Assalamulaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah, perjalanan tahun 2011 telah dapat ditutup dengan acara yang sihat dan baik. ARB Cycling Team sekali lagi diberikan penghargaan bagi mengendalikan acara Jom! Kayuh Untuk Sihat dalam program sambutan Tahun Baru.
ARB Cycling Team ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak penganjur En Zaidi ahli Majlis JKP ZON 24 dan juga Pemuda BTP (En Mat dan AJK)
Acara Kayuhan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, dan kali ini semua jenis basikal dan peringkat umur dari kanak2 berusia 4 tahun hinggalah ke veteran turun ke lokasi pendaftaran se awal jam 7:30 pagi.
Program Kayuhan dimulakan dengan acara senamrobik ala Chicken Dance. Jom layan video ni..
Video Chicken Dance
Photo2 menarik sekitar Jom! Kayuh Untuk Sihat-BTP Fun Ride
The Fixies...
Cikgu Mus memberikan taklimat peraturan yang perlu diikuti oleh semua peserta
demi memastikan keselamatan dan perjalanan acara kayuhan berjalan dengan lancar.
Acara Jom! Kayuh untuk Sihat dilepaskan.. diketuai oleh Chif ARB, En. Rahim
Video Semasa Acara Kayuhan
Gambar2 Penyampaian Sijil oleh En Zaidi, Ahli Majlis JKP ZON 24.
ARB mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk Bandar Tasik Puteri yang terlibat dalam acara ini. Sesungguhnya anda semua adalah warga yang sihat dan aktif. Teruskan dengan semangat ini untuk kesihatan diri kita sendiri.
Tidak lupa kepada ahli2 ARB Cycling Team dan rakan2 MTB yang terlibat dalam menjayakan acara Kayuhan ini. Komitmen dari anda semua sangat2 dihargai.
KAYUH ON! ON!
0 comments:
Post a Comment