Monday, February 9, 2015

Kayuh Santai Kuang 2015 - 4 Jan 2015


Assalamualaikum..
maaf la lambat update untuk cerita ride tahun 2015 ni.
Rasanya ini event pertama ARB Team untuk tahun 2015. Berlangsung dari Padang Awam Kg Setia Kuang. Jarak Kayuhan lebih kurang 30+km dan 100% tarmac.

Dah nama pun kayuh santai.. Jadi santai2 je la, janji kuar peluh badan sihat. Mana2 beskal yang dah lama terperap, kira boleh jadikan event ni satu titik mula utk berkayuh juga.

Antara rider2 ARB yang sentiasa bersedia untuk kayuh kali ini memang agak ramai. Gambo atas tu sebahagian kecil je... antaranya (maaf la kalau aku terlepas nama korang ye.. sebab aku tak join event ni) Rani, Hadi, Saad, Abg Rashid, Umar, Tuan Daud, Rizal, Bro Mail, Oren, Is, Azman, Azlin dan Tuan Fazli.

Malangnya kayuh santai2 ni pun bahaya jugak jika tersilap percaturan.. Bro Saad kita accident semasa kayuh.. dengar ceritanya lagi 2-3 Km nak sampai ke finishing line.. org depan brek mengejut ketika dia sedang melambai kamera.. satu tangan brek mengejut, unbalance terus sondol tarmac.. aduhhh.. tapi ketika cerita ini ditaip.. beliau dah sihat walafiat, parut pun dah hilang.. kalau kayuh sekarang ni dah boleh buat wheelie dan wikang sekali.. takde masalah.. alhamdulillah...

jom layan gambar.. malas nak bebel dah.. terbaik kawan2 semua.. teruskan kayuhan.

Bro Azlin, Fazli, Azman dan Rani

Hj Umar, Abg Ismail, Tuan daud, Abg Rashid, Azman, Bro Azlin dan Rani


Saad, Abg Mail, Rizal, Hj Umar, dan Tuan Daud

Tuan Saad yang cedera, terjatuh semasa kayuh sedang dirawat

Rizal dapat lucky draw.. suka anak2

Abg Man pun dapat..


Oren man





Terima Kasih Semua yang terlibat..

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails