IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Thursday, September 29, 2011

Kuantan MTB Challenge 2011 - Part 1

Hari yang di tunggu2 dah tiba.. 14 orang registered, tapi hanya 10 riders je yang hajatnya dimakbulkan. 4 orang lagi ada aral yang melintang. ARB berkonvoi ke Kuantan dengan 4 buah kereta dari Tasik Puteri ke Alor Akar. Tempat tido kami kali ini di D'Embassy Residence Suite. Sebabnya.. takmo lagi jadi kes2 lambat seperti sebelumnya. Rider2 lain dh start pulun, awak terhegeh2 nak pakai glove bagainya.. apa barang ni..


Parking di BHP sebelah surau..

Selepas tol gombak, stop jap sembahyang Zuhur di BHP fuel station. Pastu gerak terus menuju ke Temerluh pekena Ikan Patin. Memang ini yang dirancang awal2.. sia2 ke Kuantan kalau tak pekena gulai tempoyak ikan patin ni.. perghhhh... tapi ada lagi yg lebih sedap bro.. sekali kakak tu tanya nak Patin Bakar tak?.. Rizal kata tak payah, tapi semboyan suruh buat gak.. sebab alang kepalang kita rasa lah jugak.. Hahhh tu dia, Patin Bakar yang tak cukup.. tambah nasik lagi brooo... so sesapa nak try g kedai ni..

Tapi kesian kat member 2 orang ni, Haizat dan Izam,  kitaorg tunggu punya tunggu selepas Toll Temerluh diaorg tak sampai2. Ntah mcm mana la korang boleh terlepas exit Temerluh. Dah kempunan ikan Patin. Sebab dah terlepas, kami suruh diaorg proceed ke kuantan dulu, blh tolong check-in kan Apartment.
 Masing2 termenung menunggu si Haizat dan Izam.. perut dah lapo ni

Restoran Selera Patin Bangau.. tangkap leleh kesedapannya..

Patin Gulai Tempoyak

Antara lauk2 lain.. masa ni Patin Bakar tak sampai lagi..

Masya'allah, tak sempat amik gambo dah selesai Patin Bakar..
Nak tau sedap ke tak, sampai tulang pun nak dimakan.. hebat Bro ni, patut kayuh pun laju.

Dah siap makan, kami pun bergerak mencari Apartment D'Embassy.. aisey memang jakun betul la..
Jalan Alor Akar dah jumpa, tapi apartment tak nampak2.. amik ko berpusing2 kitaorg.. nasib baik goodies si Haizat dan Izam dah collect. At last jumpa gak la..

Snap dari balkoni apartment je.. waktu malam lak tu.. hehehe

Ok la D'Embassy ni.. bilik luas, cantik.. hahaha.. building baru lagi.. 
Sampai je terus loading basikal masing2 bawak masuk apartment.


Tu dia.. seronok kan main lagi.. sampai jelaous abg Nordin Ahmad Shah kita.. hehehe..
Pastu masing2 try Jersey KMBC.. cun ooooo.. 
Bergaya Kome yeee... Chif.. ala apsal tak sarung??

Ada pulak yang jadi tukang kasut.. sapa2 nak repair boot blh la anto kat mamat ni.

Udah2 la tu.. dah malam ni.. perut lapo jom poei makan...

Ko tgk sapa yang paling berselera?.. bro ni jugak kan.. patut kuat kayuh..

Yang group satu lagi makan di Tjg lumpur katanya.. tapi kedai mana lak dibelasah bila kedai yang nak dituju2 tak jumpa.. apa la ko Izam, pegi 10 tahun lepas nak gak cari kedai yg sama.. seksa kawan lain yg dah kebulur..


Lagi gambo makan...



Selosai dahhh... hah apo laie, esok nak kayuh jom balik..

Best betul la trip ke Kuantan ni.. geng2 yg  tak pergi (cthnya: KHS, org Itali hijau putih.) jangan la jealous pulak yee.. hehehehe.. kasi bakar sikit..

stop la dulu...kita sambung ke part 2 - D'day .. tungguuuuu

Wednesday, September 28, 2011

2 Riders berlanggar, 1 rider ikut tergolek..


Hah.. tu la pasal.. tak mo dengar kata chif. Sampai kering air liur, dan keluar anak tekak Chif menjerit dari belakang.. "1 line.. 1 line." tapi haram... mentang2 downhill.. keje nak merempit je..
Nasib baik la bukan moto.. kalau tak, lagi haru dibuatnya..

Kejadian berlaku diantara selekoh monyet dari Bt. Arang ke Fruit Valley.. memang masa tu masing2 melepaskan geram setelah penat lelah melayan uphill.. apo laei.. amik ko ubat!



Tu dia.. Basikal Cikgu Mus dah tergolek.. Macam sebelumnya, Bro Azmi Orbea, aka Medic man.. sudah pun menyapu lutut Cikgu yang tercedera..


Yang ni plak.. badan dan lutut Umar.. 


Ni lak lutut si Semboyan... aikk last week tergolek, kali ni tergolek lagi...??

Ntah la.. Cikgu Mus, dah tak boleh nak kayuh, so kena la call rescue si Zulman...

Rescue suda sampai.. Basikal dgn tuan dia sekali masuk..


Yang Lain kayuh semula, tapi kira patah balik la.. tujuan utk 50km tak kesampaian.. dpt la 28Km je..
Balik, lepak di Kedai Sawit, buat post mortem.. Tapi mlm tu jugak Chif kena hantar Cikgu Mus ke Hospital sebab kaki langsung tak boleh gerak.. rupanya Lutut Cikgu Retak, ligamen tak tau lagi... kena buat check susulan.

Semuga apa yg terjadi, menjadi peringatan untuk rider2 semua, dahulukan dengan Bismillah dan berhati2 ketika ride. Macam biasa.. Ride Safe bro!!

Layannn...

Tuesday, September 20, 2011

ARB Ke Kuantan La Plak..

(Klik List atas untuk lebih jelas!!!)

OK Geng.. Meeting dah buat, transport, partners, bike semua dah settle.
Budget pun dah siap.. So apa lagi..
Moh kiteeee..

Sunday, September 18, 2011

Semboyan Kecundang.

Salam dan selamat kayuh semua. 11/9/11 tarikh keramat untuk Semboyan sebenarnya. 2 serangan berturut-turut diterima namun kayuh tetap kayuh. Kalau tak kayuh menyusahkan member la plak nak kena usung keluar.

Kayuh pada tarikh ini memang best  sebab bilangan rider yang agak ramai. Lebih2 lagi dengan kesudian team Otai BBB, Aboi dan Zazhar. Begitu juga dengan Rider2 dari Yaafur team yang begitu supportive. Sayangnya team Rawang XC pulak tak dapat nak join atas sebab2 tertentu. Insyallah, kalau ada jodoh, dapat la ride bersama.

Seawal 7:30pg dah start breakfast.. ada jugak yang tak sampai2 lg.

Geng GBS ni memang bagus.. datang awal, dah siap2 prepare. Korang jgn ikut pakcik2 tuo yg datang lewat ni. Eh.. korang pegi sekolah pun awal macam kayuh tak? Yang nak amik SPM ni, pakcik harap ko berjayo la yo.. buek botul2. Kasi mak bapak banggo samo ekau. Amin..


Start kayuh Umar bwk ke trail perfume.. tapi tak jadik.. patah balik ikut trail biasa sebab nak layan downhill panjang.. hehehe


Tu diaaa... ni semua gambar2 semasa melayan LTM dengan serba sedikit menggunakan trail baru. Next time kita terjah semula trail lama.. lama tak layan teres.. ewahhh ingat2 sikit semboyan oiii.. 

Izam, org lama yang baru kayuh.. member baru dapat baby la katakan..

Teacher Shah (paling depan) jelingan manja kat sapa tu? hehehe

Part ni masa kami semua melalui sebelah tasik, view cun, tenang je untuk kaki2 pencinta alam.
Tak caya tengok muka Teacher Shah Aziz dan Aboi.. menolak pun senyummm jeeee..


Dah penat menolak lepak tepi tasik, gambo ramai2.. perghh.. meriahnya..


Yang ni rantai Man Kidal lak putus.. so kena ingat tu, masa push uphill jgn change gear.
Kalau tak ini la jadinya...prepare suitable gear b4 climb.

Yang ni lak kes semboyan bergolek semasa downhill.. Bro azmi antara riders yang rescue.
Stem retak.. handle bar tercabut.. brake bengkok.. mmg agak parah. Dah la kena sengat tebuan tanah..
Sabo je la..

Rupanya2.. downhill punya pasal..lubang dan henjutan yg tak ingat, 2 bikes lg tayar pecah.. hehehe.. 


Akibatnya, yang lain duduk bersila santai sambil menunggu bike2 yang prob direpair.

Itulah kisah nya.. walau macam mana pun, ride tetap happy.. fun. Banyak benda yg dipelajari, setelah lama tak jumpa hardcore trail. Yang penting beringat selalu.. jgn suka sgt. hehehe

Semboyan kata dia nak ucapkan terima kasih kepada semua riders yang tetap menunggu dia tempohari dan lebih2 lagi kepada Umar, Bro Azmi, Izam dan lain2 yang bnyk membantu sehingga bikenya dapat dikayuh semula dgn selamat pulang.

Terima Kasih semua.. ride safe bro!!

Thursday, September 8, 2011

Retak Babat Edisi Malam 7/9/11

Salam Syawal dan selamat sejahtera kepada semua MTB riders. At last kayuhan meretak babat bermula dengan edisi malam juga tahun ni. Sebabnya menderu-deru sms meminta kayuhan dipercepatkan. Tak tahan dah nak tunggu weekend. Semua kaki dah gigil menggeletar. Gila power rider2 tegar ni.

Lama dah si Atan ni tak ride dengan ARB.


So bermula dari depan Intan Seafood.. yg pd awalnya nak start kul 9pm tapi ada pulak yang tak sempat balik awal dan mintak postpone. Problemnya, rider2 lain dah x sabo2.. nak tunggu tak boleh dah.. lagi pun kesian kat si Atan yg berkayuh dari Bt. Arang ke GVP. Si Amir pula rider dari Shah Alam lagi jauh datang atas jemputan Azlin. So, mulanya bergerak dengan 9 orang je. Lepas layan trail senyap dan downhill panjang.. Joe Yaafur menunggu di bukit Menara. Kemudian sampai di Kota Puteri, 3 orang lagi Yaafur Bikerz join kami, So total dapat lah 13 riders malam tadi.

Cikgu Mus dan Jamal datang memberi sokongan.
Apsal tak ride ni bro?..
Berkumpul jap dalam hutan kelapa sawit LTM

Dah lepas layan downhill panjang.. 
rehat jap tunggu rider2 yang tak habis layan lagi..

Di Kota Puteri, selepas bergabung dengan 4 riders dari Yaafur Bikerz.

Merehatkan kuda sebab Tuan dia nak ngeteh..

Tak de Capati nak diorder sebab ni bukan Capati Ride yang berepisode2..

Masa ni dpt tau tyre Rizal pancit.. 
so sambil menunggu, si Yus buat tarian gelek sbb kaki dah start krem..

Si captain Yaafur dan Atan amik peluang posing tengah2 malam buto.

Di Puncak Bukit Menara.

Lepas tu kitaorg sambung kayuh uphill ke bukit menara.. fuhh.. best2
macam2 cite yang kuar bila dah sampai GVP, sambung ngeteh kat gerai sawit sampai pukul 2..
amik ko.. korang pikir bulan pose lagi ke boleh sambung makan sahur?.. hahaha

Anyway, Terima Kasih yang tak terhingga untuk semua yang terlibat..

Jangan lupa, Ahad ni ada kayuh lagi. ARB akan menerima kunjungan dari rider lama yang merindui trail2 ARB. 
Jom kayuh untuk Retak Babat edisi siang pulak!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails