Tuesday, October 4, 2011

Kuantan MTB Challenge 2011 - Part 2 - D'Day

Sambungan dari Part 1

Chif tersenyum lebar sebab semua bike dah settle buat check up.
Kiranya dah bersedia untuk dibelasah esok la ni..
Aikk Atan kat celah2 masih tak siap membelek kasut ke?

Bersusun tu... ekor lembut sebelah kiri.. ekor keras sebelah kanan..hehehe

Ok..Ok.. kita start hari kejadian..

KMBC D'Day..

Se awal 6:50 pagi sampai je.. pintu gerbang baru nak pasang..
Mentang2la apartment depan mata je.. dah la nak ke starting point downhill.. 
So.. sambil2 tunggu tu Atan ajak warm up.. amboiii.. biasa takde warm up2.. main belasah je, tp kena ikut kata pro la.. Atan ni Selangor MTB Challenge dia top 10.. so kena ikut la..

Atan tgh warm up ni...

Pintu Gerbang dah siap dah...

Ni la dia tempat collect goodies semalam..

macam biasa sambil menunggu briefing, ARB layan posing
Dr Kiri: Yus, Rizal, Chif, Haizat, Umar (tinggi betul la ko ni), Semboyan, Azlin (tak abis2 makan lg), Izam dan Zulman. Atan, mana ko ni?


Semua dah tak sabo... kaki dah gigil nak kayuh.. macam biasa, sapa yang rebut prize/ranking mmg dah duduk kat depan.. selagi boleh selit.. ko selit la.. ARB ni memang tak terliur pun.. hehehe kitaorg terliur dengan lucky draw je..

Dalam Trail..

Yaafur Bikerz.. Rakan MTB..

Yang ni bukan sesaje snap 2 kali, tp nak tunjuk bukit dibelakang tu lah turun downhill b4 uphill semula.
Syok oo...

Tu dia.. yg mana x larat tolak je la.. lumrah MTB, td dah bagi downhill kali ni rasa la pulak.

Pada ARB, trail Kuantan MTB ni memang best untuk XC, boleh dikatakan tiada technical section, so untuk racer memang cun for fast ride. Organizer memang terbaik. Marshall yang cukup dan begitu peka. Cthnya sentiasa bersedia dengan air yang sudah dituang ditangan untuk dicapai oleh rider. Tak perlu nak berenti utk minum. Antara Jamboree yang banyak CP iaitu 7 CP untuk hanya 35KM.
Cuma sayang, tanah yang agak licin menyebabkan ramai juga yang tersungkur dan cedera. Walaubagaimanpun, Alhamdulillah, syukur, 10 org rider ARB semuanya selamat ke finishing line.
Tahniah kepada Azlin dan Atan kerana berjaya sampai bwh 2 jam walaupun tak dapat top 10.
Lagi satu (lupo lak), nasi bungkus pun sedap..ke sebab aku dah kebulur.. tapi rasa mmg sedap pun... hehehe

Aku attachkan trail map dan elevation profile dari blog PRCC (Bro Rosdan, wa cilok ye)



Lucky Draw time...

ARB & Yaafur..Lepak melihat show sambil menunggu masa lucky draw..
Rizal apsal senyap je.. jampi bg no naik ke?

Semua tengah berharap no naik ni...hahaha

Susun no ni... no sapa lah naik yee...

Nampaknya, hanya 4 aje yang bertuah..Alhamdulillah..
yang berbalut tu macam dodol la... hahaha

Antara barang jualan yang menarik bike carrier ni.. namanya Sea Sucker.. guna lekat2 je.. kuat bro.
Actually menggunakan system vacum.. ada button untuk pump.
Harganya: 1 bike = RM1050, 2 bikes = RM1550, 3 bikes = RM2050.
Boleh order direct dengan Rahim Letua Kuantan.

Selingan..

Bergambo depan Apartment..

Tempat terjun tiruk..

Tempat mainan.. korang nak main pun boleh..

Saja je bagi korang tgk batu dgn rumput..

Lepas lucky draw, lepak kat apartment, ada 3 jam lagi nak check out, so ada yang membuta, ada yang kata tak leh nak tido sbb penat sgt tapi tetiba lak kuar bunyi enjin motobot.. cehhh..
Kul 4:30pm siap2 terus chow.. kalau time datang kitaorg singgah Temerluh sebab ikan patin, time balik kitorg ke Chukai dulu sebab borong kopok lekor, keropok goreng, sata, jajan sotong dan lain2 la..(amik hati bini bro..) dan lepak makan sata.. best betul trip kali ni.. 

Tu diaaa.. sampai abis stok sata kedai ni kena balun..
Ko tgk Azlin tu.. tak abis2 makan. rupanya ni la rahsia dia kuat kayuh. hehehe

RIDE and Enjoy!!!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails