Sunday, February 28, 2010

Secebis latarbelakang ARB

ARB CYCLING CLUB diasaskan oleh Bro Abd. Rahim Ahmad dan selamat dilahirkan di Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor. Mengikut kata Bro Rahim, ARB ini bermaksud Academy Riding Bicycle so ARB tidak langsung memberi syarat utk rider2nya. Asalkan mempunyai helmet, kasut yg sesuai, kanak2 yg boleh dibawa melayan offroad juga digalakkan. Tak perlu la mereka merempit dgn basikal tak tentu hala.

Selain dari itu, ARB sangat mementingkan teknikal ketika riding kerana trail2 ARB di LTM memerlukan rider2nya sebegitu. Jangan bimbang dan khuatir, Bro Rahim dan Otai2nya akan sentiasa sedia memberikan tunjuk ajar sebelum melayan teres atau downhill.

Jumlah ARB rider sekarang ini sudah menjangkau ke angka 30 orang. ARB juga mempunyai pelapis muda seawal 10 tahun.

Trail2 yang pernah dilayan ARB termasuklah PCP, Kiara, Pertak, FRIM, Hulu Rening, Puncak Alam dan setakat ini sebilangan ARB telah menyertai jamboree seperti Kayuh Malam Burung Hantu Melaka, Monsoon Ride di Gambang dan Seri Iskandar Exploration. Mungkin aku ada terlepas yang lain sebab aku ni pun ahli baru ARB. hehehe

Kalau Hash tu tak terkira lagi la. Macam2 hash/bash yang dah ARB masuk antaranya Antara Gapi, Semenyih, Broga dan Sungai Buaya.

Nak diikutkan ARB ni dah lama cuma otai2 ni low profile. So bila difikir2kan, elok lah aku mulakan blog ARB ni untuk ada rider2 diluar sana sama-sama join kitaorg atau menjemput kitaorg utk test trail2 korang pulak.

Kalau nak test trail ARB boleh call Bro Rahim atau otai2 ARB. Kitaorg sedia membawa korang untuk menguji bike2 korang di trail kami dengan layanan downhill dan teres. Kitaorg pasti korang akan merasa puas dan teruja. Itulah janji-janji ARB.

2 comments:

Very good article zaly, keep on writing reviews.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails