Wednesday, June 19, 2013

Dinding ke Twin Tower - 8 Jun 2013


Salam.. 
Seminggu selepas Ulu Bernam, ARB hanya berkayuh di home ground trail aje. Tu pun tak ramai, 5 org riders. Kali ni saja nak bawak Abg Din Scott kita ke trail yang nak kata baru pun takde la baru sangat. Cuma almaklum lah.. Abg Din kita dah jadi Duta Malaysia utk area Sunda di seberang, so kurang masa nak jelajah trail ARB.

Macam biasa, golek dari Salem rest, masuk LTM, follow laluan kedua sampai ke downhill banglo.. reverse bukit senyap sampai ke laluan berpalang baru masuk tarmac uphill ke Tower Celcom seperti gambo diatas. Haa.. tak sampai 10km lagi tu.

Umar dan Adam, Abg Din amik ke buang angin tu? Jauh je layan blues..
Jangan teringat kat "Sunda" disana sudah la.. kes berat tu.. hahahaha

Ini dia "dinding ke 2" yang menyambungkan ke Twin tower.
Lepas ni tak perlu kuar ke tarmac, kita redah je bukit ni, tak larat tolak..

Laluan masuk yang biasa digunakan utk ke twin tower.

Mamat ni mmg macam ni.. manjang repeat je.

Naik semula..

Dah cukup dah? ke nak turun lagi?? Betula kata Rani.. ni budak hyperactive.

Berteduh jap.. lately ni, panas terik semacam.. walaupun baru 10-11 pagi.

Kari Kambing.. Umar belanja beb.. rugi la korang.. dah 2 minggu berturut2 Umar open table ni.
Minggu ni ada lagi tak bro??

Adios geng.. kayuh la selagi mampu.. .
Yang mana darah dah mula naik.. semut dah mula minum air kencing..
jom la kayuh.. takkan nak tunggu Doctor yang suruh kot..

Next ==> Nanti kan ARB ke Fraser sekali lagi...tungguuu

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails