Tuesday, June 8, 2010

ARB Sehati Sejiwa di FRIM Mini Jamboree 6 June 2010

Yezzzaa... Salam semua..


Mula-mula sekali ARB Team mengucapkan tahniah kepada semua rakan-rakan rider yang menyertai "Earth Is Not Flat" di FRIM Mini Jamboree.

Kedua tahniah kepada rider-rider ARB yang berani menyahut cabaran puncak bukit syabas dan steroid. Yang lain tu bukan tak berani tapi ada perkara yang lebih penting untuk dibuat agaknya.. ada kemungkinan juga disebabkan jiwa yang tak dapat dibeli.. hehehehe paham..paham je la.

Seperti dirancang 7 dari 8 rider ARB telah sampai ke FRIM dalam jam 7.20 pagi. Sorang lagi si Anggoron/Fizan agak kesian kerana disaat genting ada pulak aral melintang.. Tapi kerana semangat kental bagai komando pencen, dia tiba juga di FRIM tapi sekadar dapat melihat bayang-bayang rider aje la dengan berguling-guling menangis. Ramai jugak awek-awek FRIM yang memujuk beliau. Tahun depan boleh cuba lagi kalau ada la..

Anggoron/Fizan..senyum dlm tangisan..

Sebelum siren kayuh bermula, peristiwa seperti di SIT jamboree terjadi juga kepada kami akibat lalai dengan persiapan ala-ala bintang. Macam-macam nak dibuat padahalnya dah prepare pun. Ada yang nak ke tandas last minit, ada yang bersembang.. at last orang dah kayuh baru terhegeh-hegeh nak ke start line untuk sticker. Pergh nak cross jalan besar punya hal la...terpaksa tunggu rider-rider lain lepas baru dapat sticker. Next time jangan nak buat hal lagi ekk... so ini je la photo yang dapat di ambil untuk tatapan semua..

Oh ya.. kenapa tajuk kali ni sehati sejiwa? Sebab 4 rider ARB line up kayuh bersama-sama sampai ke finish line. Bangga rasanya bila camera man-camera man yang tunggu di tepi jalan menyuruh kami posing dan angkat tangan bersama-sama. Tak percaya? korang check la kalau-kalau ada photo kami keluar dalam official photos FRIM  Jamboree nanti.. kalau ada kami akan update lagi.. Thank you adios amigos.. jumpa lagi di lain Jamboree..

Haizat Cube, Khairul Nexus, Din KHS dan Rahim sedang bersiap..
Dream Trail.. awat tak kayuh?

Bro kuning ni tersengeh sbb nasib baik tak tergolek..

Uphill selepas Dream Trail

Hanger Ralf/Arafat bengkok akibat jatuh semasa downhill sebelum naik ke bukit Syabas. Kesian mamat ni, kesannya rear gear cuma boleh guna setakat 4 gear je.. nasib baik kaki power. Next time ride safe bro.. layan-layan jugak. Ingat yang tersayang.. hehehe

Ni bukan mendaki bukit.. ni mendaki tangga namanya..

Selepas Pacat Trail dan menuju je Steroid. Lepas bukit ni Technical downhill
paling lazat ala-ala Kiara.. rugi la sapa yang tak join wa cakap lu. 

Rahim, Zaly dan bunga dari PujMac team, Aida.
Sian dia, sorang-sorang je dia ride tanpa geng PujMac yang lain. hehee
Takpe, ARB tolong jaga ye PujMac.


Gambar ehsan dari blog PRCC team. Thank you bro Rosdan.
 Dah lepas ride.. makanan sampai, sambil tunggu lucky draw lepak makan la.. pasni boleh balik.. Thank you FRIM.. trail mantap dengan single trail, downhill, uphill memang layan. Next year buat lagi..bye!!

1 comments:

Rugi la sapa yg x pegi jamboree ni

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails