Percubaan pertama menguji route baru untuk Bash BTP bulan April dijadikan tujuan utk ride kali ini.
Bermula drpd depan markas ARB, menuju ke 2 teres, ARB + Roller coaster, naik ke bkt senyap, menuju ke menara dan Twin Tower, masuk ke suzuki single trail. Keluar single trail ni kami tidak terus ke Lake ARB.
Disini la kami memulakan kayuhan ke route baru yang akan di"reveal" bila sampai masanya.
Insyallah ARB akan menjemput sahabat2 MTB utk sama-sama melayan trail baru ini yang dikatakan, enjoy and fun. Uphill, Downhill, Single Trail, Teres dan Technical Downhill.. secukup rasa la kata org tua2.
Bain dengan Gergasi Barunya.. Umar menunjuk teres didepan.
Aduh Bapaknya.. hensem sekali bersama bikenya pak..
Persimpangan Mendaki, salah satu trail baru yang akan dibuka bulan April ini.
Umar observing Jr.nya mendaki.
Kepada Sahabat2 MTB, Team2 Cycling semua, bulan April nanti jemput la ke KLMB BASH di Bdr Tasik Puteri ye..
Selamat Berkayuh semua!!
2 comments:
Salam kawan kawan semua. Saya ingin memohon ampun dan maaf dari rakan rakan ARB semua diatas keterlanjuran kata-kata saya tempohari. Memang kasar dan biadap rasanya bila saya kenangkan semula. Saya gagal mengawal emosi hingga sanggup mempersendakan rakan-rakan yang selama ini banyak membantu saya dalam alam beskal ni. Hanya sedikit hal saya telah melukakan banyak hati. Saudara Zaly, saya minta maaf! Saudara Rahim, teruskanlah kebaikan hati saudara. Kepada yang lain ampun kan saya ye. Saya malu nak memperkenalkan diri yang hina ini. Harap-harap anda semua menerima saya kembali.
Salam kepada anda. Alhamdulillah, ARB juga meminta maaf sekiranya ada kesilapan yg x disengajakan. kita hanya manusia biasa yg khilaf atas kesilapan sendiri. Tanpa anda dan rakan2 semua siapalah ARB? Buang yg keruh ambil yang jernih. Yang penting kita teruskan kayuhan kita bersama2. Insyallah. Amin..
Post a Comment