ARB di Janda Baik Waterfall Ride 2013.
Salam geng, hari yang di tunggu-tunggu pun tiba nampaknya. Dari 15 riders yang registered, hanya 9 org je yg menyahut cabaran. Tapi ada gak geng2 ARB yg register sendiri contohnya Wak hantu dan Sham 2 beranak.
Meriahnya event ni sudah terasa sejak hari Sabtu lagi sehari sebelum event. Kena pulak tempat Janda Baik ni di kelilingi hutan dan bukit bukau, pergh nyaman yang amat rasanya. Walaupun keadaan kampung mulai sibuk dengan hadirnya beratus-ratus kereta yang mengangkut basikal tapi tetap tenang dan aman.
2 riders ARB, semboyan dan Hadi D'artist bermalam di Janda Baik. Hadi di Seri Pengantin, (ada rasa macam nak jadi pengantin sekali lagi je) dan Semboyan di Cheringin Resort. Gambo di atas tu diambil dari Cheringin Resort yang dibina diatas bukit. Best betul downhill ni. Tapi bila settle ride nak balik hotel, sengal jugak betis dibuatnya.
Goodies di atas telah diambil oleh Hadi. Kemudian dihantar ke Semboyan sebab tempat semboyan ni paling hampir ke tempat event. Senang member2 yang lain nak collect esok hari.
Macam2 jenis keta dan cara mengangkut basikal.. memang meriah.
Di Cheringin resort, semua basikal diberikan tempat parking khas. Bagus betul pihak hotel dan penganjur ni.
Esoknya.. tu dia, org kuat kita sudah sampai. Bancuh air power pun ada cara.
Sebelum tayar bergolek secara rasmi, ada persembahan kebudayaan dari masyarakat setempat. Memang terbaik,
Tu dia.. sayup betul nak ke starting line..
Geng2 ARB dah sampai. Alon2 Rahim, Rani, Wak dan anak Sham tak silap kat kanan sekali.
Siren berbunyik, apalagi dah start kayuh, dengar cerita 1200 org yang datang. Dia bagi road hampir 13km. Atas tu dah baru sampai tempat water refill 1, ada pisang jugak.
Aisey.. masuk offroad je jem.. kena lalu kawasan kolam ikan.
Masa ni la ada mamat mengamuk. Katanya pengajur tak bagi tau dia utk lalu atas tanah dia.
Kitaorg tunjuk kat dia kat mana dia boleh jumpa penganjur untuk settle.
Janji kitaorg boleh kayuh sudah.
Bersusun-susun tu bro... nak mengundi pun tak teruk macam ni. hahaha
Dapat lepas bottle neck tadi terus dapat uphill.
Tak Larat tolak ajelah bro..
Rani sempat buat amal jariah semasa perut gua buat hal. Bro ni rantai putus. Takde tool pulak.
Kayuh punya kayuh, perut gua memulas2.. aduh dia buat hal lagi. Gua pagi memang tak boleh makan bro, Ni dua bijik pisang gua sebat tadi punya hal la ni..
Air mineral Rani jadi mangsa gua untuk guna beristinjak.
Kat Celah semak ni gua pulun redah sampai gatal2 satu badan.. nak wat camne, peluh jantan betina dah kuar bro.. gua kena lepaskan jugak..
Yang ni tak silap dah CP3, Rani dan Bro KSCC.
Kat sini ada pisang gak, tapi gua dah jadi fobia nak telan.
Kayuh punya kayuh, gua rasa jalan mcm nak tuju finishing line. Dalam hati, takkan 20++ Km je.
Tak sampai 11 pagi lagi. Rupanya memang betul, total 27km je. Dengar cite kayu balak tumbang so penganjur terpaksa short kan trail. Kira on road dan off road 50-50 la.
Overall, satu jamboree yang berjaya. Lucky draw ada 2 riders ARB je yang dapat. Tapi aku rasa lunch kurang la.. sebab aku tak dapat makan. Naik hotel turun balik, baru kul 1pm dah licin. Lelain mcm goodies, OK la.. Bab medal memang cun. Ranking dengar cite diberi dari no 1 - 1000.
Dan dengar cite tahun depan kemungkinan besar Janda Baik ride ada lagi, kalau betul insyallah ARB turun nak melawat Janda2 di sana, hahaha.
Terima Kasih semua.. Jom Kayuh!!