IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Wednesday, September 21, 2016

Kayuh Santai MSA - 4 Sept 2016


Salam geng,
Selepas kayuh amal merdeka, kita penuhi pulak jemputan dari sahabat kayuh di Bukit Sentosa. Diaorg ni otai2 dalam MTB, so membayangkan trail yang disediakan mesti sesedap rasa kehendak MTB sebenar walaupun santai. Dan jangkaan memang tepat.. Tak rugi datang ke sini.
4 orang saja dari ARB, Zaly, Hj Umar, Rani dan Abg Ismail

MSA - Masjid Saidina Ali

Ramai jugak yang datang - meriah

Pagi ada breakfast, banyak dan macam2 lak tu.. nasi lemak, bihun goreng, kuih muih, teh tarik, kopi.. pergh lazat.. rezeki alhamdulillah.. register pun free je.. gambar takdak, sibuk makan malas nak tangkap..

Penganjur menyediakan trail sepanjang 20km dan dibahagikan kepada 2 loop. 1 loop 10km, lebih kurang la.. tapi meter aku tunjuk lebih sikit. Ok la tu..

Gambar Trail Loop 1
CP1.

Kat sini penganjur kata tunggu semua rider keluar dari loop1 baru gerak ke loop 2.





Loop 2





Wow, baik punya tonggek abam mail.
Sampai sini panas la plak.. Nun dissna Rani dan Abam Is,

Nampak sayup gak MSA dr bukit ni,

Last offroad.

Syok layan trail ni.. kami settle kayuh santai dalam kul 11, pastu lepak2, makan tengahari provided, then chow..
T,kasih penganjur dan semua geng yang berkayuh.

Kayuh ON! ON!

Tuesday, September 20, 2016

Kayuh Amal Merdeka 31 Ogos 2016

Assalamualaikum wbt.

Tahun lepas kita buat kayuh merdeka di Kuang atas pelawaan Oren. Tahun ni, kita buat kayuh amal lak atas anjuran KSCC. Ramai jugak  ARB + LCT yang turun. Bukan jauh.. sebelah Kg je pun.
Memang seronok kayuh santai, route yg dihidangkan pun menarik.. mmg tak jemu walaupun sudah berkayuh berkali2 ditempat yang sama sebab suasana nya mmg berbeza.. kali ni meriah dengan rakan2 dari sekitar kawasan.

Bermula Jam 8:30pagi, tayar bergolek.. lalu depan umah Atan la.. pastu terus ke Menara.. hehehe

Anak semboyan ni.. 1st time kayuh terus kena hadap menara.. kesian dia,,

Abg Mail, Bain dan Rizal.





LCT pun dah ramai yang sampai..

Tak aci ni.. camne beskal boleh bertukar moto ni Kak Ija? 

CP1. ada epal wooo

Team Rimau ni.. JC memang nampak smart.. terbaek bohh

Selepas CP2.. Abg Wadi kita beraksi..


LCT dan YCC.
Susah nak dapat LCT bergambo dgn pokok kena bakor.. hehehe

Lawa tempat ni
Haikal dah mula ketat mukanya

Tak larat dah si Haikal anak semboyan ni

Hubby mithali..macam badang dah

Dah sampai penamat.. LCT sedang menikmati bihun goreng..sambil main boomerang diaorg ni..

LEMAO team dr BTP 16.. bagus team ni.. 

Sweeper penyayang ARB ni memang susah dicari ganti..

ARB ucapkan syabas kepada KSCC yang berjaya menjalankan program kayuh amal merdeka ini.
Dengan masa yang agak suntuk, tetap dapat berjalan dengan teratur, selain sediakan trail, mereka dapat sediakan marshall utk membantu rider2 yang berkayuh.

T.Kasih.

Kayuh tetap kayuh.

Monday, September 5, 2016

Kayuh Ke Janda Baik 27 Ogos 16


Salam Geng,
Memang rezeki tak kemana kata org dulu-dulu.. Asalnya plan nak panjat ke Genting Sempah je.. selalu dengar cte rider2 naik sini.. tapi bila ada otai yang ajak lajak ke Janda Baik, OK je la..
dapat jugak merasa sampai ke Janda Baik. Dah lama tak masuk area Janda ni.. 

Masa plan, list rider nampak panjang jugak la.. last2 masa hari kejadian takde la seramai atas kertas..tapi tetap meriah.

ARB gerak dr BTP lebih kurang jam 7am, sampai di HOA Gombak, lebih kurang 7:30am. Plan golek kul 8am.. tapi biasa la.. 8:30am baru cargass..

Yang Mana sampai dulu kita posing.. OOooyeaahhh
Izan, Otai Farif, Rani Glem, Zul dan Zaly

hanya 3 org LCT je, Mus, Kak Ira dan Wyne.
Power diaorg ni.


Sebelum Kayuh kita sarap dulu.. sarapan semua di sponsor, Alhamdulillah moga rezeki sahabat2 kita bertambah lagi hendaknya.. Aminnn
Geng2 RB dah gerak dulu..
Kak Ija orang yang paling sibuk.. Dia lah yang uruskan bab sarapan, dan dia jugaklah yang jadi support car. T.Kasih banyak2 moga urusan beliau sekelurga juga dipermudahkan.. Aminn..

Kuda dah beratur.. bila nak kena tunggang ni

Nak ride ke Janda Baik, si Izan kuar Fuji Carbon.. fuhhh
Terbaik budak ni!! Merecik org sekarang kata... 

ON THE WAY...


Laju betul Ir ni.. 



Yang mana laju2.. dah sampai atas.. kami masih posing di tgh2 jalan.. hahaha

Dah sampai dah port utk berselfie,, sbb tempat ni mmg cun, boleh nampak karak highway kat bawah.
kalau gayat nasib la..

Tempat buat memerang ni.. hehehehe 

Wow, dah sampai pintu Janda Baik.. lepas tu amik ko, pk boleh kayuh santai2.. rupanya sendiri mau ingat laa..

Sampai dah rumah ketua kampung..

Di Janda Baik

Lepak jap.. menunggu yg tak kunjung tiba,, apa daaa..
Yang lain suda ikut lain simpang.. 


Sudah sampai di Riverside Chalet.. tgk aje la, gila ni kalau mandi, pastu nak kayuh semula..
masak karang..

Dah lapo ni jom kita cari kedai makan..


Sekali nampak durian daa.. apa lagi, lepas makan tengahari, belasah durian kampung Janda Baik plak..
Asba betul2 menjiwai rasa kesedapan tu.. high semacam je ni.. bior betul

Penuh kau kedai makcik ni.. Alhamdulillah, rezeki Allah utk kita semua..
Mai..mai makan.. tambah..tambah.. jap lagi belasah durian plak.. 

On the way BALIK..

Masa balik kita org posing kat sini plak.. 

Yang ni dah lepas siksa dah.. tu pasal Anke posing mcm tu.. lega katanya..
pasni boleh downhill, tapi Asba warning jgn lebih 60km/j katanya.

Monyet ni pandang Anke..

Sekali Anke baling, terus monyet ni kuar taring.. hehehehe

Ok la.. downhill punya pasal, sampai sini je gambo.. sampai kat HOA, setting basikal memasing atas keta, pastu masing2 gerak balik ke rumah masing2..
Fuhh satu pengalaman yg menarik..
memang nyaman kayuh kat sini, view lawa.. 
Terima kasih jugak kat Team Lemao.. diaorg pun follow gak tapi diaorg jalan dulu, jumpa di starting and di Genting Sempah je.. pastu kami terus ke Janda Baik, depa kata depa nak balik..

Next time boleh buat version 2 utk geng2 yang tak dapat follow..

Kayuh tetap Kayuh bro..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails