Salam dan berjumpa lagi..
Kali ini julung-julung kalinya event Sg Selangor Phase 2 Endurance ride hampir benar dgn kediaman rider2 ARB dan kami tidak melepaskan peluang untuk menghantar 25 orang riders. Alhamdulillah, kesemuanya telah selamat berkayuh walaupun ada juga yang makan KFC.. ingatkan trail tak sampai 40km tak jadi masalah..
Walaubagaimanapun, tak menjadi masalah untuk Junior ARB yang paling muda iaitu Firdaus, son of Haizat@Jadd Nikon berumur 10 tahun, yang berjaya complete walaupun tiba di finishing line hampir pukul 2ptg. Tahniah!!
Inilah Junior ARB paling muda, berjaya complete.
Di pintu Dewan
Medal ranking.. tak tau pulak penganjur nak kasi ranking medal ni.. iskkk
Frame Chiru.. ekor lembut dan keras..
Marshall2 event
Men Open berlepas.. Iqmal dan Din. Ada jugak muka korang inter frame..
Veteran pun berlepas jugak..
Junior dan wanita..
ANTARA TRAIL-TRAIL YG DIHIDANGKAN
Zig-Zag pertama..
Zig-Zag Kedua..
Dua2 bukit ni digelar bukit "L"
AKSI-AKSI RIDERS
Ride fast but safe bro.. hati2.. malang tak berbau..
MTB Frenz.. Mr Ayie Bianchi, diikuti oleh Shafiq Azlin di belakang..
FINISHING LINE
Rider no 1 dan 2.
Hebat betul.. patah hanger dibuatnya..
Syafiq sampai kul 11am Junior rank no 7, tp medal ranking hanya utk 5 org Junior je..
Atan ngam2 rank no 149 dari medal ranking men open 150.
Azlin no 52, medal ranking untuk veteran hanya 50 je..
Hakim pulak Junior no 14.
Alamak, Chif dapat special service la.. the only man yg dikalungkan medal.
Jelesnya aku...
Rakan MTB, Ya'afur riders.. Bro Johari.
Umar pun dah sampai...
SELINGAN
Iqmal, akhirnya dapat menebus kecewa di UPSI. Kali ni completed..
Tahniah!!
Gadis litar.. cheewwahhhh.. posing baikkk punya.
Azlin:"kat bkt lahanat tu aku tgk ko tergolek ke Din?"
Din: " Mana pulak.. tu anjing yg tergolek kena langgar lari dgn rider"
Hadi: kita gambor sama2 Fuji kita..
CIkgu Mus: Ye..ye.. kite kite ajeee..
Aku: "Conpius ni.. nape diaorg duk senyap berdua je?.. mesti ada rahsia ni... hehehe
Rizal: Mana yang lain ni Tan.. ko kitai abis diaorg ye Tan..
Atan: Mana pulak.. ada patut diaorg suh saya lepak makan durian kat dalam..agak2 la..
Taib: Jap.. amik gambo aku dgn sahabat baik aku ni..
Azlin: ko kayuh ke aku yg kayuh.. bau gamat ketiak ko ni Taib..
Gadis litar pun haus jugak layan kerenah abg2 riders.. ni ter baikkk la..
LUCKY DRAW
Tu Diaaa... Bertuah punya Azlin.. XT groupset dia yg punyooo..
Anak Semboyan, kali ke2 masuk Jamboree selepas UPSI.. dapat gak botol air dan cage sekali..
Ok laa...
Maka selesai la Endurance 2012 kali ni oleh PEKA..
Satu penganjuran MTB yg berjaya.
Trail yang dihidangkan sesuai dengan jarak Kayuhan..
Water station yang banyak untuk menampung 1200 riders..
Marshall juga banyak membantu rider2 yang memerlukan bantuan.
Trail Marking yang baik, Junior 10 tahun pun tak sesat. Kalu Men dan Veteran sesat tak tau la plak nak kata apa.
Cuma, tak ramai rider yang tau Penganjur akan memberikan ranking utk setiap kategori. Namun begitu, Medal ranking untuk kategori adalah baik cuma Junior terlalu sikit, hanya 5 saja. Adalah baik jika Junior ranking diberi hingga 10 atau lebih untuk membakar semangat pelapis2 MTB. Kerana mereka2 ini lah yang akan menggantikan kita yang sudah "V"...
Semuga berjumpa lagi di event yang lain..Insyallah.
Kayuh untuk Sihat..
Ride Fast but Safe Bro...
4 comments:
Terima kasih yang terhingga buat Kelab Jom Kayuh Jenjarom yang telah hadir menyertai Sungai Selangor Endurance Ride 2012. Saya mewakili kru bertugas memohon maaf sekiranya terdapat cacat cela sepangjang acara berlangsung. Tahniah kepada yang berjaya menamatkan kayuhan dan semoga kita akan dapat berjumpa lagi lain kali..Insyaallah..
Fahmi Mohd Tauhid
Terima Kasih juga untuk penganjur.. tapi kami pelik juga.. kenapa nama Kelab Jom Kayuh Jenjarom yg kuar kat sini?.. tuan tersilap ke? :)
Ye la tuan Fahmi.. ni kan blog ARB Team, mana ada kena mengena dgn Jenjarom.
sori geng tersilap pulak..utk team ARB Cycling Team ler.. Anway thank for the support n harap2 lepas kita bole berkolaborasi..Insyaallah.. Maafkan kesilapan saya k..
Post a Comment