Tuesday, April 21, 2015

KKHS International MTB Jamboree - 12 April 2015

Dari Kiri, Kamarul, Rizal, Semboyan, Malek, Atan, Saad, Azlin dan Oren...

Assalamualaikum wbt. Selamat Sore..

12 org yang pergi tapi 8 je dalam gambo, tak tau masa ni kat mana si Saiful, Umar, Abg mail dan Bro Azmi,
Alhamdulillah, selesai dah KKHS Jamboree pada Ahad 12 Apr yg lepas. Trail sepanjang 35km memang lazat. Dengan awalan nya diberikan bukit setinggi 350m, dengan jarak pendakian hampir 5km seperti profile dibwh:


Dan bayangkan downhill mcm mana... Ini yang ditunggu2 pun.. masa panjat tu pasrah aje lah.. bila turun, jaga ko.. jgn terbalik sudah.. Semua ARB lepas, walaupun ada jugak yg tergolek 10 kali.. masih kebal lagi nampaknya.. hahahaha sapa tu agaknya..

Sebelum Golek.. (Tayar Golek Jam 8 pagi)
Oren, Mail dan Hj Umar

Saiful, Zaly dan Saad,

Semasa Golek
Bersusun panjat bukit ni...

Yearghhh.. enjoy the ride walaupun nak muntah menolak..

Selepas 40 kali tergolek masa downhill... kebal kan??

Aku baru sampai oren dah nak gerak.. saja la nak tinggalkan aku ni..

Selepas Golek
Malek dan Saiful

Oren

Rizal

Saad
 
Umar
 
Zaly

Yang lain ntah mana gambonya.. sorry la ye.,. dalam fb banyak...

Sebelum balik, hari ni kira hari bertuah ARB jugak sebab dari 12, 7 org dapat lucky draw..
Alhamdulillah.. kurang2 ada la moral support utk terus join event2 kayuh lepas ni..

antara Rider2 nya..

Azlin dapat Helmet

Oren dapat tiub..

Rizal dapat Vacum.. kalau 3 org sebelum dia ada dan amik hadiah.. no dia ni memang kena grand prize..

Yang lain, Kamarul dapat apa ntah .. aku  lupa, malek pun dapat.. lagi sapa ntah,..

So ARB nak ucap tahniah kepada penganjur diatas usaha yang baik ini.. nampak kesungguhan penganjur dalam menyediakan trail yang baik.. kawalan trafik dan penyediaan marshall di CP. Tambahkan signage dan crew ditempat2 yang merbahaya adalah di galakan..

Terima kasih.. semuga ada lagi tahun2 hadapan..

Syabas.. 
Oh ye.. lupa plak, terima kasih diatas liputan di TV3, glamour kejap geng2 ARB yg interframe di TV.. contoh nya mcm ni haa... amboiiii kembang kempis hidung ko ye Malik...


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails