IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Wednesday, October 4, 2017

KW360 Extreme Jamboree - 7 May 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ni pun dah berbulan2 baru nak kuar review ni. Ingat lagi korang dgn jamboree ni?

Aku dah tak berapa nak ingat berapa ramai ARB yg register dan pegi.. Yang aku tau, under ARB, aku, Rani, Asba, dan Ankel je yg kayuh. So kitaorg pegi 3 kereta parking punya la jauh dr tapak event. sebabnya memang tak dibenarkan parking berdekatan dan clash dengan event lain yang start hampir dengan area Flag off. Ikutkan je la..

So kitaorg kumpul sebelah kedai mamak.. nama kedai mamak ni pun aku lupa. nak explain dlm ni lokasi dia pun aku tak tau.. kira lepas parking, setting basikal.. siap2 kayuh ada la dalam 3-5km jugak nak ke tempat flag off.

 Dah ramai beb. Sabo Asba, jgn marah sangat.. hahaha

Sesudah Flag Off dan Dalam Trail
Camne gambo dia ada kat road ni ek.. hahaha
Masuk offroad, main selut la pe lagi.. area ni mmg tak leh kayuh..
Ni Yang malas ni.. melambatkan perjalanan.. hahaha
Dah sampai kat CP berapa ntah ni.. ada cendol beb.. kawan2 yg lain kat belakang so sambil menunggu diaorg sampai, kita layan cendol dulu.
Nyesal gak layan cendol ni.. berderet diaorg potong.. Oii.. minum la cendol.. 
 Cendol Bakar beb
Kayuh punya kayuh sekali tgk tahap redbull punya downhill la..
Badan nak pakai lama.. jgn amik risk, semua sorong, kita pun sorong je la. Last2 semua menggelungsur je.. hahaha

Aksi2 Rider ARB dan Rakan2 bersekutu B29

Zaly
Asba
 Apen
Amin

Garisan Penamat

Apa lagi.. makan la.. rugi kalau tak makan..
B29, Nazri, Apen dan Amin

SELINGAN
Gambo bawah ni viral jugak.. hahaha.. Main lempor je.. tercengang rider2 belakang tu.. mmg ganas

 Utk KW360 kali ni, mmg ramai yg kata agak hardcore dr tahun2 sebelumnya. 
Aku sampai je finishing line, marshall yg tukang tampal ranking kata ramai yg DNF.
Ye la, dah namanya pun extreme, redah je la kan.
Bab arrangement makanan, ramai yg komplen, tukang goreng ayam 1 dapur je. Rider kena beratur menunggu agak lama utk ayam goreng.
Marshall pun kurang terutama area yg agak bahaya. Yang lelain dah tak ingat.. 
Apa la sangat ayam goreng tu, tgk yg atas ni pun kenyang beb.. hahaha
Anyway Tahniah penganjur.. 

Layan tetap layan dan
Selamat Berjamboree..

1 Day trip to Bkt Kutu - 22 April 2017


 Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rancangan yg menjadi kenyataan. Plan yg agak spontan dan menerima respon yang memberangsangkan. Buka list pagi, jam 8 mlm dah kena tutup. Kalau dibiarkan boleh meletop. Cukup lah 40 orang utk 1st ARB hikng ni. fuhhh.. penat jugak melayan, sebab ada yg main2.. kejap nak ikut kejap takmo.. jap lagi on..last2 senyap sampai sudah.
So...Terima Kasih kepada semua peserta yang terlibat dan memberi komitmen yg sgt baik.
Bergambar dulu di parking area sebelum bergerak ke kawasan taklimat di jambatan gantung pertama

Abg Mail dan Asba
 Di tapak taklimat, mendengar kata2 nasihat Pak Maon dan Malim Gunung yg lain.

Seawal 5 pagi masing2 dah keluar dari rumah. Sebelum subuh kami semua dah sampai di Restoran Fazlina Maju Kuala Kubu. 1st time plan, kuar pepagi hujan la plak.. memang mencabar mental betul.. boleh tahan lebat. Tapi jiwa kental beb, apa yang dirancang kena diteruskan.
Lepas breakfast terus ke Masjid KKB untuk solat subuh, Hujan semakin lebat ooo.

Pukul 7-7:30 pagi, semua peserta dah siap untuk briefing. Memang terbaik semua,
Kali ni bukan ARB saja, ada peserta dari Telco seperti Acik Zu dan Zila. Maxis+WEBE+Umobile meletop wa ckp lu. Confirm coverage cecah dinding.. Kahkahkah,..
Ada juga dari team Atan mr.Han, boleh kot kalau aku bg nama team KLCC hahaha.. dan kami juga ditemani oleh kaki hiking Abg Khai.. (boleh patah bahu pikul bag dia),, 
Dan semasa briefing, hujan pun semakin reda.. Alhamdulillah

Tepat Jam 8pagi Kami semua bergerak berkumpulan menuju puncak Bkt Kutu.
(Nak tau pasal bkt kutu dengan lebih detail, sila tanya makcik google la ye)

AKSI2 DALAM TRAIL
Anak semboyan - Haikal dan Luqman

Minah Hiking.. Yana dan Zila.. fuh ramai bodyguard dia.
Yana, Acik Zila, Siddiq, Abg Khai, Abg Mail dan Rani
Abg Khai kita, bag mana bag??
 Acik Zu kita.. kemon Acik Zu.. bodyguard dia kat belakang

Amacam cun tak? Best kan..

CP BATU TEDUNG/TEDUH DAN RESTING AREA
 Kak Hana, yang sebelah tu mintak maaf la ye,,, lupa plak namanya,,
 Abg2 berehat.
 Gegurl pun berehat jugak
I Luv U
Otai farif, Anak dia belakang, Khai, Yus, Pak Maon, Siddiq dan Luqman 

Seperti yang dirancang oleh malim gunung Pak Maon dan rakan2nya, otw naik ada 1 CP di batu tedung utk rest. So kami bersantai rehat di sini..

ON TOP OF BKT KUTU...

Lebih kurang jam 12-12:30tghari semua 40 org selamat sampai di puncak Bkt Kutu.
Semua excited, tak kira yg belum dan pernah jejakkan kaki. tak lepaskan peluang utk bergambar.
Kalau pakai kodak filem mmg ada yg tak cukup stok. Kahkahkah

Kira2 2 jam kat atas ni utk rest, melawat banglo lama, makan dan bergambar. Kul 2 petang dah start bersiap utk turun. Langit dah bagi signal, jap lagi dia nak turunkan hujan..
Kalau lambat takut air sungai naik,dan tak boleh nak cross.. naya beb
Anak beranak
Rakan Sekolah
GBS(Geng Budak Sekolah)
Mereka kata ni pose utk Kad Raya
Baik punya santai ni Asba dan Bang Daud kita
Bersama Malim Gunung power Bro Razi
Subhanallah.. Indah sungguh pemandangan
ARB di puncak Bkt Kutu 

 KEMBALI KE KAKI BKT KUTU.

Pergh Acik Zu dan Jep, tak sabo dah siap berkain masing2.. melampau ni
Tu dia.. yg mana dah sampai dulu, siap posing lagi..
Semasa turun, partner Rasdan terseliuh pulak.. aduss..
Nasib baik Malim gunng ada utk cover jugak,

Selingan, Sebahagian aksi2 peserta
Kak Ira power
Abg Mail
Geng Kain
Geng Telco,
Semboyan ARB
Rani
Kakak Power
Yus
Siddiq
Kak Hana

Atan

Sempat lagi tido oiii
Paling Otai, Mr Goh



Udah2 la tu.. nak balik dah ni oii..

Masa yg diambil  lebih kurang 2 hingga ke 2.5 jam utk turun ke bawah..
Trail yg licin dan agak becak memperlahankan rentak kaki. Bila turun, sesetengah tempat kena lebih berhati2 sbb licin dan agak curam.
Walaupun ada yg sampai awal, kami tetap tunggu peserta yg paling akhir turun disebabkan kaki yg terseliuh. Akibat terlalu lama, badan jd lemah dan perlukan makanan utk recover. Tak sia2 abg Khai bwk beg beso, semua barang ada. Siap boleh masakkan maggie utk Gegel yg injured dan lemah.

Mereka semua tiba hampir jam 7.30mlm. Gila beb, risau kitaorg tunggu, takut juga terjadi apa2. Alhamdullilah semuanya selamat.

Amacam geng, banyak plan ni tapi masa yg agak cemburu..
Insyallah ada reeki dgn izinNYA, ada la lagi projek hiking ni nanti

Terima Kasih kepada semua Geng Bkt Kutu!!
Terima Kasih juga kepada geng Malim Gunung Pak Maon.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails