penting.utk ARB.
KIPIDAP and DONDEBAB.. eh.. DONGIBAB semua..!!
KEEP ROLLING GENG!!!
0 comments:
Post a Comment