IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Wednesday, November 18, 2015

Kayuh Hijrah Kundang/Kuang - 8 Nov 2015

Salam kepada semua Kaki Kayuh..

Ahad 8 Nov 15, Kebanyakkan ARB + LCT semua menyertai Kayuhan Hijrah yang dianjurkan bersama oleh Geng Kayuh Gerek Cikai. Bermula di perkarangan Masjid Nurul Yaqin Kg Melayu Sri Kundang. Tayar Golek pada jam 8:30 pagi. Kayuhan Hijrah ada 2 jenis kayuh iaitu Sentap dan Santai. Santai Onroad 25km, Sentap Offroad 17km sahaja. Hampir semua ARB dan LCT ke laluan Sentap.. perghhh apa barang layan santai2 ni ye tak? Sumbung tak hingat korang ye..

Memang A++ la geng LCT ni, sangat sporting dan aktif. Aku musykil ni, menari pun wajib pakai helmet ke? Maaf sekadar bertanya je ye..

Dari perkarangan Masjid, kayuh on road menuju ke Bukit Tadun. Masa climbing ni memang macam ragam.. tu yang leka duduk atas nak tengok rider2 lain memanjat.


Respect dengan pasangan LCT ni, Sidek dan DD, 7 speed je tu oii, tarak hal punya sampai puncak.


Hakak duaorg ni pun siap senyum lagi.. mantap sudah.

Kat atas bukit Tadun ni la dapat jumpa ramai geng2 kayuh, BTP16 ada, YCC, SBOT..

BTP16

LCT

SBOT dan Prima Riders

Turun dari Bkt Tadun ada drop teres.. sapa yang suka technical memang makanan dia..
Yang tak biasa, play safe la.. jangan membahayakan diri.
Lagi pun trail memang licin dan berselut sebab hujan pada malam sebelumnya.


Rizal kata dia 2 kali tergolek.. luka di pipi dan kening akibat downhill licin..

Kang Azlin kita layan santai je.. sebab bawak wife dan anak kayuh. 

Ni lak geng2 GSJ..

Kak Indah yang gigih.. Belakang tu kalau tak silap wife Zazhar YCC.


Sebelum masuk terowong, kita layan pisang jap,.

By 11am, hampir semua ARB+LCT dah sampai finishing line.. nak tunggu makan kul 12:30tgh, lambat lagi. Ada yang balik terus ada yang ke kedai makan. Sedang makan, dapat panggilan collect hadiah sebab ARB hantar penyertaan paling ramai.

Terima Kasih Tuan Presiden Gerek Cikai..

Kebetulan masa ambil hamper, makanan pun dah tersedia untuk diambil, Tengok gulai kawah kambing.. pantang jumpa ni.. dah makan nasi ayam berempah tadi pun beratur lagi, apa taknya badan mcm kena pam.. diet apa ke benda ni beb..

Tu Diaaa... Gulai Kawah Kambing oii

Bersama Rizal dan Oren.

T. Kasih dan Tahniah kepada Team Gerek Cikai yang menganjurkan kayuhan Hijrah ini.
Ini kali ke2 ARB ke trail anda.. yang pertama semasa kayuhan merdeka.
Korang memang best. Marshall, trail marking cukup.. siap ada marshall yg berkayuh bersama2 rider.
T. Kasih kepada Oren yg menjadi org tengah utk mendaftar dan pemberi info2 penting.utk ARB.  

KIPIDAP and DONDEBAB.. eh.. DONGIBAB semua..!!

KEEP ROLLING GENG!!!

Friday, November 13, 2015

Bukit Senyap, Bukit Leleh, Menara, Downhill Batu, Bukit Masyuk 2 Beradik.. 31 Oct 2015

Kayuh hari ni meriah sebab ramai Champ yang turun.

Gerak dari Salem kul 8am, pastu slow2 warm up dalam 3km layan trail landai.
pastu baru kita naik bukit senyap..




Ni dia Azli Scott Fullsus..Otw ke Bkt senyap semua senyum je.. kasi downhill dulu

Kim dan Atan ..

Ni downhill dari Bkt senyap .. 

Ni dah lepas panjat Menara.. .

Pemandangan cantik dari atas Menara

Sayangnya 3 org Kim, Atan dan Azli tak dapat follow sampai habis .. so dari menara,
Hj Umar, Zaly, Kang Azlin, Otai Farif dan Taib meneruskan perjuangan ke 2 beradik


Nak ke 2 beradik kita layan dulu downhill batu .. pergh betul2 fork dan tayar kerja keras ..

lama betul tak layan downhill batu ni

Bergambar sebelum panjat bukit masyuk lak.

Masyukkk ...

Selepas bkt ni, kita menuju ke Agro, tapi trail banyak dah kena sondol dengan bulldozer.. Tanah jadi lapang mcm padang jarak padang terkukur.

Anyway, sedap kayuh hari ni,.. turun naik turun naik.. tak perlu jauh2.. 30++km je dah cukup.

Selamat Berkayuh semua..

Wednesday, November 11, 2015

KOTA RAJA JAMBOREE 25 OCT 2015


Assalamualaikum, Salam sejahtera..

Rider2 ARB ramai juga yang join event ni.. best betul tengok diaorg ni layan trail Kota Raja.. rugi la tak join.. si Saiful, Wadi seronok betul main lompat2 ye..

Sebelum golek

Yangg, abg dah nak golek ni.. doakan abg podium ye yanggg..
layan selfie dulu.. karang dah kayuh tak hensem plak..

Kan dah kata tadi.. kalau dah kayuh jangan selfie.. kakaka


Halah.. gambo Tok Janggut aje.. sejak Hadi pencen kayuh dia plak jadi artis..

Wow.. Saad, geram betul tu

Pergh Wadi.. siap terbang tu..

Laju plak mamat ni..

Seat post tinggi sangat ke apa tu?

Kamarul sedang memotong.. motong rumput ke?

Ini medal nya..

Rata2, rider2 MTB semuanya memuji Jamboree di Kota Raja. Organizer memahami kehendak MTB.
Marshall, Goodies, medal tiada kekurangan.. Yang penting trail yang baik dan ohsemm.

Next year teruskan lagi penganjuran.. Insyallah ramai yang akan register lagi..

Keep Rolling Bro..

Friday, November 6, 2015

Ohhsemmmmm Trail - 17 Oct 2015

Assalamualaikum wbt.. salam sejahtera geng..
Lama betul nunggu baru nak kuar cerita ni..
Trail ohsem, rider pun ohsem.. dia punya ohsem, ni diaaa..
tgk bawah ni..
Macam2 gaya ada.. kekekeke.. korang mmg best la geng!!

Best ride kali ni,. jauh pun tak terasa.. relax je.. bukit ke busut ke, downhill semua kita redah..
kali ni ARB berkayuh dengan Tuan Asba dan Ankel David.. 
power2 diaorg ni, selamba je kayuh
Tuan Asba

Ankel David.. aku pk Ankle.. 

Laju betul Kim kejo Atan, bergegar kamera

Ni Otai Farif ni...
Lepas layan downhill tak hingat kan.. nah kita panjat la plak bukit ni..


Seiring dan sejalan.. seindah bunga ditaman.. pergh Uji Rashid beb.. gegar vaganza

Burung ni teman Tuan Daud..

Dah sampai fruit valley.. layan amik gambo lak..
Pergh giler betul camera man ni.. lebih dr yg nak bergambo oii

Layan blues ke Tuan??

Ooo Tuan daud kat atas tu sbb nak shoot gambo ni la ..Klasik beb




Ohsem kan trail ni.. 
Ohsem tak Ohsem, sekali bendalah ni buat roadblock mmg naya.. puiihhh

Ok geng.. teruskan berkayuh
Keep Rolling...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails