IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Wednesday, June 25, 2014

1 Minggu Sebelum Ramadhan 1435


Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera..

Sejak cuti sekolah baru2 ni, kayuh pun macam nak cuti jugak. Mungkin terasa kaki dah mula kebas2, tu yang si Rani pun tiup semboyan. Lagi pun kalau ter"miss" kayuh minggu ni, minggu depan pakat tengok basikal waktu siang je la.. Almaklumlah bulan pose kan.

Alhamdulillah syukur pada Allah swt kerana memanjangkan umur kita dan diberi peluang sekali lagi untuk bertemu bulan Ramadhan yang penuh berkat.

Pada kawan2 yang agak kurang solat terawikh pada tahun2 lepas, jom kita penuhkan jadual Terawikh kita tahun ni. Boleh la kita tambah2kan amalan yang lain. Insyallah

Cite pasal kayuh pulak.. Ikut jadual patut 8am dah golek.. tapi biasalah, hampir 8:40 baru gerak.

Macam biasa, kalau Umar duduk depan, hadapkan ajelah bukit bukau tu,,
Jaya ni kira trademark masalah tayar ni.. kekekeke, hapgred bro.. jgn tak hapgred

Tu la Umar sampai pening muntah2 Abg Mail kita dibuatnya..

Ni bukit stim namanya.. memang stim la..

Ni takkan tak tau, Dah penat layan offroad, kita panjat bukit Menara pulak.
Bro Mail dan Jaya, belakang Umar,

Rani dan Abam Man.

Umar ajak makan kari kambing bt arang.. 
apa lagi.. berdesup la.. downhill lak tu..

OK lah semua.. selamat berkayuh.. teruskan selagi daya,,

ARB CYCLING TEAM 
ingin mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
KEPADA SEMUA SAHABAT KAYUH.

YANG MUSLIM, Selamat Berpuasa.
Yang Bukan Muslim, pun boleh kalau nak berpuasa juga. Baik untuk kesihatan.
Tapi lebih elok kalau berpuasa dalam ISLAM.
Tak percaya?? Cuba lah.. tiada paksaan.

Saturday, June 7, 2014

Kayuh Bendang bersama KSCC - 17 May 2014


Salam.. 
Bulan lepas kami decide utk turun berkayuh bersama KSCC.. kita layan kayuh dengan view yang segar. Suasana nyaman dengan di sebelah kiri sawah, di sebelah kanan pula tali air, parit air dan sungai.
Zaman sekolah dulu, kalau balik kampung, cari cicak buat umpan, buat tajau ikat bawah titi. Biar semalaman, esok pagi tak gosok gigi lagi dah intai tajau yg dipasang. Biasanya ikan Haruan atau tempat aku panggil ikan kutuk pasti sangkut. Sekali dapat besar lengan dan betis.. 
Bagi kat arwah atuk atau nenek memang sedap di buat asam pedas atau masak lemak cili api..
Ok, cukup imbasan zaman lampau.. 

Tu dia,, gambar atas, dari BTP berkonvoi 4 kereta, Wak, Rani Hisyam dan Zaly. Lebih kurang jam 7:30am sampai 8:15am. 8:30am tayar golek.
Kayuh ramai2 berjarak 30km, dengan takde tekanan sangat sempoi.
Tahniah buat KSCC dan penganjur yang lain.

Sedih betul, nak breakfast tapi makanan dah abis kat warung ni.

Belum start lagi

Amy search pun turun kayuh

Baca doa dulu...

1st stop.. baru 5km je..

Yg mana tak pernah sampai, ambil kesempatan bergambar

Ramai awek dan bini org berkayuh.. jangan silap kacau.. mau lebam biji mata karang

Cameraman roda pantas pum busy

Ini adalah kulit pokok kelapa yang di jemur untuk dibuat plywood.
kalau selalu gunakan jalan tg karang-sekinchan anda akan dapat lihat pemandangan begini.

Empangan tali air

Sempoi.. mcm kulit album rock kapak 

No yang tak tau bertuah atau tak sebab dah balik dulu.. kami tak dapat tunggu sampai lucky draw.

2nd stop sebelum meredah hujan..

Bagus bro yang bawak anak2nya berkayuh

Ada nampak perbezaan?

Amy Search pun dah sampai.

Gambar Hiasan

Kayuhan sambil belajar

Macam2 pameran dan jualan ada. Abg Mail boleh jadi promoter satay.
Laku jualan satay adik manis ARB borong..

Lama pulak nak tunggu lunch, kami cabut dulu.. cari makanan sebab tak breakfast pagi tadi.

Wak bawak kitaorg pekena soto.. wow.. best betul makan dengan suasana hujan renyai2.
Syiok..

Settle kayuh bendang hari ni.
Kayuh yang sempoi dan seronok.
Terima Kasih Semua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails