IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Friday, December 30, 2011

ROUTE BTP FUN RIDE

Setelah persetujuan dicapai didalam meeting dengan mengambil kira segala aspek, kategori basikal, matlamat dan peringkat umur, inilah route yang akan dilalui oleh peserta.

Semuga kayuh riadah ini member manfaat kepada kaki kayuh semua.

JUMPA ANDA PADA HARI SABTU INI..

Wednesday, December 28, 2011

BTP FUN RIDE 31/12/11


Salam dan Selamat Sejahtera..
Apa lagi nak ditunggu??.. Free register.,. Dapat T-Shirt, Dapat Sijil.. yang paling best sebenarnya dan tak boleh dibeli/ditempah dimana2 pun.. SIHAT.. DAPAT SIHAT... tu pun tak nak??? terpulang la..

Okey.. cukup la promosi tu..Dikesempatan ini ARB ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian Ahli Majlis, En. Zaidi, dan AJK-AJK bertindak, antaranya En. Mat juga PEMUDA BTP, menjemput dan memberi amanah kepada ARB untuk bersama-sama menjayakan acara JOM KAYUH, BTP FUN RIDE.

Semua kategori basikal, MTB, BMX, FIXIE, FOLDING BIKE DIALU2KAN.

Untuk anda.. kaki kayuh semua.. jumpa pada hari Sabtu ini pada masa dan tempat yang tertera dibanner2, bunting2 dan juga poster2 yang telah diedarkan seperti diatas.

Sunday, December 18, 2011

Bukit Rumput Ride 11 Dec 11

 14 riders termasuk tukang amik gambo la.. meraikan kejayaan di atas bukit rumput..
Kayuhan kali ni, Chif tak dapat follow.. so kitaorg main ikut kaki kemana nak kayuh.. teringat pulak kat teres2 yang dh lama tak dikitai.. so apa lagi, gerak dari meeting point seperti biasa, terus kayuh kearah teres ARB dan Roller coaster.. perghhh syok betul.. lepas tu layan downhill selepas Bkt Senyap.. cite pun tak guna la.. tapi yang lebih merasakan kesedepannya.. Abg Din kita la.. kali ni nama sudah tukar la.. kena panggil Din Scott.. KHS ada org lain amik alih dahh..

Punya Laju Din Scott.. kamera nak capture pun bergegar.. gila arghh..

Take 5 selepas sesah roller coaster.. cukup??

Tak cukup?? kita belasah uphill bkt rumput la pulak.. lama tak layan ni.. 
tak larat tolak..
Yang ni mmg tak patut.. semboyan tak naik lagi.. Azlin dah turun.. pergh
memang kuat mamat ni.. org lain amik nafas kat atas, dia sesah bukit ni 5 kali..

Macam mana pun inilah bestnya ride bersama2.. macam2 ragam..
kali ni Semboyan Junior lak muntah.. perut masuk angin, lepas panjat bukit rumput.. kepala pening..
tapi layan jugak sampai ke Agrotek dan bt arang... lepas tu semboyan terpaksa panggil rescue.. bini daa..
semboyan junior kena naik black maria.. hahaha.

Terima Kasih Kawan2.. terutama Yakfur Bikerz yang join kayuh bersama..

Jumpa lagi di kayuhan seterusnya..

Nite Ride 7 Dec 2011


Selepas 4 riders menimba pengalaman di Kayuh Lasak KAW ride yang lepas, aktiviti nite ride seterusnya pula disesah...(korang paham ke? tak paham nasib la..) Macam biasa route GVP-Selekoh Monyet-Bt. Arang-Kota Puteri-Bkt Menara-Bt Arang-GVP.
Kali ni, rider power pulak muntah... tu yg pelik tu.. dah lama sangat tinggalkan kuda.. sekali kayuh, kasi tekan, angin naik kepala.. tapi semangat memang kental.. kayuh tetap diteruskan.. tu yang kita nak tu...

So seramai 12 org riders kali ni iaitu dari kiri dalam gambo: Shafiq, Chif, Bro Joe, Atan, Din, Shukri, Jai, Azlin, Jamal dan Pak Maon...

Kali ni photographer malas amik gambo.. ni je yang ada...

KAYUH TETAP ON....

Tuesday, December 13, 2011

KAYUH LASAK 2011


Salam dan selamat sejahtera MTB rider semua.. 
Bertemu kembali setelah berminggu2 sepi tanpa berita.. apa nak di ceritakan tentang KL11 ni?
KAW? kalau nak compare dengan jamboree lain.. yes diakui tiada yang lebih KAW dari KL11. 
among the toughest Mountain Bike Challenge. Itulah yg diperkatakan oleh semua...

ARB dengan 4 org riders Umar, Azlin, Din dan Semboyan bertolak ke P.Pinang pada hari Sabtu.. Umar dengar katanya bersama family sementara Azlin, Din dan Semboyan pool car.

DAY 1
Dalam perjalanan, singgah makan kat Kg Chif. Adik Ipar Chif kawin, dapat la kitaorg tapau sekali.. hehehe

Macam biasa.. yg kuat kayuh memang kuat makan..
Orang dah balik kami baru sampai.. tapi takpe sebab Chif dah prepare baaiiikk punyaaa utk kitaorg melantak.

Lepas makan, tgk2 jam dah kul 7 malam lebih.. confirm miss KL11 punya briefing malam ni. Camne pun kena teruskan ke Komplek Sukan Balik Pulau gak sebab nak amik Goodies. Kalau amik pagi esok, takut tak sempat lak.. karang rider lain dah kayuh, awak sorang2 terkial2 nk mengikat no plat.. gila ahh..
Yearghh.. dah sampai Penang, gambo atas masa parking depan Vistana Hotel di Bayan Baru. Ni pun satu hal. Kami baru sampai je Balik Pulau dapat kol dari geng Cikgu. Diaorg dah amikkan no plat so mintak kami amik sekarang gak sebab depa nak tdo awal. Masa tu jam lebih kurang 9 mlm. Kena la kitaorg patah balik. Adusss.. gawat beb! Lepas amik no plat dr receptionist hotel kitaorg shoot ke Batu Ferringi mencari tempat tdo di Rest House Bank Negara.. fuuhhh best betul bila nampak katil. hehehe
Cun tempat ni.
Sebelah pantai je.. hilang penat lelah travel siang tadi.

DAY 2(Hari Kejadian)

5:30 pagi, bangun, mandi, lepas solat subuh kitaorg siap nak gerak dah ni..masa gerak dah 6:30 pagi.
Jalan dari Feringgi ke Balik Pulau pun berzig-zag macam gaban jugak. Layan aje la..
Sampai2. dah ramai riders yang tak sabo nak kayuh.. 
memang belakang la jawabnye..
Macam biasa sampai2 je setting bike..
Alamak... belakang la bro.. kitaorg rasa, kat belakang kitaorg tak sampai 200 riders.
Tak banyak gambar yg diambil kali ni.. sebab nak focus kayuh je.. tapi disebabkan traffic jam pada 2 tempat, satu start masuk offroad  hinggalah ke puncak bukit pertama.. kedua, sedap2 layan downhill, tetiba kena stop.. jammed lagi rupanya kena cross sungai sebab jambatan rosak.. apa barang ni.
2 tempat ni membazir masa hampir 2 jam.. puuiiii...
Muka masing2 boring je.. tula.. sapa suh start belakang2.. hahaha


KAW Enough? tak larat.. tolak aje.. tak larat tolak.. duduk la pulak.

Sebenarnya ada konpius jugak berkayuh KL11 ni.. apa tak konpius, briefing tak pergi. Tak tau CP mana yg ada cut off time.. tanya marshall, di CP3, dia kata CP4 kul 11, pulun punya pulun, sampai CP4 cun b4 11 pagi. So boleh relax dah. Sampai CP 5 kat depan ada Rela/Polis tunjuk arah, apa lagi I follow.. time layan downhill tarmac, dah rasa lain macam, ye betul... jalan pulang ke finishing..
aikkk.. rupanya member yang sampai CP5 seawal kul 11:30pg pun senasib jugak... aduhhh.

Ada gak nampak no plat rider lain CP1 dan 2 ada sticker... CP3 dan 4 takde.. sbb tak lepas cross sungai pasal jamabtan punya hal, kena chicken loop ke CP5, Marshall kata masa dah tak cukup walaupun baru jam 10:15pagi...tetiba ada sticker CP6, 7, 8, 9.. aikk boleh gitu???Camne diaorg boleh lepas ni??

Malas la nak pikir... camne pun, memang kena dengan KAW ride.. uphill tak putus2.. downhill pun tak putus2.. single trail pun cukup lazat dengan akar, batu.. becak berbuih macam bubur..
Sapa2 nak rasa jom layan KL12 tahun depan.. hehehe

DINNER TIME
Rider2 yang mengharapkan tuah... 
Stage.. KAW ride
Makan untuk round yang ntah ke brapa ntah.. perut dah beso pun tak larat nak tanggung..
boleh pecah beb... tapi baju biru tu memang selamba je.. 
Dari Kiri: Ratu Bukit, Raja Bukit, Women Champ, Men Champ.

Settle Dinner/lucky draw.. balik..
Then....
start your engine... perghhh, aku ni berdengur jugak.. tapi kali ni semboyan kalah.. tak boleh tahan dengan cc motorGP diaorg.. tahap kitai tang corner tu..
nampaknya kena cari sofa kat hall jugak.. 
Zzzzzzzz

DAY 3 (nak balik...)
Bike dah siap loaded atas bumbung..
Terima Kasih Bro Azlin & Bank Negara.. tempat cantik selesa,
rugi la sapa yang tak mo follow hari tu.. sayang masa tak cukup nak santai kat pantai.. walhal 10 tapak dah sampai.. hehehe next time Bro Azlin arrange lagi.. tahun depan bro.. booking awal2..
Macam biasa, on the way back, kita layan nasik kandaqqq.. line clear broo..

Pastu..
Layan Cendol baik punya.. awek pun manissss.. adussss leleh wa cakap lu..
hahahaha...
tengah layan, alamak... mem besar kol suh beli jeruk.. so...
Yaaa.. dipilih.. dipilih.. kasi timbang amoii..

Amacam Bro?? Tahun depan ada brani follow??

KAYUH SAMPAI PUAS BROOO..

nak cerita KL11 lagi? layan link bawah:



Tuesday, November 22, 2011

FRASER HILL - ARB WAS HERE (20 NOV 2011)

Salam dan selamat sejahtera kawan-kawan.

Plan yang dibuat dalam masa 3 hari mendapat sambutan 10 riders, iaitu
Barisan depan dari kiri: Chif Rahim, Din, Zulman, Izam, Abg Wazir, Zaly dan Taib
Duduk di belakang dari kiri lak: Azlin, Azman dan Syafiq.

ON THE WAY

Seawal jam 7 pagi, dah bergerak ke Empangan KKB dari BTP, singgah breakfast di Sg Choh. Sedang makan baru perasan ada sorang rider tak cukup. Perghh rupanya, kawan tu patah balik BTP sebab tertinggal helmet, glove dan beg.. Terbabit semua menunggu. So makan slow2 la yee.

Macam biasa yang kuat kayuh memang kuat makan.. hahaha

STARTING POINT - KKB DAM 

Dan seperti biasa, Chif adalah orang yang paling sibuk memeriksa bike2 anak buah nya...Semua pakat tengok je.. tak patut la korang..

Persiapkan kuda dan kekuda masing2..

 Cantik tak view? Cantik lagi bukit nun jauh didepan yg akan dipanjat..
Kayuhan bermula dari sini tepat pukul 10:10 pagi.

PENDAKIAN BERMULA

Abg Wazir yang hampir tidak percaya beliau berkayuh ke Fraser..
Betul Bang.. percayalah bang... abg tak mimpi bang.. ini betul2 ni.. bukan cobaan..

Din.. khusyuk kayuh, sampai kena kejar dengan beruk... 

Chif yang sentiasa mengambil berat dengan anak buah..

Lebih kurang 17km kayuh .. lepak menunggu platun2 yg lain. Tapi masa ni si Izam dan Talib dah tinggal kan kitaorg.. sebab tu muka diaorg tak nampak kat sini. Diaorg ni nak berlumba kot.. hehehe

Sebenarnya masa lepak kat sini, banyak rider2 moto layan.. dari superbike, 150cc sampai la ke kapchai. Siap dgn racing suit lagi. Cuma satu gambo ni je sempat amik..jadi la..

Takleh rest lama2.. start kayuh cepat2 sebab ada 10km lagi untuk mendaki.

SUDAH DI GAP


Chif bergaya dengan ada lagi 8km to Fraser yang lebih steep
dari Dam ke GAP.

Hilang penat lelah bila dah sampai ke GAP.. Punya la gembira muka masing2. Sampai lupa yang 8KM ke atas masih ada untuk di daki.
Oleh sebab Bro Azman dan Zulman belum muncul, sambil menunggu, kami ke gerai utk rest dan minum.
Lunch kitaorg pakat makan di puncak Fraser.

Sampai di GAP pada 12:40 tgh. Berkayuh semula ke Puncak Fraser pada 1:30 tgh.

FRASER HILL

Yezza... Akhirnya.. impian tayar rider2 ARB untuk mencecah puncak Fraser tercapai pada jam 2:15pm.
Sambil2 tunggu rakan2 yang lain, yang mana sampai dulu dah start posing kat clock tower.
Best bro.. puas hati.. hilang penat lelah, letih mendaki terus tak rasa hahaha.. 


Gila arghh.. posing sakan diaorg ni.. yelah kan.. ada yang seumur hidup tak penah jejakkan kaki ke sini.. 

Ini lah kali pertama beberapa riders sampai ke Fraser.. bak kata abang Tebuan la.. moto ada, keta pun ada, tak penah nak pegi sini.. boleh pulak sampai dengan basikal.. iskk..
Relax la bang.. percaya la.. percaya la.. korang ni wat malu la.. hahahaha
Dah penat posing, lepak2, si Izam tak sabo2 lak nak g makan.. dah kebulur dah ni.. dia tanya semboyan..
"Li, jom la makan.. mana nak makan ni? mana kedai?", 
bila dengar semboyan kata kena panjat lagi 1km.. haaa??? apa nak buekk.. kayuh je la.. karang kebulur..
Mana yang dah tak larat sangat tu, menolak ajela..


Ini la tempat kitaorg melantak.. ada pulak tempoyak tu.. belasah la..
Lapo nye pasal.. takdan nak amik gambo masa makan..

Apahal lak pegang2 idung tu? ada bau gas tempoyak terlepas ke?
tak senonoh betul la..
Bergerak turun dari sini pukul 4:40PM

ON THE WAY BACK..

Sempat lagi bergambo.. masa menurun.. pergh lawa view kat sini.. sayup nun dibawah tu gaung.. hehehe
Masa ni memang sojuk... sebab dah petang..langit dah mula gelap..
Rasanya kat bawah dah hujan..

Jangan disangka perjalanan balik xde uphill.. adoo.. sekali dia bagi, mencanak jugak.. 

Berenti sekejap kat gerai di GAP sebab menunggu bro Man&Man kita...

Hah... tu dia, dah sampai pun.. 

Hari dah semakin gelap.. adusss.. hujan dah mula turun.. 
terpaksa melayan downhill tarmac dalam hujan lebat, jalan pun semakin licin.
Agak sadis nak layan downhill panjang dalam hujan... tak leh nak kitai sangat la.. 
ada pulak pakai tayar slick.. amik ubat ko..
Kadang2 kena mengelak keta yang tak reti nak hormat orang naik beskal.. 
tang lap pun nak pancung.. hampeh..
punya sejuk.. menggigil tangan, kaki semua.. 

Apa2pun Bkt Fraser ride memang memberikan satu pengalaman yang manis 
untuk 10 orang riders ARB ni.
Tahniah untuk anda semua. Bak Kata Abg Wazir, kalau ada orang bertanya, kita dah boleh bercerita. Maksudnya, ada la pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.

(Sampai semula di Dam KKB dengan total dist 76KM pada 6:20ptg)

Sekali lagi, tahniah atas ketabahan anda semua.. Alhamdulillah, 
10 org pergi, semuanya dapat bertahan hingga ke puncak dan kembali dengan selamat.

Insyallah, kepada mana2 rakan rider yang tak dapat nak join tempohari, ARB akan membuat kunjungan kembali untuk merealisasikan impian anda pula.

untuk photo2 lain sila klik SINI

KAYUH SAMPAI PUAS...
p/s: ada pulak yg bersuara nak panjat Goh Tong dari Btg Kali.. amboi.. bila tu bang?? saya nak ikut.. tak larat saya naik black maria jee.. hehehehe jangan marah haaa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails