Friday, January 6, 2012

UPSI Rainforest MTB Jamboree 2012

Salam.. rasanya, ramai gak yg tak sabo nak baca report UPSI ni.. ntah le.. dah lama2 mcm malas pulak aku nak update. Tunggu2, cari2 mood tak sampai2, tapi aku kuatkan semangat untuk update jugak.. so kalau rasa bosan tukar je channel lain..
Macam biasa kali ni boleh tahan jugak jumlah peserta dari ARB.. iaitu 32 kaki kayuh. Oleh sebab ramai, meeting punya meeting, sepakat kita angkut basikal pakai lori. Hah.. korang tgk je la gambo bawah tu masa loading bike.. ni pun satu hal.. janji ptg nak loading, last2 malam gak.. aku lagi gawat, rajin sangat menjenguk, siap ngeteh lagi sampai kul 12mlm baru balik umah. Pastu barang aku dgn anak aku  pun tak settle lagi..
At last, amik ko, dah lepas setting bike atas bumbung keta, kemas2 barang lagi, masa nak tido jam dah 3:30pg. Adoiii... mmg aku tak cukup tido la nak kayuh ni.. harap2 complete sudah..


PAGI KEJADIAN

 Sudah sampai di gate belakang UPSI
Bersusun bike setelah di"unload" dari lori..

 Chif dan juniornya

Jai dan Paei..

Abg Wazir tengah warm up tuu..

Perghh dah penuh dah..

Iqmal GBS..


Anak Semboyan..

SEBAHAGIAN AKSI-AKSI  ARB RIDERS DI TRAIL UPSI

Anak Semboyan

Jai.. terjatuh atas batu semasa downhill selut, patah jari kirinya.. tapi tetap kayuh sehingga ke garisan penamat. Syabas bro!!

Abg Wazir.. layan je..

Syafiq aka Azlin Jr.. 1st time Jamboree ranking 95..
Kuat kayuh macam bapaknya jugak.. bagus2!!

Faiz aka Chif Jr..

Chif ARB

Abg Taib kita.. steady.. hehehe

Azlin


TRAIL2 UPSI..


Sebahagian daripada gambar diatas diambil dr album sahabat di FB.. harap halalkan ye..

DI GARISAN PENAMAT..

Antara no plat yg sedang menunggu cabutan bertuah..
Ada mcm2 sticker.. yang mana dapat ayam KFC tu jangan risau.. next Jamboree kita belasah sampai complete dan puas. Mungkin trail ni sempoi sgt, tu yg malas nak habiskan tu.. hehehe
Cikgu dengan Haizat gak yg bertuah..

ARB junior aka GBS.. korang yang mana tak complete jangan menyesal sbb ni first time korang join jamboree. Lain kali prepare diri sendiri betul2, mkn, minum, tido kena cukup.. (ckp org, aku pun tdo tak cukup.. tp settleee..)
Ok .. next time cuba lagi, yang complete jangan eksen pulak.. sbb yg tak complete dapat ayam KFC.. jelesss

Jai yang keletihan.. jari dah berbalut..

Apa lagi, mandi sudah.. basikal pun dah basuh ala kadar.. gi loading bike, nak balik dah ni..

Macam biasa, ARB ni mesti singgah mana2 untuk lepak makan minum..
So on the way balik, pekena Cendol, Rojak, Mee rebus, Laksa,. semua ada laa...
Tag Line Azlin: Kayuh Kuat Makan Kuat... peehhhh

Thank you semua..

Akhir Kata:

Terima Kasih kepada UPSI, TM BIKERZ.. Trail memang best.. single trail cun,, downhill cun.. uphill pun cun.. hahaha.. Actually ini kali ke 3 ARB berkunjung selepas, UPSI 2010 dan Ligamas Hash. Sebab tu bila dengar UPSI mengadakan Jamboree kali ini, ARB memang menunggu je.. tak sabo nak layan downhill trail TM Bikerz. Cuma sayang, trail licin dan berselut akibat hujan pada malam sebelumnya.

Lagi satu perlu diambil kira ialah water station yang diletakkan.. kurang sesuai water station sebelum CP1.. lebih baik water station diletakkan di setiap CP.. sebab semakin jauh ride, tenaga rider kebanyakkannya semakin kurang, so bila CP2 takde air, ramai yg mengeluh..

Walaumacam manapun Tahniah UPSI dan TM BIKERZ dalam penganjuran Jamboree kali ni.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails