Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Kali ini ARB ke jamboree yg lokasinya tak ada la jauh sangat dari tempat kami iaitu di Saujana Utama.
kalau tengok gambo tu memang meriah giler, apa taknya, hampir 3000 riders, katanya 500 racer, 2500 jamboree. Zaly tercampak jauh kebelakang.. padan muka bangun lambat lagi. Nasib baik tayar belum bergolek.
Hanya 5 org rider ARB yang join iaitu, Azlin, Hadi, Saiful, Mail dan Zaly. Kitaorg rasmi JC baru ARB,, hehehe
Amik ko diri kat belakang.. tak sampai 100 org pun kat belakang tu
Hadi dan Epul
Suka la dapat duduk depan.. hehehe
Sayu beb bila start belakang2 dlm 3000 org peserta. Nampak member yang kat depan dah start pulun kayuh, yg kat belakang langsung tak bergerak lagi, puiii terus takde semangat nak kayuh dah..
Dalam Trail
Tak lama masuk offroad,.. dah jem.. rupanya sebab jambatan je.. tak paham betul, Syok2 tolak basikal terjumpa lak Kadok King, memang happening mamat ni,.
Ni masa panjat bukit penat.. tak boleh kayuh sebab ramai sangat yg menolak pastu trail penuh dengan manusia.. kayuh sikit berhenti.. busan punya pasal.. tolak aje la. line clear baru pulun.
Mendaki Bukit Babi..
Bukit Babi 1
Bukit Babi 2
Bukit Babi 3.
Adeh, kayuh dan tolak seberat nama bukit ni jugak.. takpela, janji tak kena samak.
Yang ni paling tension ni, dah penat panjat, fikir boleh layan downhill, last2 turun pun menolak makan sejam lebih baru boleh lepas dari technical trail ni.. potong betul la..
Hadi dan Epul sampai bersaing2.. tau la korang ni berjiran.. hehehe
Bro Azlin pun dah sampai.. bang. buat apa tu? ishhh
Hadi, Epul dan Oren.. wahh laju oren.. dah siap tukar baju lagi,.
Akhirnya semua ARB dah selamat tiba.. ni masa tunggu lucky draw yang tak luck..
Hadi punya pasal la ni.. hahahaha
Bosan nunggu lucky draw, hujan2 ni.. kitaorg g bedal makan lagi..
Mee Celup.. sedap beb
Berebut tu.. slow2 makan.
Apa nak komen, bukan komen la.. nak bagi suggestion je..
Disebabkan participant yg terlalu ramai2 sehingga 3000 org, kalau boleh avoid kan technical atau extreme trail. Konpom ramai menolak dari kayuh, rasa rugi pulak sebab penganjur dah design tapi ramai rider tak dapat nak layan.
Makanan biasa saja.. cuma terdengar komplen ada yang tak dapat sayur.
Yang lain semua ok.. Marshall, CP, WS, segalanya lah CUN... Kipidap organizer!!
Terima kasih daun keladi, Ada lagi ARB join kembali...
Kayuh ON! ON!
0 comments:
Post a Comment