Thursday, July 7, 2011

Charity Ride 2011 - Bandar Tasik Puteri


ARB Cycling Team menjemput rakan-rakan kayuh untuk sama-sama beriadah sambil menderma seperti yang tertera di atas poster.

Charity Ride ini adalah sebahagian daripada event pada hari keluarga. Untuk mengetahui acara terperinci sila klik-->ATURCARA MAJLIS

Info tambahan untuk rider yang mengambil bahagian:

1. Wajib memakai helmet. Sekiranya tidak memakai helmet, anda masih boleh menyertai acara tetapi sila rujuk perkara no 3.

2. Rider tidak dibenarkan memotong Front runner.

3. Sekiranya rider tidak mematuhi perkara 1 dan 2, pihak penganjur tidak bertanggungjawab di atas segala kejadian yang tidak diingini.

4. Meja pendaftaran akan dibuka bermula 7 pagi hingga 8.30 pagi.

5. Flag off/Kayuhan bermula sebaik sahaja perasmian oleh YB dibuat.

6. Air minuman disediakan sebelum dan selepas acara.

7. Semasa kayuhan peserta harus menyediakan bekalan air minuman sendiri.

8. Media Massa Sinar Harian dan Harian Metro akan membuat liputan Charity Ride.

9. Sijil Penyertaan dan Door Gift akan diberikan kepada peserta setibanya di garisan penamat.

10. Laluan/route Charity Ride dibahagikan kepada 2 iaitu Long Route/ Laluan Jauh sejauh 18.6Km dan Scenic Route/Laluan pendek sejauh 11.5Km. Oleh itu peserta boleh memilih laluan mengikut kemampuan diri sendiri. Namun begitu perlu dingatkan bahwa kayuhan adalah berbentuk santai bukan berlumba.

11. Semua laluan adalah on road kerana kami mengambil kira semua peringkat umur, golongan dan jenis basikal.

12. Marshall bermotor akan mengiringi peserta.

LALUAN/ROUTE (KLIK PHOTO DIBAWAH UTK LEBIH JELAS):

LALUAN PANJANG.

LALUAN PENDEK.

Kesudian anda semua didahului dengan ucapan jutaan terimakasih.

Terima Kasih sekali lagi dari Kami ARB Cycling Team.
Jumpa anda semua pada Sabtu pagi 9/7/2011. 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails