IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Monday, June 24, 2013

LAWATAN KEMBALI - FRASER HILL RIDE - 15 JUNE 2013


Salam.. setelah hampir 2 tahun tak berkayuh ke Fraser, atas permintaan ramai (ramai la sangat!) maka ARB Fraser Ride 2013 dengan rasa ketat dan liatnya diwar2kan dan alhamdulillah dari lebih 30 no dismskan, ada la 12 org yg nak join. Bila hampir tiba harinya, tinggal lah 9 lak. Tapi Alhamdulillah, tup2 dihari kejadian, naik semula ke 12.. macam saham main turun naik lak. Post 1st ride ke Fraser klik SINI

Ada, 7 buah kenderaan berkonvoi kali ni, Zaly bersama ZulR6 dan Zulman. Hadi dan jirannya. Shukri dan Din, Cikgu Mus, Man manja, Malek, masing bawa kenderaan sendiri. Manakala Wak Hantu pergi sorang balik Azlin tumpang sebab masa pegi Azlin jadi komando kayuh sorang2 dari Tasik Puteri terus ke Fraser.

Seperti di tahun 2011, singgah breakfast di Sg. Choh sebelum meneruskan perjalanan ke empangan KKB

Ini dia 12 rider2 tegar ARB.
Dari Kiri: Azlin komando, member Hadi, Cikgu Mus, Din Exit, Shukri, Azman leper, Hadi artis, Wak Hantu, Malik lost, Zul R6 dan Zulman. (Zaly sniper photo ni)

CP1 di depan air terjun apa ntah.. lupo lak pakcik. Ternganga Din tgk mat moto leper..

ni dia dinamakan ride lite and easy.. santai

Sudah sampai di Gap..

Posing lagi..

Dan lagi.. terjumpa member dari Sg Buloh.. Nisham dan Sham Damai..
Power diaorg ni.

Member Hadi, apo la namo eh.. lupo la.. steady je bro ni.

Yang ni steady gak. Kalau ye pun jangan tunjuk sangat santai nye bang...
jeles orang lain tengok...

Sudah tiba di Clock tower.. Azlin, memang hebat bro ni. Satu2nya rider ARB yang berkayuh dari Bandar Tasik Puteri ke Fraser. total 93km. Boleh jadi komando la..

Cikgu Mus kembali. Semuga lepas ni dapat berkayuh lagi bersama ARB.

Lepas Makan singgah di Masjid Fraser menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.

Turun semula utk singgah gambar beramai2..

On the way ke GAP.. posing lagi atas bridge ni.. view cun.

dah nak sampai empangan, jumpa kaki pancing atas jambatan ni..

Org Asli pertak memancing menggunakan rakit. Best je lepak menonton..
Klasik beb.

Malik yang terlebih layan lap masa downhill.. 
Otak bergegar dan lost memory. Asyik tanya berulang2 bila dia jatuh, macam mana dia jatuh..
Tapi sekarang dah ok dah.. sebab tau jalan balik dan kenal bini sendiri,,. hahahaa

OK geng.. teruskan kayuh.
Ada masa, rezeki, insyallah kita ride ke sini lagi utk memenuhi hajat kawan2 yang masih tak dapat nak ke Fraser.

Kepada kawan2 yang ride kali ni, terima kasih atas kesudian masing2.

Wednesday, June 19, 2013

Dinding ke Twin Tower - 8 Jun 2013


Salam.. 
Seminggu selepas Ulu Bernam, ARB hanya berkayuh di home ground trail aje. Tu pun tak ramai, 5 org riders. Kali ni saja nak bawak Abg Din Scott kita ke trail yang nak kata baru pun takde la baru sangat. Cuma almaklum lah.. Abg Din kita dah jadi Duta Malaysia utk area Sunda di seberang, so kurang masa nak jelajah trail ARB.

Macam biasa, golek dari Salem rest, masuk LTM, follow laluan kedua sampai ke downhill banglo.. reverse bukit senyap sampai ke laluan berpalang baru masuk tarmac uphill ke Tower Celcom seperti gambo diatas. Haa.. tak sampai 10km lagi tu.

Umar dan Adam, Abg Din amik ke buang angin tu? Jauh je layan blues..
Jangan teringat kat "Sunda" disana sudah la.. kes berat tu.. hahahaha

Ini dia "dinding ke 2" yang menyambungkan ke Twin tower.
Lepas ni tak perlu kuar ke tarmac, kita redah je bukit ni, tak larat tolak..

Laluan masuk yang biasa digunakan utk ke twin tower.

Mamat ni mmg macam ni.. manjang repeat je.

Naik semula..

Dah cukup dah? ke nak turun lagi?? Betula kata Rani.. ni budak hyperactive.

Berteduh jap.. lately ni, panas terik semacam.. walaupun baru 10-11 pagi.

Kari Kambing.. Umar belanja beb.. rugi la korang.. dah 2 minggu berturut2 Umar open table ni.
Minggu ni ada lagi tak bro??

Adios geng.. kayuh la selagi mampu.. .
Yang mana darah dah mula naik.. semut dah mula minum air kencing..
jom la kayuh.. takkan nak tunggu Doctor yang suruh kot..

Next ==> Nanti kan ARB ke Fraser sekali lagi...tungguuu

Wednesday, June 5, 2013

Ulu Bernam Charity Ride - 1 Jun 2013


Assalamualaikum..
Bila dengar je Ulu Bernam ride ni guna trail TM Bikers, kami rasa teruja utk melayan downhill trail diaorg ni. Harap2 trail kali ni macam Jamboree sebelum2 ni jugak la cth: UPSI, Bernam Jaya dan Ligamas Hash.

Pergh.. rupanya2 sebijik trail Bernam Jaya.. hehehehe so layan je la. Kayuh santai berenti amik gambo utk kawan2 tengok. 

Masuk offroad lebih kurang 1-2km kita panjat bukit pisang dulu.
Sekarang ni cuaca panas betul.. baru kul 9 pagi dah macam 12 tgh punya terik..



Sampai puncak lawa pulak tgk view.. setengah tempat nampak berkabus jugak..

Tak boleh tunggu lama2 kat area ni.. tak dak canopy.. panas beb.. 


Hah.. sampai CP1 lega sikit. dah bercanopy..


Cam biasa la.. sampai CP1 cari tandas awam jugak... tapi kali ni kecik aje..
Lepas tampal sticker, amboi terus uphill.

Sampai dah CP2.. 

Sebenarnya kitaorg tak tau pun ada berapa CP dan water refill.
Kat Plate no, mmg takde tunjuk CP pun. So belasah aje la..
Masa kayuh tertanya2 gak.. bila nak sampai CP-CP ni.


Bila tgk ke kiri nampak jambatan Bernam Jaya tempat starting Bernam Jaya Jamboree.


Boring lak kayuh sorang2 ni.. Azlin dah jauh kat depan.. 
So tgk depan cam flat je, sambung kayuh la..
Pergh, bohong betul pandangan mata ni.. sekali kayuh tak habis2 bukit ni..
Memang dibagi sampai puncak baru boleh turun.
Sekali dapat turun bro.. boleh cecah 50-60kmh la.. pada aku dah laju dah tu..
Cukup2 aku kerjakan tayar maxxis yg Din jual kat aku.. mmg terbaik Din..
Dapat downhill panjang lega rasanya, berbaloi panjat bukit tadi.. ini yang dicari2 pun.

Bila jumpa tunnel ni, dah rasa macam dah dekat dah.. rupanya ada satu lagi tunnel
pastu jumpa CP3 lak... bagus jugak diaorg tak bgtau bape CP yg ada. so sapa chicken mmg tak cukup CP la..

Akhirnya sampai jugak, lebih kurang 11:30am.. beza dgn si Azlin 50 min beb..gila laju bro tu.
Distance dah nak hampir 40km.

Terus load basikal atas keta.

Pastu Makan time.. Nasi Ayam.. boleh la..

Umar dan Adam..

Stage .. tunggu lucky draw tak mula2 lagi.

Tempat pelepasan dan ketibaan..

Satu penganjuran yang berjaya.. cuma pelik sikit, nama ride ni dipanggil Charity Ride, bukan charity ride biasanya bawah 20km ke? Nasib baik aku dah pernah layan trail ni. Kalau tak meroyan jugak kalau aku set mind nak kayuh 20km je.
Marshall sempoi.. nak tunggu ligamas punya event lak.
Katanya akhir tahun ni nak wat lagi..

ARB pasti turun bro..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails