Tuesday, April 15, 2014

KDCF Trail 13 April 2014

Minggu ni asal perancangan ARB ialah berkayuh di FRIM beramai2. Apa kan daya pada minit2 terakhir, tak semua dapat berkayuh pada hari sabtu 12 April 2014. Mana yang masih boleh berkayuh, tetap teruskan plan ke FRIM. Makanya, pada hari sabtu, Atan, Sham, Wak dan rakan lain berkayuh ke FRIM, dan esoknya Ahad, yang mana lutut menggigil terketar2, membuat plan berkayuh ke KDCF.

Pada yang tak tau apa itu KDCF, ni ha Kota Damansara Community Forest.
Masa ARB berkunjung, KDCF ni sudah ada 4 trail iaitu

1. Petaling Trail
2. Scout Trail
3. Temuan Trail
4. Sahabat Trail

Dr berita yg didengar, sahabat trail baru saja dibuat dan belum siap sepenuhnya.
Oleh sebab hanya Norjaya saja pernah berkayuh di KDCF maka dia kena jd kepala membawa kami bertiga yang lain iaitu Umar, Azman dan Zaly.

Kalau anda pernah melayan Kiara, trail ini boleh la dianggap salah satu saingan yg terdekat utk kiara.. mungkin dah lama sangat tak layan trail technical menyebabkan rasa teruja meluap2 dtg membuak2 walaupun sudah keluar dr loop. Nak gambo kan perasaan tu agak susah.. nak tau jugak datang la berkayuh sini.. satu loop cuma 4-5 km saja. kalau rajin buat la 2-3 loop kasi puas.

Nak tau lebih lanjut? klik sini http://kotadamansaraforest.org/trail-network/

Macam biasa, jom layan gambo...


















0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails