Tuesday, May 5, 2015

PACC HASH 1.0 - 26 April 2015


Assalamualaikum wbt.

ARB menamatkan minggu2 terakhir dibulan April dengan menyertai HASH pula kali ni, Lama betul tak layan. Sememangnya rider2 pioneer ARB Cycling Team membesar dan matang dalam dunia MTB dengan HASH. Agak ramai rider2 baru MTB yang kurang tau mengenai HASH ini.
Kalau di Lembah Kelang, HASH (sebenarnya untuk Bicycle dikenali dengan BASH) sinonim dengan KLMBH. Kerana KLMBH lah yang mempopularkan event ini setiap bulan sejak tahun 2008/2009 atau mungkin awal lagi, Cuma sekarang ini org lebih suka ke Jamboree kerana popularity. Ada yang nak glamour masuk majalah.. hehehe betul ke? kalau salah sorry la,
Lepas tu merungut, penganjur syok sendiri, air kurang, medal tshirt tak cun la.. fee bayar mahal.. mcm2 la..

Ko yang tak reti kayuh, badan tak fit, nak marah2 pulak kann.. 

Apa kata lepas ni korang layan HASH.. tapi b4 layan, pahamkan betul2 cara HASH ni.. jangan main belasah je pastu komplen lagi.. 

Nak tau lebih lanjut korang baca sini.. 


OK.. cukup tarbiah dan pengenalan simple pasal HASH ni..
ARB adalah antara Cycling Team yang awal register.. No 001 adalah kepunyaan Zaly tu.. dan no ini memberi tuah jugak sebab dapat handle bar Fourier bro.. 720mm cun tu.

Seramai 20 org register, tapi cuma 11 org je yg dapat berkayuh.. yang lain semua ada hal pulak. Kali ni ARB juga meneruskan hari2 bertuah rider2nya kerana ramai gak yang dapat hadiah, tahniah kawan2.

layan la gambo ni hah.. ada yg dr hpon sendiri dan ada yg di cilok dr PACC. 

Lepas breakfast, posing tak tinggal punya..

Dah kat starting line,.. dasat, HASH siap pintu gerbang..

1st rider.. hehehehe

Jaya siap muncung2 lagi tu kitai Abam man.. 

wak Jr,

Malek aksi santai

Malek, Wak Jr, Wak Snr

Sham

Abg Rashid

Abam Man lejen

Dr Belakang, Abg man, Zaly, Abg Rashid dan Jaya

Bro Farif dan Hj Umar

Yang ni tayo malik pancit la pulak..

Antara Hadiah2 yang dibawa pulang.. yang lain tuan dia dah angkut balik..

Terima Kasih dan Tahniah untuk Penganjur PACC.. buat lagi, kami sokong event macam ni,, Simple, menarik tapi puas hati dengan trailnya.. cuma kalau boleh adakan technical trail, mungkin boleh buat pilihan utk rider2 yang nak layan drop section seperti teres atau single trail downhill.

Just nak up semula, ARB ada dua kali menjadi hares menyediakan HASH trail di Bandar Tasik Puteri untuk KLMBH seperti di link bawah ni, cuba2 la jenguk kalau sudi:


So kawan2 rider,, JOM KAYUH.. kesian kat beskal yang dah lama bersawang tu..

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails