IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Sunday, February 27, 2011

Sedap sungguh Asam Boi ni..


Tak Ramai yg kayuh hari ni.. Mungkin disebabkan hal family, personal atau rantai dah berkarat sangat sampai nak kayuh takut putus pulak rantai tu. huhuhuhuhu..
So ada la 6 riders je berkayuh hari ni. Atan kata ada geng KSCC nk follow, tp last minit tak jadi.
Bila tak ramai rider, best gak dapat kayuh ikut suka, so kali ni kitaorang dah nampak trail mana nak recce..
last 2 weeks, masa kayuh nampak cun je satu denai tu.. kali ni jom kita test!!



Yang ni lepas sessi membelasah teres 29.. lama betul tak main kat sini.
Bila lalu sini Din Jakarta (eh tersasul lak) dapat feel tayar kurang mantap. pelagi kasik pam lagi la.



Remaja ARB .. sian adik ni member dia x kayuh sama.
Jangan memain bro, Basikal made in ARB ni. Korang ada?




Ye.. sungguh cantik denai itu dan sungguh menarik bukit itu.. sayup je.
Dah berbukit2 kitaorg belasah.. ada lagi bukit rupanya.. 
So jangan disangka denai yang cantik tiada bukit ye..
Terer lg sekali aku buat pantun.. 

So nak bagi sejuk.. ada bukit ada bonus downhill jom belasah.



Di puncak!!.. best betul view dr sini.. Kota Puteri, BTP, Batu Arang.. Ijok.. puas menengok.
Atan jadi model kali ni.


Dan.. Sedap Sungguh Air Asam Boi ini..
Tersandar Din, sekali sedut separuh gelas habis.



Cikgu Khairul membuat kayuhan pertama kali selepas mendapat
Specialized Frame di Kayuh Lasak Penang.
Syabas Cikgu.

Wednesday, February 23, 2011

Rider Down.. Rider Down..!!



Bro tolong bro.. rider down..rider down..

Biasalah tu kalau dah main teres, pastu tgk member depan turun selamba je, ko pun nak belasah sama gak.
Agak2 la dik.. bak kata org2 tua, don't sangka clear water no boya..
Jangan ko sangka trail yang cantik teres tak berbahaya..
Kalau kail panjang sejengkal jgn ko duga teres yg dalam.. 
hahaha.. terer gak aku buat pantun.. korang ada???


Meriah gak ride hari ahad 20/2 kali ni. Ada 4 rakan MTB baru join ARB, ada yg dari Klang dan PJ.
Yang lagi 2 tu geng2 tasik puteri gak.



Cikgu Mus dengan gaya tersendiri.

Lepak berderet namanya..

 
Chif.. dgn Da Bomb kesayangan.. cantik rim, beli kat mana bos?

2 Sahabat, Bro Azhari yg pelawa ni.. next time jom kayuh lagi bro.

Uik.. lain macam je.. mengeliat ke bro?

Otai power ni..

Sunday, February 13, 2011

Santai Ride 12/2/2011


Salam pada kaki kayuh semua.
Tak sangka pulak kayuhan santai kali ini, ramai wanita dan anak2 yang nak follow.
Hampi 20 riders yg berkayuh hari ini.
So sebab nak layan rider2 yg baru berjinak dengan MTB, maka kami hanya berkayuh sekitar 15km sahaja.
Macam mana pun Chif tetap layan downhill batu. Macam kerenah yang ada.
So yang tak boleh turun berkayuh, tolak aje la ye.
Anyway, inilah yang dikatakan ARB. Tak memilih rider, tak kira bike cap apa, janji ada helmet ARB tetap melayan sesiapa saja.

ARB memang mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat dengan MTB untuk kayuh bersama-sama.
Bila kayuh, yang tak tau timing nak tukar gear, ARB akan tunjukkan. Bila downhill, rasa seriau ARB bgtau cara selamat nak balancing. Nak tau apa cara yang paling selamat kalau takut layan downhill?
Senang je bro.. ko turun tolak je la.. hahahahaha.. jgn marah haaa


Anak2 kecil yang begitu excited bila dapat beskal.. 
Kayuh elok2 ye dik.. ko tak dengar cakap, pakcik gantung beskal ko kat kelapa sawit tu.

Ni lak geng2 budak meningkat remaja.
Kuda liar ni.. susah betul nak jinakkan diaorg ni.
Korang memain lagi siap!

WELCOME BACK BRO AZMAN..

Chif dan Azman membuat penampilan dengan kuda baru.
Leleh aku nengok..

Bang Mawi.. sabo je la ye bila kawan kata besi buruk tu.. 
Tak patut betul member abg tu.

Mak Bapak.. Kaum Wanita dan anak2.

Bro Jo.. tengah pekena power bar ke bang?
Next week jgn lupa kayuh dgn kami lagi..

Dah nama santai.. berkelah betul kau...

Macam2 bike adaaaa...  pilih jgn tak pilih..
Siap bertongkat lagi.. layan ajeee...

Tima Kasih la kerana sudi berkayuh dengan ARB.
Yang mana nak pitam, lenguh2, tu biasalah.
Dah santai, next week leh kayuh heavy sket. OK?

Saturday, February 5, 2011

Jamboree Adela MTB Ride 30 JAN 2011 - D'Day

Salam kepada peminat2 MTB semua.

Jamboree Adela MTB Ride adalah Jamboree Pertama ARB di tahun 2011.
Seperti di post sebelum ni, 6 org riders berdaftar di bwh panji2 ARB. Tapi 2 org menarik diri di saat2 terakhir atas sbb2 tertentu.
Seperti dirancang, hari Sabtu 30/1/11, kami bertolak dr Rawang lebih kurang 9pagi. Berehat di Pagoh, makan, minum, buang apa yg patut dah hampir 1 jam. Slowly drive sebab highway dah mula basah dengan hujan. Kejap lebat, kejap gerimis. Dalam kul 4 ptg sampai le kami di Felda Bkt Easter Gugusan Waha sebab homestay kami disana. Kalau drive dgn 80km/j pun boleh sampai Adela dalam 40min. Ok la tu.

Malangnya sampai je kat "h/stay", Sebab kunci padlock xde, kena la chif Rahim buat kerja amal, potong padlock dulu baru leh masuk berehat.

Hari masih terus-terusan dengan hujan.. dalam kepala kami esok kayuh memang lenjun ni..
trail paling tidak macam kayuh terang malam kulim, x pun macam burung hantu melaka.
Apa2 pun dh datang jauh2 ni.. lenjun macam mana kayuh tetap kayuh..



 
Macam dah biasa je buat keje potong2 ni. hehehe..




Selepas makan malam, lebih kurang 8 mlm, kami bergerak ke Adela untuk mengambil goodies.
Gambo2 atas tu, haa tu la rupa goodies nya. T'shirt, No Plate, mineral water dan biskut.

Masa nak tido malam, hujan makin lebat.
Pergh.. esok kayuh memamg dasat trail ni.




Seawal jam 6pagi Kami dah bersiap. Chif kami buat final inspection.
Takut2 ada lagi barang yg tertinggal. Haru beb kalau teringgal kasut.
Mydin jauh tu.. hahaha
Masa nak bertolak ke Adela, hujan tetap turun. Cis.. tak mo berenti lagi.

Siap awal pun tapi sampai kat lokasi tetap lewat gak.. hampeh betul.
Kitaorg tgk jam belum lagi kul 8.30pg, tapi semboyan dah tiup.
Masa semboyan tiup, Chif masih dengan selipar croc lagi beb.
Sahih corot ni...sebab masa kami berlepas ada la tinggal 5 orang je. Yang lain dah x nampak bontot.

Masa start kayuh hujan still turun, tapi dah kurang laju la..



Alamak Chif, tangan gigil sejuk kot, tu yang blur gambo ni




Eh.. apsal gambo mamat dua org ni x blur plak?
Iskk.. aku lak yang blur..


Rosdan PRCC @ Babat.. Rajin sungguh mamat ni. Kat mana2 Jamboree dia ada.
Jeles gak kami. hahaha


Korang tengok lunyai ke tak lunyai.. trek lunyai, bike lunyai, rider lagi la lunyai..


Chif pun dah mcm putus asa, nak kayuh x boleh, tolak pun sangkut.
Nak pikul berat.. belasah aje la.

Mat Saleh ni tension beb.. hehehe



Pikul bang.. jangan x pikul
Gile arrr hujan makin lebat beb..kuyuppp

 Bro ni sengeh bila tau org nak snap.. cehh

Bain, masa kecik2 main hujan kena marah mak bapak.. dah beso ni xde sapa nak marah,
lantak le nak berkubang pun.. hehehe

Masa kitaorg Q nak cross parit ni, tetiba chif turun cilok ikut lain.
Pelagi, ramai pulak yg follow.. hahaha

Ni kat CP2, hujan lebat giler.. walaupun hujan, smpi CP mesti nk minum.
Ntgah apa2 ntah..

Samseng kg dusun pun kayuh? lunyai ko... hambekkk

Adela punya sebab la esok nya Kota Tinggi lak banjir.. hehehe
1st time kayuh dlm banjir beb.. power la sebab masa kayuh bunyi dayung sampan.



Masa ni la brek depan lunyai.. tu yang x blh layan downhill ni.
Pesal basikal Chif steady je?

Yang ni uphill lunyai gak.. gilo ahhh.. cara paling senang pikul bike sambil mendaki.
Kalau korang tolak, korang pun blh tergelincir turun semula.
Sekali pandang dah macam Wipeout punya rancangan kat Ch 701 beb.

Satu benda yang kitaorg kerap jumpa, bendalah titi ni. mcam2 jenis.
Kira boleh panggil Jamboree Titi Adela gak. Hehehe jangan marah GACC.




At last sampai jugak ARB ke finishing line dengan complete CP.
Tahniah kepada Ayie Bianchi yang turun kayuh dibawah panji2 ARB.
Walaupun start antara 20 org di belakang, berjaya ke finishing line dgn no 77. Gold medal tu bro.

Masa sampai ni hujan masih turun dengan lebat.
Kulit atas bawah dah kecut, perut dah main muzik death metal sejak dari CP 3. Gila lapo beb.
X penah lagi aku kayuh dalam hujan lebat dr mula sampai abis hampir 5 jam.

Anyway, Tq kepada penganjur. Andai tak hujan, mesti syok layan teres dan downhill. Tu pun kami belasah gak walaupun tayar belakang dah macam ular kena palu.
ARB mana boleh tahan tengok teres.. ye tak? hehehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails